Wednesday, December 12, 2012

Kopiah Karaoke

Seminggu aku di Johor Bahru

peserta kursus 2 hari, urusetia kursus 3 hari, bagi ceramah 1 hari
selebihnya masuk tanah lego, jalan-jalan makan dan bersuka ria.

sepanjang kursus ini, memang ada seorang peserta tempatan.
pegawai kanan yang sentiasa berkopiah
ada seorang kakitangan Pejabat ini siap suka janggutnya lagi

hari terakhir, agensi di Johor ini cuba menyantuni kami sebagai tetamu
untuk dibawa makan, atau bersiar-siar.
malam itu di lobi hotel, pendek cerita
datang si pegawai kopiah tersebut
pegawai tak pakai la kopiahnya

desak kami masuk karaoke
7 perempuan aku sorang lelaki di situ termasuk dia
pegawai kakitangan tuan rumah lain memujuk juga tetapi takda la seagresif mamat tanggal kopiah ini
berkali-kali kami menolak. last-last aku turutkan kemahuannya tengok bilik

on the way naik aku cakap kat pegawai ni
kami tak biasa benda-benda ni (chewah).
dia tanya kenapa
aku renung matanya cakap dengan nada serious.
'kekok'. ucap aku.
dia yang tadi terberenti start pusing balik jalan kemudian tempelak  aku.
'hah kekok? apa kau cakap nie? aparaaaa? nyanyi je, diorang yang lain  tu nak aku tau. diorang cuma malu'.
aku start naik angin. aku cakap elok-elok kau taknak dengar.

naik ke karaoke aku dapati ni bukan karaoke ala ktv atau redbox
di tengah-tengahnya ada pentas dan seorang gadis menyanyi tidak henti walau tiada yang menonton
aku diescort oleh gadis-gadis jelita
sampai di bilik yang panjang 3 skrin aku dipelawa masuk.

di dalam bilik tu ada 3 orang,
pegawai tercabut kopiah,
seorang tauke berkot
dan seorang lelaki muda berambut panjang
pegawai tercabut kopiah mula menyanyi. memang sedap.
tauke berkot salam aku tanya minum apa
dan lelaki rambut panjang tersebut kita namakan abang otai
daripada sumber menyatakan abang otai merupakan pembantu peribadi tak rasmi pakcik tercabut kopiah
ada pulak pembantu tak rasmi

pakcik tercabut kopiah lantas meninggalkan bilik
nak pergi paksa lagi 7 orang perempuan naik
sementara itu abang otai pass mic. aku nyanyi dengan perasaan takut tapi maintain suara still sedap
sebab lagu tue  memang ada empat penyanyi aku minta abang otai sambung
abang otai punya suara pon dua kali lima
gagal jugak hahhaha

tiba-tiba muncul pelayan karaoke tanya aku reti guna remote tak
dengan muka innocent aku jawab tak
hahhahahh
saje nak melengah2 masa. bukan benda alah tue standard ke
untung badan perempuan tersebut duduk di sebelah rapat-rapat nak mengajar
dan pada masa yang sama 2 orang pegawai perempuan Pejabat kami yang dipaksa naik dah sampai
aku biar 2 minit kemudian bangun cakap dengan diorang. tanya sama ada diorang nak nyanyi tak
diorang suruh aku dulu nyanyi.

aku buat muka serious
tanya betul-betul
'nak nyanyi tak?'
dua orang pandang muka aku serious
taknak!
aku cakap kalau taknak jom keluar
aku pedulikan kesemua yang ada bawak dua orang keluar
otw keluar 5 orang perempuan pejabat aku sampai.
aiseh kacau betul. percubaan nekad melarikan diri terbantut
kebanyakannya bermuka takut
aku tanya pegawai atasan aku nak nyanyi tak
dia suruh aku nyanyi dulu. aku dah malas banyak cakap
ringkas aku jawab
'jom turun'

pendek cite kami jalan je tak pedulikan yang lain
baik yang memujuk baik yang mendesak baik yang memerhati dengan sinis
jalan straight ke kedai makan luar hotel
sampai kedai masing-masing dengan ceritanya
tak sangka pegawai kopiah gitulah
ada yang perasan bila pegawai kopiah bercakap atau bertanya muka dekat seakan nak bersentuh
ada yang ternampak di dalam tadi ada perempuan dengan baju tuala

aku banyak gelak dari serious
sebab nak redakan keadaan
bukan aku tak pernah masuk tempat gitu
lagi teruk pun pernah

cumanya aku kesian tgk yang lain
teringat ibu kakak di rumah

kalau nak cerita samseng nak cerita jahat untuk dibuat bangga
memang takat kejadian malam tu kecik sangat
aku pun nak kata semua benda dah buat,
bunuh orang rogol orang belum lagi
tapi aku perasan untuk jadi lelaki tulen
bukan itu jadi ukuran

yang penting tak menggelabah dalam situasi panik
tak melatah bila diprovok
biar keputusan tegas tak berganjak
nak kata nak taknak kata taknak
jangan sukati kau lah, aku ikut jelah

kopiah oh kopiah!

Thursday, December 6, 2012

Doa senyap-senyap

Aku baru dapat idea baru nak dapat pendapatan sampingan.
bukan multi level marketing bukan makan atas angin.
kerja jujur yang perlukan komitmen masa.

aku tak tahu siapa boleh beri aku kerja ini.
tapi at least dah ade idea
dari hari-hari menung tunggu gaji
baik aku doa didatangi peluang

aku pernah dengar orang kata
taktau sejauh mane kebenarannya
disebut bila mendoakan seseorang,
jangan bagi orang yang didoa itu tahu

maka pohon doa
aku dapat kerja part time ini
doa
aku tak abai kerja hakiki
doa
agama terjaga
doa
keluarga lebih terjaga
doa
kawan-kawan lebih rapat
dan menjadi pendidik yang amanah

amin

Tuesday, December 4, 2012

Gelap Silau Tanah Syria

Syria Damascus Damsyik
rumpun yang sama dengan Palestin
kalau sebelum Salehuddin Al Ayyubi (saladin kata penjajah) menakluk Palestin
kawasan sekeliling ditakluk dulu
Palestin yang terakhir

Namun Syria bukan kawasan sekeliling.
Syria serumpun, sebahagian tanah yang diredhai.
baru merangkak bantuan ke sana
terlencong ke Gaza. bukan salah sesiapa
di Gaza nun telah bertahun-tahun berjuang
dipecah dua bumi anbiya

rejim Bashar Al-Assad
di belakangnya syiah. dengan 'fatwa'
bahawa pemberontak itu keturunan tentera abu sufyan dan yazid
yang membunuh hassan hussin
maka dihalalkan darah rakyat yang bergabung untuk menentang penindasan
di belakangnya russia, yang mempunyai sebesar-besar pangkalan tentera laut
satu-satunya di timur tengah
di belakangnya China, dengan kefahaman sosialis
di belakangnya barat, yang menunggu saat kehancuran untuk masuk secara ekonomi
dan yang terang lagi nyata musuhnya
seterang silau letupan dan kilauan senjatanya
yang sebelum ini bermusuh ketat tanpa sebutir peluru pun ditembak ke arahnya
israel

peranan arab saudi
... ... ...
peranan hezbollah

maka bergabung rakyat jelata
di belakangnya ikhwan
di belakangnya mesir
di belakangnya turki

untuk berpijak di bumi Syria
perlukan keberanian yang amat-amat tinggi
lebihkan mendengar daripada bercakap
kerana takkan tahu siapa kawan siapa musuh
kalau di Palestin dibom
di sini, bukan sahaja serangan udara, gerila dan ketenteraan darat turut dikerah
menembak bukan untuk membunuh. ditembak sebelah muka untuk mengancam yang lain
ditanam hidup-hidup
aku sendiri melihat video
dan video remaja yang masih hidup dan nampak tenang
tetapi mukanya dari hidung ke bawah hancur
tiada mulut tiada dagu tiada pipi
tuhan berilah keadilan untuknya

kalau dipandang ke belakang
takkan jumpa garis temu syiah sunni
memang menjadi lumrah sunni dibunuh
di tanahair memang tak terasa, takkan faham
tapi bagi mereka di timur tengah
ia lumrah. ia perang yang berpanjangan
dari perbezaan  pesongan ijtihad dengan akidah yang sama
terus terkeluar.
menafikan kerasulan
maka ahli sunnah di bumi syiria terus diancam syiah alawi

berbeza dengan arab spring yang lain
syria episod panjang
tidak seperti serangan ke atas iraq, ke atas libya

kami di sini hanya mampu berdoa
menginfak sekecil  kuman pendapatan
bagi mujahidin, untuk saudara
yang padanya nyawa untuk tuhan
untuk agama
untuk kemanusian

Sunday, November 11, 2012

Rajin

aku cuba  baca buku mengenai motivasi
gagal
boring, cakap semua senang
maka turun la tampalan ini
semoga ia dapat menghapuskan dogma bahawa semua motivasi itu mengarut
aku turunkan semua ini sebagai pesanan kepada diri
dan kepada mereka yang senantiasa mencuba menjadikan diri lebih baik
chewah

ingat rajin itu objektif
nak siap angkat baju, nak angkat baju,
beristiqamahlah sehingga kain baju terangkat

selain rajin perlu bermatlamat dan tidak mambabi buta
ianya perlu ada kayu pengukur
angkat kain di jemuran sendiri
bukan kain kejiranan atau kain jiran

ramai peniaga atau orang kampung berjaya kerana sifat rajin
tanpa perlu berfalsafah atau quotes penjajah
hanya kerja, kerja dan prinsip

contohnya bangun mesti pagi.
bukan tengah hari macam aku dah berbelas tahun buat sekarang
untuk itu perlu tidur awal
jangan pukul 11 baru nak start kereta keluar pagar
macam aku selalu buat gak

ataupun dengan prinsip
untuk pastikan anak dapat persekolahan sempurna
maka yang lain tidak penting. letih ngantuk ribut tidak penting
penting kerja, dapat duit, anak pergi sekolah

ini membawa kita kepada faktor pemangkin
bagaimana cinta boleh membuatkan seorang berenang di laut yang ada api- konon
bagaimana ibu yang masuk ke dalam rumah terbakar dan bawa anaknya keluar
panas hangus terbakar hanya terasa bila anak terselamat
selalunya, selalunya cinta dan kasih sayang merupakan pemangkin
terkuat
terhebat

namun ada juga orang yang pemangkinnya duit
pemangkinnya pahala,
pemangkin mencipta nama sebagai legasi
atau
pemangkinnya untuk membuktikan sesuatu

kebanyakan kata-kata orang berjaya
terutama daripada barat
adalah berat sebelah
dan menyembunyikan beberapa perkara

walaupun kita tidak digalakkan berfikir terlalu lama
kita perlu berfikir cara betul paling ringkas dan paling cepat
di samping berfikiran positif dengan menekankan pada matlamat
kalau ingin disampingkan membuat kerja dengan melayari laman sosial
jangan sampai laman sosial itu menjadi matlamat komputer dibuka di ofis

tahu apa dosa dan kesilapan yang paling berleluasa antara kita?
malas. malas berfikir malas mencuba yang terbaik
memang selalu dilihat orang yang tidak berusaha tetapi berjaya
bak iklan-iklan di facebook
memang hukum daya tarikan itu ada kebenarannya
law of attraction kata penjajah
dengan berfikir positif perkara positif akan datang
tapi banggakah kita berjaya tanpa usaha?

