Friday, October 19, 2012

Letak sesuatu di tempatnya

AGM masjid. orang persoal kredibiliti bapak aku sebagai bendahari masjid.
nak bank statement, report tak cukup detail apa semualah.
nazir backup cakap auditor takda masalah, dah luluskan.
tapi majoriti attack bapak aku bertubi2 dalam masjid..

salah seorang yang tikam bapak aku terang-terang, jiran aku merangkap kawan bapak aku
yg beberapa kali dah bapak aku tolong.
seolah-olah bapak aku tak layak. sampai nak hire expert
pakcik kalau datang berjemaah masjid at least 5 kali seminggu
tak payah tiap2 waktu, satu waktu pun untuk lima kali
aku rasa dah layak bercakap. cumanya, jarang sangat nampak muka pakcik
title prof, tapi ikut pengalaman aku cerita je lebih.
byk perangai lampaunya yang tak berapa padan dengan sanjungan masyarakat.
kecil-kecil aku datang kutip derma surau prof buat muka bagi syiling
pinjam kereta berbulan takat repair meter
haish berilah aku kekuatan tak buka pekung yg selainnya

bapak aku macam biasa. lebih byk menyimpan.
elaun 6-7 ratus yang masjid monthly bagi dia tak pernah ambil tak siapa tahu
jawatan dia pegang tu pun nazir pujuk dia terima
takat berapa puluh ribu akaun masjid tue
time belum pencen bapak aku deal ngan ratus ribu dgn juta je kot
banyak-banyak dia kene tekan semalam
jawapan dia yang aku dengar buat aku senyum
bila dia cakap,

amanah ini bukan setakat auditor kat depan ni. (despite the fact auditors pun semua kata ok)
kalau dengan auditor besar kat atas tue saya tak boleh amanah baik saya terjun je.
kalau semua setuju hire expert saya rela undur

eloklah pada aku. kerja-kerja yang bapak aku tak patut buat pon bapak aku kena buat kat masjid tue
bubur orang buka puasa, hal sekolah agama rakyat tepi tu, logistik, kira duit dan beli tabung. multimedia, bocor, asrama ajk,semua dia tolong
masih orang nak tuduh bukan-bukan?

bila dengar mak aku cite kat benda nie, of course la sakit hati.
tapi tah macam mana, aku tenang,

1st sebab aku tau bapak aku tak buat benda-benda pelik (orang taknak percaya sukati)
sebab selama ini bab rezeki halal jadi darah daging family aku sangat diutamakan
mee amik kat kilang yang mak aku kenal
coke mcdonald dah berpuluh taun tak masuk rumah aku
dalam ingatan aku aku tak pernah ingat bapak aku miss korban. time susah dulu mungkin tak amik seekor.
claim aku bapak aku selalu tegur, jangan claim itu ini, pendekkan mileage
harta dia banyak wakaf
untuk budak tahfiz tinggal
makan minum anak yatim
asb bsn premium apa semua memang tak join walaupun dia tau profitable
tapi dia ragu status halalnya
harta pusaka tolak ansur
jadi kalau dia nak seleweng duit masjid, kenapa baru sekarang

2nd sebab dah terlampau banyak kali kawan-kawan dia tikam dia
kalau aku cerita satu-satu, aku boleh nangis
macam mana bapak aku boleh kena tikam dah jatuh dipijak lagi
macam mana kawan-kawan bapak aku jadikan dia batu loncatan
macam mana derita seksa dia kene khianat
ditekan dan dipaksa keadaan
hingga aku yang dengar ni pon tak sanggup, rasa kalau aku dah lama gila
jadi kalau takat macam dia kena semalam, pada aku dia rasa macam kena jentik je kut

3rdly, aku bukan nak rekrut tuhan untuk justify sesuatu
atau menggunakan argument yang cliche
tapi tuhan tu adil. memang adil.
adil
khalas, period, noktah, fullstop.

hari ini sampai berita, sorang daripada kami satu batch dah memangku 44
isunya kami belum sah jawatan walaupun dah sah lantikan
tapi pada aku tak penting, yang penting kawan tu memang ikut pengetahuan aku memang layak.
berita kedua, yang baru 44 beberapa bulan, dah naik 48.
aku tak kenal orang tu

tapi yang lambat mula-mula mungkin laju di akhirnya
yang laju awalnya, kekal di tempatnya
yang menikam, tertikam
anak kesayangan bos sekarang, besok lusa tukar bos terbuang tak dipungut
yang banyak duit, banyak beban tanggungan
yang sedikit duit, murah maintenance
penjajah kata terlampau banyak variables

kita kene terima hakikat ini
walaupun hidup nampak tak adil, tuhan itu adil
tak nampak hari ini nampak esok
tak pada bapak pada anak
tak di dunia di sana nanti

mak aku selalu pesan, biar sedikit janji berkat
kawan aku pernah pesan, kau tak perlu risau pasal membela kebenaran
kebenaran akan sendirinya terbela
kau hanya perlu berlaku benar, itu sahaja
dan seperti yang ditanya
perlu ke aku bersujud di kaki dan berkiblatkan kau manusia, kerana di tanganmu rezeki aku?

5 comments:

  