tuan tuan puan puan yang saya hormati
hanya kita yang tahu layak atau tidak kita dipuji
mungkin kita tidak dikenali sesiapa
tapi kita senang dengan pencapaian kita
kita bangga menjadi orang yang berguna pada orang lain
atau
kita bangga dengan ijazah master syariah profesional paper kita
walhal duduk copy paste
atau jika banyak duit berjuta atau tiada duit dalam poket
apa orang lain tahu kalau tak kita sendiri bagitahu?
mungkin kita tidaklah cakap 'aku ade 2 juta dalam bank senah'.
tapi kita beli sebijik mini cooper dan cakap 'ala keta kecil je beli bawak gi pasar'.
gitu.
kalau kita berpangkat atau berpendidikan tinggi
siapa yang tahu kalau bukan kita yang beritahu?

makanya tinggi rendah martabat mulia hina seseorang itu
hanya kita dan Pencipta yang tahu
segala puji bagiNya
yang kita tak berhak walau sedikit atas pujian itu
dan puji bukan bodek
yang kita kata adil, yang kita disuruh turut adil, kita berlaku zalim,
memuji bodek yang paling pemurah. walhal kita yang disuruh bersikap pemurah, kedekut

untuk mengenal diri,
tahu kelemahan dan kekuatan
sebanarnya bukan bersandar kepada
warna kegemaran, tarikh lahir, anak keberapa
tapi untuk mengenal diri adalah dengan mengenal Pencipta
atau untuk mengenal Pencipta adalah dengan mengenal diri
di mana rasionalnya?
aku bukan nak bawa pandangan wahdatul wujud di sini

apabila kita mencuba yang terbaik.
lebih selalu dari tidak,
kita akan tersangkut dek permasalahan dan kekangan
masalah ini umpama segenggam garam
yang kalau kita rendam dalam gayong dan minum,
terasa masinnya,
tapi kalau kita tebar dalam satu kolah, minum
nescaya tetap tawar
maka dengan memfokus pada deria yang 5,
pada segala distraction yang wujud
bercelarulah

namun, dengan tidak upaya itulah kita mengenal tuhan
dengan tidak berdaya itu lah kita tahu kita dicipta
dengan jalan buntu itu lah tangan di angkat ke langit

maka jika kita duduk dalam kepompong zaman ini
yang semua senang, agak susah untuk kita renungkan perkara ini
segala-gala urusan ada internet, transportation tidak sukar, duit ada.
jadi bila kita berfikir? betul-betul merasa susah.

suka untuk aku habiskan tampalan kali ini dengan satu cerita
masa kenduri rumah aku tempoh hari
ada sorang perempuan indonesia yang diupah untuk bekerja
mula pagi datang tanya apa nak tolong
lepas itu aku tgk dia tak stop buat kerja
siap dua tiga kerja dalam satu masa
sebut je kerja apa
rangka kambing boleh dipotong kecil, pinggan yang banyak boleh dicuci dalam masa sekejap
dan boleh masak kambing serve orang sambil cuci pinggan tambah lauk
pengsan

aku duduk sebelah dia cuci pinggan
tanya
macam mana dia boleh rajin sebegitu
dia gengam tangan seakan penumbuk terbalik ke arah aku
aku diam. pehal minah nie
dan dia senyum sambil cakap
kalau tangan macam ini mane nak siap kerja dik
walaupun penerangannya hanya begitu
aku cukup faham maksudnya
dan aku yakin. tangannya tak pernah kaku diam
sentiasa bergerak bekerja
mungkin kerana latar belakang hidupnya yang susah

mungkin aku perlu tulis tampalan mengenai bersyukur plak


Friday, November 2, 2012

Kitaran siang dan malam

7.24 pagi
macam biasa
sehari lagi hari tanpa tidur malam

balik dari 7 eleven
fishermans friend dan twisties sebagai sarapan
dan kini aku faham kenapa subuh begitu unik

subuh unik kerana bertemunya
malam dan siang
sejuk dan panas
orang baru balik clubbing orang nak solat subuh jemaah
kelab nak tutup kedai runcit nak buka
baru balik tengok bola makcik baru keluar jogging
shift malam berganti mereka yang mencari rezeki pagi
yang berjaga malam tidur dan yang normal bangun
bulan dan matahari

tinggal aku.
memerhati

Monday, October 29, 2012

Suatu Anjakan


Hari ini dashboard blogspot diselak
tinjau overview blog sendiri
pelik.
berpuluh pageview sehari

kalau difikirkan kembali, ikur norma kebiasaan
4-5 orang je baca blog ni
statistik pun jarang gunapakai skala puluh-puluh
selalu bawah sepuluh
sekali lagi, hairan

maka selesai melayan google reader sepam dua
tahulah asbab keluarbiasaanya
Reysha menyebut pasal tampalan aku di tampalannya sini.
tengkiu mokcik
and i like your non-conservative post especially bab-bab menjalang
or as u put it
menyundal

untuk mereka yang cuba memfofularkan dan mengiklankan ruang ini di facebook
telah ramai yang aku minta delete
atau aku delete sendiri cubaan-cubaan sedemikian di dinding aku
sebab blog ini terlalu peribadi.
tempat untuk bercerita dan berjiwang
yang tidak ingin aku maklumkan pada sesetengah yang berada di laman sosial
yang aku lebih selesa rahsiakan daripada kaum keluarga sanak saudara

cuma ada sekali baru-baru ini
ada satu cubaan mencarikan publisiti blog ini di dinding fesbuk aku
aku biarkan sahaja, tidak dipadam
sebab pada aku hak perseorangan, untuk menterjemahkan rasanya
cuma seperti yang aku cakap
ade pengunjung yang tidak diundang
ada yang boleh menjadikan mudarat bahaya
pada kepentingan kerjaya, pada ikatan kekeluargaan, malah boleh menjadi isu nasional!
maka, aku lebih selesa sekiranya blog ini tidak berapa dikaitkan dengan aku
takut-takut kehidupan normal aku terjejas. lebih lebih lagi bab kerja

tapi siapa tak suka perhatiankan
maka kalau orang yang luar daripada bulatan aku yang membuat hebahan
atau blogger lain tolong tudingkan
aku berterima kasih
sebab dari situ pembacanya membaca tanpa kenal aku secara peribadi
pembaca tanpa kepentingan

walaubagaimanapun
oleh kerana ramai yang datang melawat jenguk
aku rasa macam menang anugerah artis harapan
maka di kesempatan ini aku nak amik kesempatan untuk berucap

saya tidak bercadang untuk berucap panjang (cakap jer laaaaa)
saya ingin merakamkan penghargaan untuk anda yang telah memberikan komen
baik pembaca lama atau baru
yang memberi cadangan dan sokongan
atau yang diam-diam baca (aku tauuu)
atau kawan-kawan rapat dari ukm agc atau kawan-kawan pj
yang tidak henti-henti jadikan aku bahan setiap kali lepak mamak
tengok bola bahan. makan bahan. lepak saje-saje bahan

ini justifikasi yang aku belum pernah cerita
sebab kalau aku cakap korang bukan nak dengar
lagi seronok memaku kan kan
ada yang puji tapi bila dah 4-5 kali ulang aku rasa cam menganjing pulak

okey blog ini kalau korang tgk tampalan pertama bermula pada tahun 2009
sudah 3-4 tahun. tapi jumlah tampalan tak sampai 100
secara tersiratnya ada tahun yang aku tidak menulis
terkadang mengikut angin, terkadang secara santai

di antara tahun aku bermula
berselang aku tidak menulis
sehingga sekarang
terlalu banyak perubahan dan anjakan paradigma pemikiran
serta paradigm mall yang terpacak megah

arakian kalau kalian bertanya
kenapa katapenjajah, kenapa kilausaladin, apa yang khilaf beribu
aku terpaksa mengingat kembali pemikiran aku 3 tahun lepas
bagaimana dunia ini ingin dipandang secara ideal. secara sempurna
bagaimana perasaan retorik dan puitis ini menebal

namun untuk menafikan siapa aku 3-4 tahun dulu
atau 10 tahun dulu atau dulu daripada dulu
seperti pengecut dan bacul
mana mungkin ada daun yang baru tanpa dahan berumur
apa boleh hari ini merambu cucuk langit di zouk menunggang
esok mahu bertudung
dan beritahu satu dunia
saya dah berubah

tapi gambar yang konon-konon misteri tepi ini
tetap menjadi bukti
takutnya aku dulu pada apa yang akan terucap
tentang beban-beban yang tidak dipikul
tentang cakap yang tidak dibikin
perihal kritik bila lawan lemah, sudah jatuh dipijak
tetapi kekal tidak bernama

kalau dulu rajin aku memuatnaik gambar serata dunia
gagah mencover muka hahhahahha
tapi tidak lagi,
mungkin kerana memikirkan kepanjangan kerja
memindahkan dari kamera digital kepada komputer peribadi
dan meminta tangguh
sehingga aku memakai talifon pintar
untuk aku kebelakang dan memuat naik semua tempat yang aku kembara 3-4 tahun lepas
baik di timur tengah, baik di eropah, asia dan dalam negara
memerlukan keazaman yang tinggi

dan akhirnya sampailah pada sebab
ruang lingkup waktu yang menyesakkan
yang seperti tidak memberi galakan
untuk aku keluarkan link-link yang tidak aktif
untuk aku matangkan lagi layout blog ini

pada kiranya alasan yang paling mustajab
yang masih tak mahu diakui
adalah sifat kemalasan yang terus menerus melanda
yang difikirkan jika dilapangkan pasti masa mengizinkan

di zaman nasi ditanak dengan mencari kayu api
baju dibasuh ditepi sungai
menumis separuh hari, mengisar giling
boleh bersambil mendodoi anak

aku nak setting-setting online pun beghak

Saturday, October 27, 2012

Identiti Jiwa

Seusai kembali ke tanah air dari siam tempoh hari
ada satu perkara yang tidak terlepas dari pemikiran aku
identiti.

di sana bukan islam setiap kali berjumpa akan sawadikap
dengan berdiri tegak dan tangan menyembah
ditenung betul-betul mata orang di hadapan di hadapan

bagi yang islam bila dia tahu aku islam
mencari muslim food
setiap kali jumpa tangan di angkat dari jauh memberi salam
bertentang mata, tangan dihulur dengan penuh hormat
sambil terucap selawat mengingat junjungan kita

yang perempuan kalau muslim akan bertudung
pelik melihat kumpulan kami muslim tidak bertudung
biarpun kadang-kadang bertudung baju ketat lengan pendek
asal islam mesti bertudung

hormat satu perkara.
bila mamat yang ala-ala muay thai dok gocho
berdiri tegak di hadapan orang ramai dengan tegak
angkat kedua tangan seakan menyembah
perempuan jual sayur di hadapannya
aku tersentuh

tingginya martabat pergaulan di sana
pangkat darjat tak pernah dibezakan

berbalik-balik cerita tudung
aku sendiri terus terang kebanyakan perempuan yang aku cam
eh lawa siut
mesti selalunya tidak bertudung

tapi kita jarang-jarang dengar
manusia membahas soal identiti
kira dilanda tsunami. terbakar atau gempa bumi
macam mana nak bezakan islam dan bukan islam
pakat bakar je semua?

itulah sebabnya aku berjanggut.
selain muka aku yang baby face so nak balance kan
ia satu identiti
kalau zaman junjungan membezakan dengan kaum yahudi yang menyimpan misai.
jadi, walaupun kerinting2 sejemput, aku simpan juga
takut-takut dijauhkan dilanda musibah, aku dibakar dan disembahyang cara lain
minta lindung darinya
tuhan pengerak awan

tapi terpulang. kalau perasan aku jarang ceritakan bab hukum halal haram makruh sunat wajib apa semua
selain tak layak
takut terbuat hukum sendiri
aku sendiri banyak kejahatan.
jahat yang betul-betul jahat
yang aku rasa kawan-kawan rapat sejak kecik je tahu jahat-jahat aku

maka soalan yang perlu dijawab
adakah kita perlu bertuhan?
kalau kiranya kita kurang pasti akan jawapannya
apa guna terpekik lolong asb itu haram?
kalau duit yang dipujanya?
apa guna ceramah melancap itu haram
kalau main perempuan depan belakang?

tapi lumrah. berpusing-pusing
manusia akan terus menerus tidak belajar dari kesilapan
biar ada yang bersurah, manusia lebih senang belajar dari kesilapan orang lain
atau ada yang berfatwi manusia bila dah terkena batang hidung sendiri baru nak insaf
tidak tidak
penjajah kata tidak applicable dalam hidup aku
berulang ulang
berulang ulang
melakukan kesilapan yang sama
berulang
kita nyanyi sama sama. together
berulang-ulang berulang rulang burulang ulang
ulang sepaku ulang

ok cukup. jangan lebih-lebih
kesimpulannya kita selalu lupa kita perlu bertuhan
bila nak bertuhan cari
bila nak enjoy lupa
cakap pasal hukum suka
maka aku bosan berhujah mengenai politik
mengenai status halal haram
mengenai sapa baik sapa betul
sebab ape justifikasi pun, hujah dan nas sekalipun
tidak berguna kalau kita tidak mahu bertuhan
kenapa sibuk-sibuk cerita poligami
kalau memang kita tak mahu bertuhan?

berbalik mengenai identiti. selain thai
aku tengok masyarakat jepun lagi satu
cukup hormat
tertunduk tertunduk
masa aku ke sana dulu
walaupun masalah komunikasi memang teruk
tapi boleh nampak dari raut wajah
bersungguh-sungguh mahu menolong
sistem keretapi sana memang berbelit
terlampau canggih
maka bila aku tersilap. di bukakan pintu khas dan ganti tiket aku
dan bersungguh sungguh menolong
itu identiti

dan tidak dilupakan. penjajah kita
the great britain
cukup sombong. tapi itu identiti mereka

kita? time puterinya datang melawat semua tanah jajahannya termasuk negara kita
terkinja semua ikut
bersiap bagai nak rak.
imam-imam masjid as syakirin bertiga mendemokan cara berwudhuk
untuk apa?
kita nak tunjuk kita dah tak berapa dijajah?
abis yang duduk puji dia masuk masjid bertudung berjambul dengan skirt panjang tue
tak dijajah kepala bana
mana identiti kita mana?
yang satu lagi puak berdemo pasal umat islam dihina oleh filem
hari yang sama, minggu yang sama. bangsa yang sama
maka jelas ada dari bangsa kita memang tak mahu bertuhan

bercakap pasal lawatan ke masjid KLCC tadi
maka akan sampai ke debat bukan islam masuk masjid
apakah hukumnya?
maka di bawa nas arab badwi kencing dalam masjid
tidak disergah takut bersepah satu masjid
malah ustaz hasrizal mengislamkan ramai penduduk belfast
dengan membawa mereka sembahyang jemaah sebelum terucapnya syahadah

tapi. itu bagi mereka yang berminat
kalau masuk duduk di tempat imam imam pulak duduk dengar dia berceramah
atau pope yang semayang dalam masjid dengan cara dia
kita ok juga?

mana pegi kau dengan agama kau aku dengan agama aku
mana pegi penafian tiada tuhan disembah selain dariNya
mana pegi jari yang satu mengakui keesaanNya

maka masuk kita bab kalimah Allah yang nak digunakan agama kristian
berasap-rasap berbahas, tanpa kita akui, yang negara kita belum tentu melayunya ingin bertuhan yang sama
maka sampai kita ke topik pluralism
yang banyak membahas agama langit.
yang banyak tertumpu kepada islam kristian dan yahudi
persamaan dan perbezaan

atau perlu kita contohi taliban?
yang memaksa dengan perundangan?
atau kita contohi iraq?
yang pemimpinnya pelik tetapi mengakui ahli sunnah?
kita? cuba cakap apa yang kita pegang dengan fahaman ahli sunnah?
aku tak nafikan di thai juga terpecah sunni syiah dan wahabi yang mereka panggil dengan gelaran lain
tapi macam di iran, sunni yang merupakan kelompok minoriti, faham apa yang dipegangnya
kita? tahu mazhab shafie. ahli sunnah.
sms member ajak lepak mamak

ada yang berjubah ada yang berbaju melayu
ada yang hip hop ada yang rempit
ada yang duduk berdemo ade yang duduk rumah hisap ganja
come on malaysian. make up your mind
accent english ada yang ala amerika
ada yang ala malaysia
ada yang ala kelantan
ala india je tak ramai

contoh paling best
filem kl gangster
heheh kita masuk kategori label tag wayang kulit moden
yang kalau tajuknya samseng kuala lumpur lagi menarik pada aku
watak melayu nama melayu
bila bercakap dengan melayu lain
pakai bahasa cina
apa jadah?????
dah la kalau cakap dengan cina kita memang gerenti ikut slang dia
melayu dengan melayu pun cakap cina?

kadang-kadang ustazah di tv tu pun nahu lughah nya pelik aku dengar
nak ada bunyi arab macam tertelan kurma
padahal perkataan melayu

apa betul kita perlu mengembek masuk kandang kambing?
kau mengelembu sorang-sorang dalam kandang lembu
duduk tercekik dengan tie dan berkot sana sini
duduk berjubah pelik macam satu dunia bila konvo
termasuk lah aku. time konvo master baru ni,
teringat nak pakai baju melayu
tapi luar berjubah paderi juga. apa point
diploma siswazah syariah pun berjubah sama
sama dengan yang mereka seni tarian
itu yang kita bangga?

maka kita terus mencari identiti kita
terus dan terus mencari

bercakap pasal masalah memang sedap
ini tak betul dia bongok patut macam ni
semua orang boleh tuding masalah
lebih-lebih yang pesimis dengan fikiran negatif
tapi apa solusi penyelesaiannya?

pada aku, kalau nak ambil, ambil seluruhnya
adat disampingkan tidak sampai melanggar hukum
kalau tidak teruslah kita bergangnam shuffle breakdance zapin
serta bertilawah

Friday, October 19, 2012

Letak sesuatu di tempatnya

AGM masjid. orang persoal kredibiliti bapak aku sebagai bendahari masjid.
nak bank statement, report tak cukup detail apa semualah.
nazir backup cakap auditor takda masalah, dah luluskan.
tapi majoriti attack bapak aku bertubi2 dalam masjid..

salah seorang yang tikam bapak aku terang-terang, jiran aku merangkap kawan bapak aku
yg beberapa kali dah bapak aku tolong.
seolah-olah bapak aku tak layak. sampai nak hire expert
pakcik kalau datang berjemaah masjid at least 5 kali seminggu
tak payah tiap2 waktu, satu waktu pun untuk lima kali
aku rasa dah layak bercakap. cumanya, jarang sangat nampak muka pakcik
title prof, tapi ikut pengalaman aku cerita je lebih.
byk perangai lampaunya yang tak berapa padan dengan sanjungan masyarakat.
kecil-kecil aku datang kutip derma surau prof buat muka bagi syiling
pinjam kereta berbulan takat repair meter
haish berilah aku kekuatan tak buka pekung yg selainnya

bapak aku macam biasa. lebih byk menyimpan.
elaun 6-7 ratus yang masjid monthly bagi dia tak pernah ambil tak siapa tahu
jawatan dia pegang tu pun nazir pujuk dia terima
takat berapa puluh ribu akaun masjid tue
time belum pencen bapak aku deal ngan ratus ribu dgn juta je kot
banyak-banyak dia kene tekan semalam
jawapan dia yang aku dengar buat aku senyum
bila dia cakap,

amanah ini bukan setakat auditor kat depan ni. (despite the fact auditors pun semua kata ok)
kalau dengan auditor besar kat atas tue saya tak boleh amanah baik saya terjun je.
kalau semua setuju hire expert saya rela undur

eloklah pada aku. kerja-kerja yang bapak aku tak patut buat pon bapak aku kena buat kat masjid tue
bubur orang buka puasa, hal sekolah agama rakyat tepi tu, logistik, kira duit dan beli tabung. multimedia, bocor, asrama ajk,semua dia tolong
masih orang nak tuduh bukan-bukan?

bila dengar mak aku cite kat benda nie, of course la sakit hati.
tapi tah macam mana, aku tenang,

1st sebab aku tau bapak aku tak buat benda-benda pelik (orang taknak percaya sukati)
sebab selama ini bab rezeki halal jadi darah daging family aku sangat diutamakan
mee amik kat kilang yang mak aku kenal
coke mcdonald dah berpuluh taun tak masuk rumah aku
dalam ingatan aku aku tak pernah ingat bapak aku miss korban. time susah dulu mungkin tak amik seekor.
claim aku bapak aku selalu tegur, jangan claim itu ini, pendekkan mileage
harta dia banyak wakaf
untuk budak tahfiz tinggal
makan minum anak yatim
asb bsn premium apa semua memang tak join walaupun dia tau profitable
tapi dia ragu status halalnya
harta pusaka tolak ansur
jadi kalau dia nak seleweng duit masjid, kenapa baru sekarang

2nd sebab dah terlampau banyak kali kawan-kawan dia tikam dia
kalau aku cerita satu-satu, aku boleh nangis
macam mana bapak aku boleh kena tikam dah jatuh dipijak lagi
macam mana kawan-kawan bapak aku jadikan dia batu loncatan
macam mana derita seksa dia kene khianat
ditekan dan dipaksa keadaan
hingga aku yang dengar ni pon tak sanggup, rasa kalau aku dah lama gila
jadi kalau takat macam dia kena semalam, pada aku dia rasa macam kena jentik je kut

3rdly, aku bukan nak rekrut tuhan untuk justify sesuatu
atau menggunakan argument yang cliche
tapi tuhan tu adil. memang adil.
adil
khalas, period, noktah, fullstop.

hari ini sampai berita, sorang daripada kami satu batch dah memangku 44
isunya kami belum sah jawatan walaupun dah sah lantikan
tapi pada aku tak penting, yang penting kawan tu memang ikut pengetahuan aku memang layak.
berita kedua, yang baru 44 beberapa bulan, dah naik 48.
aku tak kenal orang tu

tapi yang lambat mula-mula mungkin laju di akhirnya
yang laju awalnya, kekal di tempatnya
yang menikam, tertikam
anak kesayangan bos sekarang, besok lusa tukar bos terbuang tak dipungut
yang banyak duit, banyak beban tanggungan
yang sedikit duit, murah maintenance
penjajah kata terlampau banyak variables

kita kene terima hakikat ini
walaupun hidup nampak tak adil, tuhan itu adil
tak nampak hari ini nampak esok
tak pada bapak pada anak
tak di dunia di sana nanti

mak aku selalu pesan, biar sedikit janji berkat
kawan aku pernah pesan, kau tak perlu risau pasal membela kebenaran
kebenaran akan sendirinya terbela
kau hanya perlu berlaku benar, itu sahaja
dan seperti yang ditanya
perlu ke aku bersujud di kaki dan berkiblatkan kau manusia, kerana di tanganmu rezeki aku?

Tuesday, October 16, 2012

siapa dalam facebook?

kalau korang terdiri daripada lelaki handsome atau perempuan cun
mesti beratus friend pending request dalam facebook
atau kalau korang tak cun dan tak handsome
korang mesti pelik kenapa friend request korang dari dulu tak approve
hahahahahhaha
bagi yang rajin, senarai kawan-kawan dikemaskini
yang tak kenal di'unfriend' yang pending dibersihkan
tepuk keyboard, biar jahanam

hak masing-masing. aku taknak comment
cumanya aku sedikit gusar tentang orang yang aku tak kenal dalam friend list
selalu kalau orang itu nampak biasa. nama normal. dah matang dan ada mutual friend
aku approve je since aku pon takdala hansome mana

tapi bila aku dah approve, try mula berbual
kau buat bodoh
macam bodoh tak???

cuba renung balik
kau request friend, aku approve
aku try bual kosong, msg atau chat

'ni nak jual insurans ke nak jadi kawan bang'
'kita kenal ke u. tak ingat la'
'hie thanks. kita kenal ke atau baru mula nak kenal'
'eh kita dulu satu sekolah eh.sorry lupa tak ingat dah. kelas mane eh'

beberapa orang telah buat bodoh
macam bodoh
kalau bajet retis taknak layan
tak payah susah payah request friendship utk aku approve
pegi la kilatkan muka sendiri
kalau taknak berbual taknak bercakap
saje nak letak nama aku dalam friendlist?
jadi trophy? bangga kawan ramai?
baik budak sekolah, negara jiran, lelaki perempuan meniaga tak meniaga tua muda
sama je

tak sekolah ke

Friday, October 5, 2012

hobi saya dan pasangan

kalau tanya aku hobi aku boleh list berpuluh-puluh. dari pingpong, chess, snooker, memasak sampai berkebun. sebabnya mudah sahaja. aku cepat bosan. boring hiking join marathon. boring marathon bela ikan.

hobi yang kekal hanyalah main bola. itu pun dari bola padang ke futsal. bila aku main futsal otak jadi tenang. biar pun permainannya kasar, keras dan laju, korang tak perlu kelam kabut haru biru. pass bila ada peluang. takyah marah-marah cukup sekadar teguran ringkas. aku terasa seolah2 menari ballet kalau main tue. terapung. hilang segala masalah. game tue aku rasa tenang, slow pace dan mendamaikan.

begitulah juga halnya dalam urusan peribadi. cepat bosan dengan orang. baik dengan orang nie bosan. orang tue bosan. orang sana bosan. orang sini bosan. cane nak kawen?

macam-macam alasan aku bagi bila orang tanya. gaylah. income tak stable. memilih (aku nak kawen sukati la nak pilih, nak pakai bukan setaun dua), mintak orang cariklah,siapa naklah, tak jumpa the one lah, tunggu orang lain semua kawen lah. perangai budak-budak lah. ya mungkin kesemua alasan di atas benar kecuali yang pertama. harapnya satu hari nanti aku dapat cari orang yang boleh aku menari, terapung, hilang segala masalah.

memang ramai yang nasihat. antara yang aku dapat, kawen cepat anak bijak, selesai masalah sleeping disorder, pastue by the time pencen anak dah besar2, kawen cepat pahala kira dable, elak dosa, jimat duit tak berfoya. banyak la orang nasihat. ibunda pun frekunsi menegur dah makin kerap. secara direct, perli atau berbentuk soalan objektif.

cuma mantan bos cina aku best. dia sound direct, dont get married before u r 30, otherwise u'll create problems. betul. citenya aku nie perangai cam budak-budak. tak matang. predictable. korang nak suruh aku jaga anak orang?

biar betul.

Tuesday, October 2, 2012

Budi

Suatu petang di kedai tempat kawan berniaga.

kawan: jemput datang open house (ada open shop ke?) nanti,
aku: tengok la nanti. aqiqah anak saudara, member merangkap jiran bertunang. mungkin tak dapat kot.
kawan: peluang mencari jodoh tue, wedding, open house.
aku: 10 jemputan, 7 kau pegi sorang, masuk ke 8 kau fedup. dgn parut chicken pox ni lagi. sapa nak dekat.
kawan: okey la tue, shining.
aku: tadi pekerja kau tanya, pakai tatoo ke. kurang ajar.
kawan: hahahha siapa? datanglaa. karang kau kawen takda siapa datang.
aku: kau dah kawen senang lar cakap dah tak payah datang.
kawan: aku kena datang pulak wedding kawan-kawan yang datang wedding aku.
aku: ha aku takyah datang wedding orang, orang takyah datang wedding aku, lepas tu aku takyah rasa bersalah. kan senang
kawan: lepas tu kau mati takda sapa datang. takkan angkat jenazah pun nak bayar.
aku: ...
kawan: perkara budi weih. jangan buat main.

budi. bawak mati. memang bukan setakat peribahasa. zaman sekarang ni dah terlampau maju. kalau dulu orang amik kesempatan tabur budi, claim duit. tak pun tabur budi, bila sesak mintak balas jasa. ada lagi satu style sekarang. orang berpengaruh tabur budi sana sini. kumpul anak-anak ikan. esok anak-anak ikan berjaya dia ada segerombolan askar ikan pelbagai profession.

budi yang ikhlas mahal harganya...

Thursday, September 20, 2012

Kembara Thailand

Bumi bertuah kita terlalu selesa
sampai selalu lupa selalu alpa

hidup senang termampu semuanya
sampai lupa kita dicipta

perang tiada, bencana tiada
tiada papa tiada kedana
yang dirisau mahu berteman siapa
yang dirisau makanan mana
yang dirisau barang apa
yang dirisau duit belanja

bagai anak yang dimanja
sampai lupa ada Pencipta

keluarlah, merantaulah dan terbang
segenap ceruk lapangan terbentang

merata, bertaburan berlari
dengan niat mengenal diri
pada susah berdiri sendiri

di bumi asing tanpa kenalan. semoga kuat lemah diri ini terlihat. semoga kembara membawa erti.
jajahan siam

Thursday, September 13, 2012

Tunggang Langgang Malam

Tepat jam 12 tgh malam mak aku terjah pintu bilik. 'akmal park kereta luar ke? ada orang bukak pintu'. berlari aku turun dengan cotar arwah atok.

tiba depan pagar. aku tergamam. awek seksi berseluar pendek, baju tak berlengan pengsan dalam kereta. aku tolak pipi pakai cotar. pergh lawa. bau perfume. halamak. aku tengok leher dan tengkuk dia. cari kawasan nadi. berdenyut. 'dik, dik'. panggil lagi. 'dik, dik' *sambil tolak-tolak dengan cotar*. mak di atas menjeling.

tak semena-mena telefon bimbit dia di bangku penumpang menyala. dua bijik telefon satu handbag mahal. pergh. dah la naik swift, kaya budak ni. bisik hati kecilku. hahahah.

baru je aku nak pusing ke sebelah pintu sana nak angkat telefon, mak aku dari atas jerit, jangan sentuh! aku sahut 'kang kalau mati budak ni susah'. tipu la kalau aku kata aku tak teringin nak pegang budak nie. memang teringin sangat. tahan. telefon pun tidak angkat. 'nanti mak panggil guard dulu'.

bagai dipanggil guard lalu. 'rumah no **' katanya. aku terkejut. la kakak *** rupanya. aku tengok macam budak. bapak aku muncul depan pagar. 'pergi panggil ***. kalau ada la acara 100m berkain pelekat, aku dah menang kot.

pendek cerita adalah orang dari rumah dia datang. then sorang lagi ahli keluarganya datang. lepas awek tersebut diangkat masuk ke kereta lain dan keretanya di bawa pergi aku sambung chat dengan budak comel di FB dalam bilik. kemudian mak aku masuk bilik dan kami berspekulasi. akhirnya ' kalau akmal tau cerita sebenar pun, tak payah bagitau orang. kesian. maruah orang. jangan sibuk-sibuk'. 'yelah' jawab aku. dalam hati banyak lagi cerita-cerita jiran tetangga yang aku dengar aku simpan. stok yang kahwin dua, stok yang terserempak ngan pakcik kat club. stok yang macam-macam lagi lah. aku nak kepoh-kepoh pun, rekod aku kat kejiranan ini pun bukan baik sangat.

pendek cerita lagi, aku keluar lepak depan rumah dia dengan *** lepas tu. dan tau lah aku kemungkinan sebenar yang berlaku. moral of the story kata penjajah, ahh korang yang sibuk-sibuk hal orang ni kenapa?

Wednesday, September 12, 2012

Menjajah Romawi

“Kami kaum yang datang untuk mengeluarkan manusia...
daripada penyembahan sesama makhluk kepada menyembah Allah,
daripada kezaliman agama-agama sesat kepada keadilan Islam
dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat”

Monday, September 3, 2012

Racau Negara Isle Kita Kononnya

Pergh ini cubaan pertama untuk tidak menghapdate status fb. bila tulis di sini, panjangnya dah tak macam status. Perkataan Isle di atas bukan bahasa poetic yang membawa maksud pulau. bukan aisle. Isle ini merujuk kepada loghat negeri. contoh slogan, membangun bersama Isle. ha gitu.

Tidak tahan melihat gambar cina kencing banner gambar Nik Aziz, Hadi Awang dan Sivarasa. Tidak sanggup melihat melayu kencing gambar Lim Kit Siang. melayu pijak gambar Najib dan TPM. Bekas tentera senam bontot depan rumah Ambiga. Gambar babi, pemerintah dan mufti. apa korang tak sekolah ke?

Aku taktahu agama lain macam mana ajarannya. tapi kalau itu ajarannya, penjajah kata something is wrong somewhere.

Bagi yang Islam. adakah itu beragama? meh aku kongsi dengan korang rahsia. aku pernah tulis tampalan mengenai bagaimana manusia dijadikan dari pelbagai bangsa, darjat dan status. tapi kalaulah korang benci sangat dengan agama lain, bukan ke kamu dengan agama kamu dan mereka dengan agama mereka?

dan kalaulah korang benci sangat dengan sesama bangsa sekalipun. meh aku bagitau satu rahsia. satu janji Pencipta kamu. dan terjadi kepada manusia terhebat yang pernah hidup.

Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. 41:34

amacam? pernah jumpa janji ini? bukan nak kata kita malaikat. bukan nak kata berbaik tak payah berpada-pada. bukan nak kata buat gitu tak sakit hati langsung atau tiada perasaan. tapi cuba try test (3 perkataan yang sama menunjukkan aku bersungguh).

manusia terhebat pernah hidup pernah dihunus pedang di lehernya dan ditanya siapa yang boleh menyelamatkannya? tersentak dengan jawapan yang diberikan manusia hebat itu, pedang tersebut jatuh dan diambil manusia hebat, dihunus kembali tetapi membuat keputusan untuk maafkan orang tersebut. rasanya-rasa apa kesudahannya? aku cerita ini pun ringkas sahaja. nak cerita penuh, suap semua, korang boring pulak kan.

Saturday, September 1, 2012

Tampalan Kecemasan dan Untuk Tindakan Segera

Bagi mereka yang tidak memahami konteks perkataan tampalan di atas, ia merujuk kepada perkataan penjajah- post atau entry.

Hasil termenung ( tabiat yang jarang-jarang kita buat sekarang  kerana kesibukan masa dan rutin harian yang go go go {ala-ala CS) ), aku mendapati oleh kerana aku suka menulis tapi malas, dan oleh kerana menulis salah satu hobi aku tapi sibuk, aku kerap dan seringkali menulis dan melontarkan idea pendek melalui laman sesawang mukabuku. oleh kerana ade komplen dari kawan-kawan yang tidak boleh pergi (bla) aku menulis 3 status sehari, maka timbul cetusan idea baru yang bakal menggegar dunia.

begini, satu tampalan panjang biasanya mengambil masa sebulan. satu hari tulis 3 baris.oleh itu sementara nak tunggu keluar tampalan panjang maka sesawang ini bertambah sawang. atas tema janji ditepati, maka satu inisiatif diambil untuk memajukan blog ini dengan membuat sekurang-kurangnya satu tampalan pendek setiap se atau dwi minggu. jadi sebulan ada 2-5 tampalan. amacam? aku nak janji seminggu sekali takut mungkir. tapi aku usahalah. atas permintaan ramai kan. amacam? kalau sokong tinggalkan pesan 'yehyeh' di ruangan komen.

ohh ruangan komen tidak akan disekat. anda bebas menulis tanpa sebarang sekatan atau penapisan. oleh itu aku mungkin terlepas pandang sebab komen akan terus muncul tanpa perlukan keizinan aku. atas kebebasan yang aku beri pada korang wahai umat yang dijajah, janganlah kamu berlaku sewenangnya-wenangnya. kata orang tua naik lemak. lagi satu kan lebih elok kalau korang tinggal nama sekali.

yehyeh!

Thursday, August 2, 2012

www.daulahkebenaran


Sejahtera ke atas kamu-kamu. entri hari ini entri alim. bukan seloka seperti selalu. seperti yang dijanjikan, kita akan mengaplikasikan cara bagaimana untuk berfikir. bukan apa yang patut difikir. supaya apabila kita melihat berita, kita lihat pada isinya, bukan betapa cunnya pemberita. bila dikhabarkan tsunami di jepun, bukan maria oza yang dirisaukannya. bila melihat tertindasnya muslim di baitulmuqadis, bukan baiknya tentera menjaga orang sembahyang. mengambil satu isu yang ditanya, ia boleh terbahagi kepada 3 isu yang patut diberi fokus. pertama isu pembaziran wang peribadi, kedua penyalahgunaan wang rakyat dan ketiga isu tidak membasmi kemiskinan.

Bagi isu pertama pembaziran wang peribadi, sekiranya seseorang beli jet peribadi guna duit ibubapanya yang jutawan. jangan diserkap jarang dia penjawat awam yang korup. fitnah itu kan makan diri sendiri. aku pun taknak ulas bab bazir kawan syaitan, amar makruf nahi mungkar. mungkin tampalan lepas di sini boleh memberi motivasi. mal atau harta sememangnya diiktiraf dalam muamalat Islam. pemilikan harta itu diharuskan. dengan syarat bayar zakat. membelanjakan di jalan yang bathil? wang halal guna halal insyallah selamat. wang haram tujuan halal jadilah seperti konsert amal. wang haram tujuan haram takpayah cerita. wang halal tujuan haram? dah sampai masanya kita fokus pada kualiti pendapatan daripada kuantiti. fikir2kanlah tentang keberkatan. dah terbuktikan tuhan itu adil. diberi lebih di situ terkurang di sini. cliche kan kalau orang kata duit bukan segalanya rumah tangga tak bahagia bla bla bla. tapi tahukah anda, kalau kita selusuri sejarah, berapa ramai orang yang bapanya kaya anaknya papa kedana, yang datuknya papa kedana cucunya khaye ghaye.

Kedua, isu penyalahgunaan dana orang-orang yang dijajah atau bahasa kampungnya marhaien. sebelum itu, ketahuilah wahai bani manusia, fekah pemerintah itu berbeza dari rakyat yang kerdil. kerajaan islam boleh bagi dana untuk rumah ibadat bukan islam, tetapi tidak kita. jangan memandai masuk tabung buat church kuil.jadi susah kalau kita nak pukul rata pemerintah belanja tak ikut cara kita. tapi ketahuilah peningnya memisahkan hak peribadi dan hak rasmi. sanggup kita tutup lampu opis bila mak datang jenguk macam dibuat zaman sahabat? aku tatau. ibundaku belum penah datang melawat di pejabat. dan sanggupkah mencungkil sebijik kurma dari mulut anak kecil kita yang budak itu ambil dari selonggok kurma baitulmal? cumanya kalau kita tahu bagaimana nabi sulaiman itu panjang disoal jawab tentang harta dan kuasanya nanti, mungkin kita berubah fikiran. bila melihat bagaimana nabi yusuf seorang menteri ditanya mengenai kedudukannya, mungkin kita akan berubah fikiran. maka kita yang dijajah takluk apa buatnya? cukup diam sebagai lakunya? kalau kita tak tahu kebenarannya. elok kita diam. mungkin duit poket dia. duit gaji dia. selagi benda yang dibelanjakan itu harus. tidak harus kita tuduh fitnah. tapi kalau secara terang-terangan merompak duit awam ia perlu disanggah. kalau tidak disanggah seolah2 kita bertuhan kan manusia. atau maksum taraf seorang manusia itu? biar orang sepelik penjejak bigfoot, penterjemah mimpi atau attention seeker yang berkata, maka dengarkanlah tentang apa disurahkannya tentang kebenaran walaupun jika kita melihat siapa yang mengucapkannya, nescaya kita tidak jadi nak percaya.

berulang kali kita dengar bagaimana salman farisi mempersoalkan harta rampasan perang yang dibahagikan omar. bagaimana akhirnya 1 daripada 2 baju itu diberi hadiah anaknya setelah baju bapanya tak muat. tapi pernah tak kita dgr kisah imam nawawi? ceritanya agak panjang penuh fakta. tapi rasanya cukuplah kalau aku curi satu perenggan tulisan orang.

Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

nah. bicara apa? pada aku kalau sekadar duduk kediaman rasmi bungalow atas bukit tidak mengapa. kalau ade pemandu, tukang kebun orang gaji, bodyguard bagi pemimpin negara pun boleh diterima. ini kita kisahkan yang terlampau melampau. replika emas AK47 misalnya.kalau kereta tidak kisahlah mewah tidak mewah sports tidak sports no pendaftaran cantik tidak cantik, kalau sudah ada 40 biji untuk seorang, aku cuma terfikir satu soalan. berapa banyak kereta yang anda perlu? beli roti canai 300 keping untuk seorang sarapan. larat ke nak makan. rumah ada 50 bilik. berapa bilik korang tidur semalaman? beg duit harga 4 juta, boleh beranak duit ke? perlu tidak perlu? bazir tidak bazir? laknat tidak dilaknat?

Ketiga, isu tidak membasmi kemiskinan. istilah basmi kemiskinan adalah tidak tepat. tuhan menjadikan manusia itu pelbagai secara sengaja. tidak boleh sama rata darjatnya. memang akan ada yang kaya raya dan akan ada yang sesak derita seperti firman 43:32. maka siapa kita mempersoal Kelantan itu miskin atau kaya? cina itu berduit atau melayu pemalas? ini satu perancangan ekonomi dalam kehidupan. supaya seorang pekerja pam stesen petrol boleh membantu mengisi minyak kereta bagi membolehkan seorang pemandu membawa majikannya ke pejabat bagi mentadbir urusan negara. bagaimana situasi simbiosis, tolong menolong, paut memaut ini boleh mengikat silaturrahim menjalin ukhuwah. kalau semua kaya, semua takda masalah, siapa yang mahu mengetuk pintu yang lain? maka Allah angkat sebahagian manusia mengatasi manusia yang lain. jadi yang bodoh datang belajar dengan yang alim, yang sakit berubat dengan yang pandai mengubat. obviously kata penjajah, yang kaya tolong yang miskin. situasi ini satu ketetapan dan tugas ini juga satu ketetapan. sehingga graf zakat itu akan sentiasa lengkung ke atas walau gawat, walau meleset.

dalam keadaan memiliknegarakan semua industri. 1brim, 1kedaikain, 1teksi, 1klinik, 1pasarikan, kita lupa kita asalnya satu ibubapa. adam dan hawa. sedar dengan hakikat ini, mungkin kita boleh kurangkan sikit rasa ketuanan melayu kita dari terus menyombong. apakah akidah mukmin itu tidak cukup menyatupadukan semua. Allah kata melalui 49:10 kita umat Islam adik beradik melalui pertalian darah. nah. apakah kita lihat sahaja saudara kita buka puasa dengan air kosong? sungguh aku merasa, keboleh mampuan kita memilih juadah di pasar ramadhan membuatkan kita sombong, kurang rasa bersyukur dan lupa untuk bersimpati! tugas kita membantu mengurangkan kemiskinan sesama kita.

dan adalah menjadi tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri. bab ini aku sendiri kene ketuk kepala sendiri. Nabi dah pesan suruh kahwin kerana perkahwinan mendatangkan harta. macam anak ada bahagian rezeki dia sendiri jugalah. kahwin 2, 3, 4? hehehhe. walau apa pun kenalah berusaha. jangan ingat dengan beri nafkah batin siang malam nafkah zahir datang sendiri. apa guna tulang empat kerat urat sendi. kita sahaja bersangka-sangka kahwin itu membuatkan kita kurang kaya. aku kena cakap depan cermin.

tanggungjawab pastikan mulut manusia sentiasa bersuap tidak habis di sini. ibubapa wajib memastikan anak-anaknya terpelihara. bila anak-anak dah besar, sara lah pula ibubapa. jangan berhenti tanpa balas jasa. bila anak-anak tidak sara setelah disara inilah antara punca rantaian pengagihan kekayaan itu terputus. dan besarkan lagi skop ini pada perempuan berkahwin tidak berkahwin, ibu tunggal, paman sanak saudara.

dan kemudian bukan orang mukmin mereka yang tidur malam dalam keadaan kenyang sedangkan jirannya dalam keadaan kelaparan. anak, bapa, suami terus kepada jiran. kalau 40 rumah depan belakang kiri kanan concern, susah nak cari orang yang tidak makan dalam sehari.

dan akhirnya, tanggungjawab kurangkan kemiskinan ini sampai kepada baitulmal terus kepada pemerintah. mungkin ini boleh dikaitkan dengan negara berkebajikan kalau takut sangat dilabel negara sup tangan.

sebagai kesimpulan walaupun ulasan ini tak sampai 1 peratus dari kupasan penuh, dengan hujah dan cara pandang yang betul, jika yakin bahawa harta yang diselewengkan, dijoli itu harta awam, harta pembayar cukai. maka jangan kita tunduk seperti hang tuah. jangan taat tak tentu pasal melihat yang mungkar. dayus namanya. dan jangan mentaati perintah orang-orang yang membazir, 26:151. bila kemungkaran berleluasa, tuhan tarik rezeki nikmat sebuah pemerintahan. ikan pun kurang dan jadi mahal. dan bila harta negara beredar di kalangan sekumpulan kecik orang tertentu, maka ketahuilah kiamat itu semakin hampir. teruslah kita bermimpi zaman kegemilangan Umar Aziz yang pendek 2 tahun itu akan berlaku. bilamana harta rampasan dipulang. kuasa diberi pada yang berhak. bila asnaf 10 zakat sudah tidak ada penerima lantaran makmurnya negara. maka hendak diberi kepada bujang yang tidak berkahwin tiada penuntutnya, hendak dibeli kelengkapan perang negara lengkap sudah sebelumnya, yang akhirnya duit itu dibeli makanan ditabur atas dan di lereng-lereng bukit agar menjadi santapan burung. agar tidak disoal di kehidupan kemudian mana kamu belanja wang zakat. bayar peguam kah. nanti ada pula yang tanya aku mana datangnya semua orang kaya sama darjatnya tanpa fakir. mustahil. sudah satu post lagi aku kene tulis. moralnya dalam ibra ini bukan sahaja keutamaan bajet negara disenaraikan, tetapi menunjukkan penyelewengan itu tidak diharuskan walau apa cara sekalipun. amil itu ada haknya. tetapi kalau isteri amil menerima hadiah lantaran kedudukan suaminya sebagai amil, Nabi kata itu rasuah. apa lagi membelanjakan wang rakyat sewenang-wenang. tidak perlu menuding mana-mana pihak di sini. kerajaan ke pembangkang ke kalau nak korup-korup juga. manusia, insan, lupa. sinonim. dan Kami membinasakan orang-orang yang membazir 21:9.

sejahtera ke atas kamu.

Wednesday, May 30, 2012

Mengenal Manikam

Saat isu PTPTN dan BERSIH sibuk dicanang. Bila senaman bontot dan gambar lucah di front page media utama jadi budaya. Ketika kita terkinja-kinja sibuk suruh orang debat sana sini. semasa sibuk demonstrasi lepas itu mengganas, paksa budak kolej berhimpun cari penginapan sendiri, apa kata kita duduk tenang dan fikir satu soalan.

kenapa di universiti di Malaysia tidak ditawar kursus ilmu mantik atau falsafah?

aku terdengar UM ada tawarkan. masih dan betulkah? satu bangsa yang infrastruktur-nya kelas pertama ingin menjadi sebuah negara maju tanpa didukung oleh satu cabang ilmu yang penting? atau kita mahu tunggu pupusnya cabang ilmu ini sehingga jadi pelik seperti ilmu agama, ilmu kebatinan, ilmu laduni atau ilmu susur galur keturunan melalui tapak kaki?

entah mana asal ilmu ini, banyak tamadun hebat mengunggulinya. ilmu akal yang diperlukan manusia untuk berfikir ini digunakan untuk menyusun tertib maklumat bagi menghalusi isu semasa dan menyantuni masalah hari ini. politik bukan sahaja seakan satu perkataan yang jijik jadinya, malah anak muda kini lebih senang tidak mengetahui, tidak ambil kisah atau peduli tentang apa-apa yang padanya 'politik'. sedangkal itukah kita? membiarkan jiwa kosong tanpa penghayatan? yang sepatutnya kita ambil iktibar, belajar dan hayati?

mungkin ada yang menyatakan ilmu ini berasal dari athens, yunani dan dipelopori oleh Socrates, Plato dan Aristotle. mungkin ada yang tidak menerima ilmu ini kerana ia berpandukan akal dan logik. tapi sedarkah kita walaupun kita tidak menerima hujah liberalis tanah air, hujah pihak anti hadis, hujah feminis, hujah lesbian gay dan orang yang bersimpati terhadap mereka bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia, yang menghairankan ideologi, doktrin atau 'perjuangan' mereka sedikit sebanyak meresap ke dalam masyarakat.apa istimewanya mereka dalam mendekati masyarakat lantas mengoyang pengaruhkan pendirian individu?

kesempatan ini bertambah terbuka luas bilamana penguatkuasa jabatan agama yang hanya lulus SPM menghina herdik menindas wanita berzina seolah-olah mereka tidak berwali. bila golongan murtad ditakut-takutkan dengan azab kubur dan neraka yang mereka tidak percaya.maaf sekiranya skeptik dalam perkara ini tapi ini semua adalah kes kalaupun terpencil, harus dipandang serius. jawapan agama menjadi cliche dan dianggap tipikal. ditambah dengan faktor orang yang menjual agama dan merekrut tuhan di sisinya bila mana menuntut bahawa niatnya seolah-olah menghalal toyiban pendekatan mereka. malah lebih halal dari logo JAKIM. telah tiba masanya kita keluar dari kepompong yang hanya membincangkan harus haramnya memakai haruman bercampur alkohol dan talkin semata-mata. globalisasi budaya mana mungkin dapat disekat. maka dari segi agama harus ada perbincangan akademik dan golongan ulama serta orang tua harus jika tidak menerima menimbang pandangan anak muda.

kepada kawan-kawan yang meminta ulasan mengenai nombor pendaftaran kereta WWW 1, perlu diingat bahawa isu pembaziran wang peribadi, penyalahgunaan wang rakyat, isu kemiskinan adalah 3 isu yang berbeza tetapi berkaitan yang perlukan kepada kupasan. sebagai mukadimah, istilah basmi kemiskinan adalah tidak tepat dan pemerintah bukan pihak utama dalam mengurangkan kemiskinan. nantilah bila ada masa aku ulas. korang gaduh la dulu

Tuesday, May 22, 2012

Mainan Minda

Pesankan pada diri.
Gagal dan kalah itu tidak benar.
Realiti dalam kesedaran dan pemikiran masing-masing

Bagai 2 dunia berbeza
Pekakkan telinga jika mendengar amarah sindir keji
Butakan mata jika melihat bait-bait kekalahan dan kegagalan
Kuatkan hati yang akhirnya menang dan berjaya
itu sahaja. yang lainnya hanya ilusi mimpi. tak penting

ini datangnya lepas kena marah

Wednesday, May 9, 2012

3 Mei 2012


Ucapan Penerimaan Masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi.

Dengan Izin,

                Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang Arif Hakim, wakil dari Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur. Saya Encik Jeffree, pengusul bagi pihak pempetisyen pada hari ini.
               
Pempetisyen, Akmal, ditauliahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang dengan Kepujian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2009. Pempetisyen juga ditauliahkan Diploma Siswazah Pentadbiran, Guaman dan Kehakiman Islam pada tahun 2009. Pempetisyen selanjutnya dilantik Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan berkhidmat dengan Jabatan Peguam Negara sebaik sahaja tamat pengajian pada tahun 2009 sehinggalah sekarang. Pempetisyen bertugas sebagai Peguam Persekutuan di Kementerian Kerja Raya dan di antara skop tugasnya adalah mengendalikan kes-kes sivil di mahkamah bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Pempetisyen, dengan rasa penuh kesyukuran, berterima kasih kepada kedua ibubapanya, Encik din dan Puan ..., yang mana tanpa  didikan mereka berdua, tidak mungkin pempetisyen berada di sini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapa, abang, kakak, adik dan kesemua ahli keluarga di Kelana Jaya yang tidak pernah berhenti dari memberi sokongan dan dorongan. Tidak lupa juga kepada Ketua Jabatan, para pensyarah, Encik Nasrullah, rakan dan sahabat yang banyak mencurahkan ilmu selok belok dunia perundangan. Dengan segala tunjuk ajar, Pempetisyen  akan terus berusaha menyumbang ke arah keadilan.

                Saya percaya, pempetisyen adalah layak dan sesuai untuk diterima sebagai Peguambela dan Peguamcara. Semua dokumen dan borang adalah teratur. Saya juga percaya tiada bantahan daripada ketiga-tiga pihak Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur. Oleh itu pohon pempetisyen diterima masuk sebagai Peguamcara dan Peguambela di Mahkamah ini.

***

dengan kuasa bla bla bla didaftarai bla bla bla

***

mohon memakaikan jubah kepada pempetisyen

Wednesday, May 2, 2012

Ba'da Taharah

heheheh. bantai sahaja tajuknya. aku sebenarnya hendak bercerita tentang pasca bersih. sebab yang menyokong dan membenci sama-sama naik. kata polis itu jahat, upload video gambar. kata rusuhan tak terkawal, pun upload video dan gambar. mana betul?

sebetulnya agak mustahil kelompok kecil pemimpin menganjurkan demonstrasi aman yang partisipasinya mencecah ratusan ribu, menjamin keamanan dan ketidakkacauan demonstrasi. katakan 250 000 berhimpun secara aman damai sejahtera makmur, 100 orang daripada, iaitu 0.04 percent buat keputusan nak jadi liar sikit baling batu. bayangkan 100 orang baling batu. walaupun minoriti kesannya...cukup pedih.

sesiapa yang datang dengan niat yang baik. nawaitu yang baik. kemudian ditindas, dianayai, dibelasah sampai cacat, atau mati sekalipun mesti ada balasan baik. kesian memang kesian. tapi semuanya tahu risiko ketika hadir atau bertugas. mereka bukan tidak sedar ada bahaya. cuma atas nama tugas tangungjawab atau kehendak mengutarakan apa yang dijuangnya mengatasi rasa takut. rasa rugi. rasa pentingkan diri. rasa sayang keselesaan.

takutlah pada setiap muka berdarah yang diupload di facebook. baik di pihak polis atau di pihak demonstran. takutlah pada nyawa-nyawa yang terkorban. darah-darah yang tumpah. insan-insan yang dibelasah bagai binatang. seorang individu dibelasah secara berkumpulan. takutlah pada orang seperti ini. kerana setiap dari itu, melambangkan datangnya gelombang besar, yang jika tewas 1 sepuluh bangkit. bagi yang ikhlas dalam menjalankan tugas menjaga keamanan ataupun tulus hadir atas nama keadilan, titik peluh pasti terbayar. tidak hari ini hari esok. tidak minggu ini minggu depan. tidak zaman ini zaman lain.walaupun teruk dibelasah. teruk dirempuh. teruk dizalimi, sakit hanya bagai dicubit. sakit, tetapi boleh ditepis. yang dirisaukan bila dah bagi muka banyak sangat, datang tumbukan balas, terduduk kita. takutlah anda. misteriiiii

Friday, April 27, 2012

Taharah

Bukak mana-mana buku fiqah, tuan-tuan dan puan-puan akan berjumpa dengan bab taharah di awalnya. taharah bermaksud bersuci. tapi aku bukan nak cerita pasal beristinjak. aku nak cerita bab bersih.

Cukup aku malas nak tulis pasal politik. muak jelik jelir. mengusung liberalis ngan datuk seri ke dataran lah, stadium lah. yang sebelah sana baju kuning salah, khemah salah duduk salah. cuma bila urusan aku nak beli fresh flower utk kawen kakak aku di petaling street atau di jalan pudu terganggu aku cam sedikit terase. apalah sangat membeli bunga segar compare dgn perjuangan keadilan di tanah air ini. ye dak?

Cukup-cukuplah kita menjadi idealistik. mulalah terima hakikat bahawa puak mana pun yang menang akan ada bengkok sana sini. puak a kalau menang tiada hak bumiputera. puak b kalau menang kayakan kroni. puak c kalau menang nak buat pemerintahan adil tapi setongkol ngan puak radikal. puak d nak perintah mintak tolong puak a, bila puak d jadi pemerintah puak a guna balik puak d.

cukuplah kalau aku kata pandangan politik seseorang tidak lagi penting atau relevan pada aku. aku suka kalau parti islam memerintah. dan aku tidak keberatan kalau tengok pemerintah yang ada terus memerintah. sedangkal itu pemikiran aku sekarang.

cukuplah apa yang berlaku di kelana jaya ini (dun seri setia lepas persempadanan semula). PRU lepas, saluran 3 bantai undi protes. aku pun join protes. hasilnya ahli dewan undangan negeri paling muda menang. tah tua 2-3 tahun je dari aku dah jadi setiusaha mb kat suk nun. masa tu kalau letak monyet di sebelah pembakang pun pembangkang menang. tapi lepas tue apa jadi? tadika pertiwi tergadai buat perumahan. kawasan lapang sebelah LRT naik kondo 4 blok. kawasan sebelah surau sebelah perumahan naik kompleks perniagaan. jalan depan rumah aku ada terowong basement pergi paradigm. tak masuk taragon yang sebelahnya. tak masuk tropicana la ou la curve la dan business centre yang nak naik tepi federal highway nun. dan paling kontroversi, padang PKNS yang melahirkan ramai bintang bolasepak tanah air pun nak dimajukan. gila.

cukup aku hairan malam ini aku dapat sms dari sorang kawan tanya. modus operandi bersih dgn 13 mei sama. aku tanya apa yang sama? divide n rule. tah la lepas brainstorm2 baru la aku paham. tapi aku cakap kat dia senang je. maybe politik berdasarkan kaum dah lapuk di zaman. tapi sebab itu generasi kita lupa. kita tak pernah kena halau masa nak beli sebotol kicap. kita tak pernah dipandang hina dek kerana miskin. dalam keadaan sekarang, orang kita sendiri menggangu gugat prevailnya entiti bangsa. terpulang. hak dan pilihan masing-masing. cuma sekali keistimewaan itu dicabut, jangan mimpi la dapat semula. mati hidup semula tak dapat balik.

cukup kalau dikata kaum ini kalau menang korup dan menindas. kaum sana kalau menang pun sama juga. cuma pilihan kita, kita rela ditindas oleh siapa? hahahha hinanya kita.

cukuplah aku tulis secara am dan tidak spesifik. terlalu banyak insitutusi, parti atau perseorang yang akan sensitif bila aku menulis perkara dalam minda anak muda ini. maybe lebih sesuai kalau kita minum-minum sembang berbual. ye dak?

Thursday, April 26, 2012

Bunohan terbunuh

untuk mengkritik sesebuah filem. ada beberapa etika yang perlu dipatuhi. biar cerita habis ditayangkan baru kritik. tak tutup periuk nasi orang. dan perlu tahu mesej tersirat. buaya putih ke, saka ke, samseng jalanan ke. sudah tentu ini semua perlukan kajian dan tontonan lebih dari sekali. which is sangat malas untuk dilakukan. jadi review aku memang tak layak dikategorikan sebagai kritikan juri profesional.

kutipan rendah, kritikan banyak. pelik aku dengan citarasa orang tentang filem. mungkin citarasa aku rendah tapi pada aku bunohan ini salah satu filem tempatan terbaik setaraf filem muallaf. mungkin para profesional yang mengkritik lebih arif tentang apa yang diperkatakan. contohnya banyak elemen air termasuk peluh paya sungai dan laut. apabila bosan, main elemen pasir. wah aku tak perasan pon. yang aku perasan setting tempat pengambaran sangat cantik dan unik. lalang tinggi dari kepala. kau ada? orang tua duduk tengah paya. kau penah jumpa?

ini belum masuk komen para professor tentang semua unsur wayang kulit, kekeluargaan, mistik, tamak, politik disardinkan dalam satu filem.ahh persetan apa yang dikata pakar-pakar tersebut. meh dengar abang ulas. lagi menarik.

mungkin kita tak sedar, watak pembunuh faizal hussein (camnie ke eja?) itu sangat berkesan. bagaimana seorang pembunuh tegar lembut hati dan ada semangat kekeluargaan di akhir cerita. ini bukan gengster-gengster dalam filem ibukota yang berlawan 5 lawan 5 cakap nak meletup. dan kebanyakan gengster filem aku pun tak pasti. nampak macam melayu cakap cina. kalau dalam filem bunohan ni amik kau, kelate totok. stok bunuh pakai sabit.

watak antigonisnya adalah seorang cikgu (katanya) atau ahli perniagaan yang mana akhirnya menjadi pembunuh. moralnya di sini mungkin lebih kepada sifat kekeluargaan atau kelembutan hati manusia. kalau korang tengok mafia atau kongsi gelap, keluarga akan diutamakan. entah aku pelik cerita gengster yang leh bergaduh berbunuh adik beradik. sebab setau aku lah, gengster mana pun, family dia jaga.

dan kesimpulan aku, itu pasal kita jangan kutuk sangat orang yang jahat ini. boleh jadi dia akan berubah. dosa dia diampunkan bila bertaubat. dosa kita yang mengutuk ini macam mana? kalau takat salam tangan hari raya maaf zahir batin lepas?

aku takda komen pasal unsur mistik buaya putih, saka ke susuk ke yang ada dalam cerita itu. sebab aku tak paham.

cara atur plot yang menarik. yang awal bersambung akhir selainnya di tengah. skrip dia walaupun dialek kelantan yang perlu aku lihat subtitle pada aku cukup best. bukan sebab aku suka dengar dialek kelantan. aku tak suka pun. tapi cakapnya pada aku retorik. lawaknya kasar penuh makna. contoh

kita ni hidup mati 3 minit je dalam gelanggang tue
- barangkali hok 3 minit tu kau boleh bagi kat aku

besar pisau aku
-taje lagi pisau aku

aku nih keje bunoh oghe
- aku ade dengar


hahahha ok aku bantai je. skrip asal bukan begitu. nak guna demo ape semua tak reti sebab tak paham dialek kelantan. tapi takat gocho, kelik tuh lepas dua tiga kali tgk translation paham la aku apa dia. senang cita aku suka filem ini pasal originality. keaslian. macam juga cite yasmin ahmad. ini tidak. cerita kos juta-juta, konon pasal sejarah mitos tamadun melayu berserta raja dan pahlawan, tapi dok ikut cite penjajah seakan-akan gladiator, pirate, troy tah apa lagi. bila cuba meniru, sebatu orang boleh bau.

Friday, April 13, 2012

Mari bergaduh cara tak gentleman

sesak nafas menjawab periksa. bayangkan 40 minit + 2 jam setengah menjawab soalan yang kau tak baca. salah sendiri juga, masa 2 minggu baca 4 jam. futsal punya fasal. konon release tension layan battleship. hampeh tak best. beli a&w jalan balik ke arah tempat letak kereta dengan ihsan dan kentakinya.

tidak semena-mena macam kena langgar bulldozer. melayang rootbeer yang aku pegang. aku diam tidak bersuara. pandang keliling, toleh belakang, seorang lelaki lingkuan 30an, berbadan sasa, tegap walaupun pendek sikit. aku yakin bukan salah aku dilanggar. 15 saat tunggu dia cakap sorry yang aku baca ikut gerak bibir sebab aku rasa kuat dia telinga dia sendiri yang dengar. tanpa banyak soal aku tunduk cangkung kutip air yang terabur. perlahan-lahan slow motion bangun. lelaki tadi masih terpacak dengan seorang awek atau bini yang tak sempat aku tengok mukanya. dari ekor mata rasanya dah sama saiz laki bini. cuma bezanya lelaki ni macam baru keluar gim. lengan dah besar peha aku.

entah hantu mana rasuk aku, aku tenung tatap mata lelaki itu dalam-dalam. seolah menyeru goggle cyclop memancarkan laser merahnya. tepat kedalam mata lelaki tersebut tembus ke tengah kompleks beli belah yang kebetulan belakangnya pameran barang gimnasium oleh fitness concept mainan penjajah. "eyy bro" sapa lelaki ketak2 ini. walaupun ungkapan tutur perkataannya cukup santun, aku kenal nada intonasinya. bukan nada eh bro lama tak jumpa. atau eh bro buat apa sini. ini nada open gaduh masa sekolah-sekolah dulu. aku diam pasak kuda-kuda ke bumi walaupun tidak kelihatan. dalam hati *masak aku sure meletup punya mamat ni open'.

sangkaan meleset setakat selangkah ke hadapan dia berhenti. aku longgarkan kuda-kuda berjalan ke hadapan cukup dekat untuk se-das penumbuk hinggap di pipi oleh mana-mana pihak atau secara jemaah disebut pihak-pihak. sekali lagi aku bagai dirasuk entah mana kekuatan berani datang aku tolak lelaki tersebut. walaupun perlahan seperti menolak daun pintu yang separuh terbuka, aku rasa sudah cukup untuk dikatakan sebagai satu provokasi. cis, tak bergerak seinci..... tangan digengam tunggu saat-saat dibalas. kawan di belakang cuba tarik. aku leraikan tolak balik kawan itu kebelakang. hehe sorry jangan curi limelight gua.

kecil sahaja aku tengok lelaki di depan aku sekarang. kalau pandangan boleh mencederakan. dah berdarah lelaki ini ditatap tenung mata helang milikku. aku cuba berunding dengan mulut. "jalan tengok la". dia jawab "aku tengok la" katanya sambil mengangkat tangan tidak ubah seperti karam singh. "tengok? aku pun tengok la?" tanya aku balik. saat itu penjajah kata dah imminent sudah. mesti berakhir dengan perkelahian tragis.

aku provokasi lagi " kauuuu, aku diam-diam kau pulak melantun ekkk"...........dalam hati aku *cis ayat aku dah power camne ekkk johor kampung ibubapa aku terkeluar pula.

saat-saat tiada jalan lain itu lah tangan yang menghayun buaian atau tangan awek atau bininya apa aku kisah menyambut lengan melindung bahunya. tangan yang menggoncang joystick itu lantas merentap lelaki itu pergi.

aku masih terpaku di situ. kaget ditinggal tidak dilayan balas.aku jenguk lelaki itu meleraikan tangan kekasih hatinya di balik penjuru kedai yang terselindung dari sudut aku berdiri. dengan nafas minda alpha yang terkawal, jari-jemari bergerak meramas angin, aku berharap lelaki itu melangkah menghadapkan badannya ke pada aku kembali. biar kita jadi tidak matang hari ini. biar jadi kes pak guard yang mungkin menunggu saat ini untuk menggunakan cotarnya. biar hilang wajah nerd aku. usah kau ingat perut party pack badan sekeping ini bisa kau langgar-langgarkan sebelah mata. cis

tiba-tiba aku rasa ada orang menarik aku erat dari belakang. kali ini yang menarik seakan tidak memberi peluang untuk aku leraikan tangannya. badan aku yang kepeng terikut walaupun kepala cuba kekal di posisi machonya. dalam hati. eh aku ada awek juga nak tarik aku dari permainan tidak matang ini. dan seakan menunggu detik dan kesempatan ini, sekali lagi awek atau bini apa aku kisah lelaki tadi menarik pasangannya hilang di balik bucu kedai. aku meluruskan kepala 180 darjah ke hadapan. baru terfikir siapa tarik aku. aku pandang ke tepi. laa ihsan. hahhahahah... dalam panas-panas hati aku terfikir tadi tengah cakap pasal apa sebelum kena langgar. owh kes tatatertib!

kesimpulan yang boleh aku buat

1. lelaki bila depan pasangan perempuannya akan jadi kuat tidak pernah kalah. hukumnya sama seperti bercinta dengan isteri orang ------> kau betul ke kau salah ke kau salah jugak!!!!!

2. lelaki yang jiwa kacau kusut seperti aku penjajah kata 'have nothing to lose'. kesannya sama juga. macam orang tidak matang meroyan bila diusik.

3. walaupun tidak dalam wudhuk dan tiada air gau, air rootbear yang sempat aku teguk berjaya juga kawal kemarahan. memang peel aku bawa air keluar setiap kali makan fast food.

4. exam induksi tidak sesenang yang diwar-warkan. makanan institut bangi sangat sedap dan battlefield sangat bosan. setelah hunger game dan burger bakar, apa lagi yang ingin kita over rate?

Wednesday, April 11, 2012

Tsunami menggegar

Di hari pertabalan yang mana semua warga malaysia adalah subjek pemerintah di bawah wilayah jajahan takluknya, cuti umum diistihar digazet dan diwarta. tiada keraian pesta rakyat seperti di tepi-tepi jalan seperti dulu di mana raja digandah ke sana ke mari. majlis dijalan kan secara teratur dengan penuh adat istihadat. quran dikucup dan diletak tepi simbol ketua agama islam ditabal. bagi rakyat merhaien yang sedang berinduksi, kursus di bangi ini tetap berjalan. masih terpinga-pinga mencari sesuap nasik untuk di bawa balik rumah. puitis siut.

tapi duduk di institut ni tanpa roomate buat aku teransang untuk menulis. bukan jauh sangat rumah di kelana jaya, tapi saja nak duduk di asrama, kosongkan jiwa makin hari makin serabut. kene belajar lebih dengan dr minda alpha

dan kursus dua minggu ni memberi aku peluang bercampur dengan macam-macam orang. termasuklah para majistret, timbalan pendakwa raya, peguam persekutuan lain semua. learned sungguh

oleh kerana hari ini half day, aku decide nak bangkitkan minda alpha aku, aku bermeditasi dari pukul 2.30 sampai 6.30. hasilnya??? menakjubkan...gegaran scala ritcher 8.9 di acheh yang tempiasnya dirasa di sini tidak aku rasa. katil single di tingkat 4 gagal memberi aku amaran lantaran kekhusyukan aku dalam minda alpha.

malam nie bila aku buka facebook. keluar lah segala doa ratap rayu amaran berjaga segala. tak kurang jugalah yang kutuk baru nak cari kitab dalil nas apa semua. entahlah. pada aku kalau kiamat nak datang sekalipun. ia datang macam disurahkan. sedang leka kita bermain!

Saturday, April 7, 2012

He gives without thought of reward

Itulah quote poster penjajah Anakin Skywalker Pepsi ask for more yang ada di bilik ni sejak aku kecil. tapi aku kurang paham maksudnya sampai betul-betul belajar melalui pengalaman.

sebelum tu macam tipikal blogger lain aku nak bagi alasan lagi kenapa jarang menulis. sebenarnya dari 30 januari 2012 lepas byk kali aku cuba menulis pasal kemalangan maut tapi selamat yang dialami. cuba try punya try belum cukup gagah lagi. nantilah kalau dah boleh tulis dan jumpa kekuatan dapatlah dibace. sementara tu kita lari topik lain dulu. post nie untuk kawan=kawan yang konon supportive la concern nape tak tulis blog lagi. blah la weih. nasib aku memang tekanan time induksi nie. pasal induksi post lain. dah kerja nie liga dah lain bukan cam gi lecture hall kat u dulu ye dak. kursus pon lain. ah nanti la kalau tak malas.

berbalik pada tajuk asal. aku pon tak perasan ada erti hidup pada memberi.

aku ada sorang kawan. kita namakan sebagai encik x. encik x nie bukan orang senang mane pon. kadang-kadang isap rokok nusantara je pong. tapi satu perangai dia kalau orang susah mintak tolong nak pinjam duit dari die dia akan cuba carik dan pinjamkan. walaupun malaun-malaun nie tak bayar balik, next time diorang nak pinjam, encik x nie bagi lagi. aku selalu sound direct kau tak menolong diorang, kau bangang kau ape la.tapi encik x buat lagi. sampai bila aku tgk die tak cukup duit aku yang panas hati.

cukup bab tue. suatu pagi aku pergi hiking. lepak kat bawah tue tunggu bintang-bintang ternama yang datang lambat nie. bertegur sape dgn sorang leftenan kolonel nie. aku tanyalah tuan naik sampai atas ke? dia kata tak saje bawak anak-anak mandi sungai. aku tgk anak-anak die samua macam askar, muka lain-lain tapi rambut sepesen. ade yang siap tanya pelahan-pelahan kuat sikit dari cakap dalam hati-ramai anak, isteri berapa? haha kalau aku dgr time tue automatik aku cepuk kepala+leher dia.

time turun bawah balik aku jumpa la group tuan leftenen kolonel (selepas ini dikenali sebagai "lt kol") tadi. pergh khemah dia orang berpiknik cam 100 orang nak tido seminggu. besar dan mewah..maggi periuk belanga semua siap. padahal budak2 dalam 10 orang je n tak bermalam pon. aku cam rase ikan fishy sikit. so aku gi kat dua orang mamat celoreng yang sibuk tgh buat joran dari buluh dalam khemah nak tangkap ikan buat bakar. ye tak ye pon leh aku tumpang zohor nampak ada sejadah. selalu dalam hutan gini semayang atas tanah je. sembang punya sembang baru lah aku tau, 2 orang mamat celoreng nie pekerja/orang bawahan lt kol tadi. tapi 2 orang mamat celoreng nie kata kalaupun diorang pekerja je diorang dapat layanan macam anak-anak lt kol tue gak. dan aku barulah tau kanak-kanak riang yang dia kata anak dia nie semua kebanyakan bukan anak kandung dia, tapi anak-anak hiv, anak yatim, anak pelarian, anak ibu tunggal, anak orang susah dan macam-macam latar belakang. aku terdiam sebentar. zohor kejap aku approach lt kol. mane tau dapat maggi ke.lapar kot!

heheh dia tak pelawa aku pon maggi tu. kalau dia pelawa memang aku makan je. tengah hutan beb. nak sedapkan hati aku cakap kat diri sendiri, harta anak yatim piatu jangan diusik. chewah. terus direct aku tembak bullet kat muka lt kol tadi. la tadi pakcik kata anak pakcik, saya pon berkerut gak pike. heheh die senyum. dia kata jangan cakap kuat-kuat..kita sembang pelahan2 je. dia kata budak-budak tue dah anggap dia macam abah.panggil pon abah. jadi diorang expect lt kol tak bezakan mana anak kandung anak yatim anak hiv anak filipina apa semua. tue pasal die kata anak dia bukan nak tipu.

abis die sembang lah susah payah jaga budak-budak nie monthly turnover je dah 20-30 ribu. walaupon aku rasa gaji lt kol nie byk tapi masak gak nak maintain makan minum tempat tinggal diorang nie kalau takde bantuan kerajaan. macam paham2 apa aku pikir dia pon cakap gaji die pon guna untuk anak-anak ni dan dia tak buat keuntungan pon dari anak-anak nie bahkan dia spend pulak. sacrifice gaji tanpa mintak satu sen pon dari orang lain termasuk kerajaan. ladang lembu yang kat cheras nun pon sama-sama usahakan buat duit belanja the whole rumah. dari cara dia cakap dan bercerita aku nampak dia nie buat kerja amal nie memang bukan untuk sesapa.memang sayang budak2 tuh mcm anak sendiri memang.anak-anak tu memang tidak dibenarkan untuk mengemis. Lagi pulak kalau bebudak tue nak salam korang, korang tarik tangan (konon berjangkit) siapla. Bebudak tue mengadu kat abah dia lt kol nie akan carik korang then sound direct. Mcm as if yg di atas dah hantar seorang pelindung utk anak-anak ni.u mess with them u mess with one fierce soldier.

Sembang2 adalah dalam sejam, then kitorang mintak diri. Dia hulur kad keluarga besar dia. Aku jarang hulur kad aku pada orang lepas setaun kerja, tapi kali ini aku laju je hulur. Sambil tue aku selak-selak wallet. Cheh takde duit nak bagi. Bulan tue memang sengkek. Outstation memanjang. Aku tanya kawan aku dia pon ade sepuloh ringgit je. kumpul-kumpul ada lah cukup lima puluh. terus terang aku kata itu lah duit aku bulan tue sementara claim masuk. aku memang takde duit tapi nak bagi gak. lt kol tue pulak taknak amik, buat malu aku je. lepas die tgk aku beriya dia kata bagi kat budak-budak. die taknak pegang duit.

miraclenye bulan tue bukan je aku survive. duit berlebih-lebih pulak datang. mane datang aku taktau. puas aku kira, memang tak logik. cuma touch n go aku memang penuh. minyak dah full tank dan contact lense dah beli. mungkin tambah faktor tayar tak pancit, tak payah topup handphone dan selamat dari kecelakaan ekonomi. mungkin kita tak perasaan. tapi tak bayar duit kecelakaan ekonomi boleh menjadi satu sumber pendapatan. kira kata lah patutnya kita accident hari tue, tapi bangun lambat tak jadi keluar. kan selamat duit tue.

so murid-murid apa moral of the story? kalau kita tengok robert kwok, syed bukhari, goh tong, halim saad semuanya ada yayasan. kenapa? nak kurang tax tue satu hal tapi yang lebih penting asal bila kaya je nak bukak yayasan? asal mark zurkernburg (bantai eja je nama penjajah ni) sibuk-sibuk nak buat charity? padahal dia kapir makan babi kot.bukan la aku nak suruh korang bukak yayasan. tapi duit gaji tue sebelum kita enjoy pegi spa. potong 50 utk sedekah 50 untuk fidyah tak puasa 50 utk next korban 50 untuk zakat tak masuk duit bagi mak bapak tiap-tiap bulan. ada berani? kalau nak tunggu spend tempat lain dulu charity kemudian memang tak penah cukup la kan. potong dulu tiap2 bulan. beran?

dan sesungguhnya ingatlah kalian, sedekah itu boleh datang dalam pelbagai bentuk. contoh tgh kat parking ou nak shopping, nampak sorang awek cun, sedekah la parking lot yang kita dapat. atau kalau kita tgk abg guard yang perasan hensem dan powerful di bangunan-bangunan yang tiada orang sangat, sedekah la senyuman. dan paling penting. kalau orang mintak tolong. cuba tolong semampu mungkin. dan lepas tolong yang ditolong tak payah la buat remarks cam, i owe u one. besok lusa aku akan tolong kau balik, jangan tabur janji yang kau tak pasti, budi rezeki tue yang nak balas bukan tangan manusia. semut di zaman solomon itu menyimpan sebiji butir gula setiap hari. tapi bila sulaiman tegur dan kata tak payah simpan dah, hari-hari aku provide, instead of tak reserve lagi, semut tue tambah lagi simpan dua butir gula sehari. bila ditanya kenapa. die kata dia risau akan janji manusia.

aku bukan nak berkhutbah ke apa. tapi zaman ini aku pelik. orang yang sedekah singgit kat uptown kene marah. budak tahfiz abis di interview. ye tangan yang di atas itu lebih baik. tapi kalau taknak beri takyah la kata sindeket la boleh kerja la. kalau ade singgit bagi, kalau takda diam. aku tak penah dengar orang bengkrap sebab sedekah. kalau bankrap sebab loan ngan bank banyak la. aku ulang. aku tak kenal mana-mana manusia yang tak makan sebab die bagi orang lain makan. tak payah la aku ceramah sibijik sawi tumbuh tujuh tangkai keluar seratus biji satu tangkai. cukup dengan kata penjajah- what u give u get back!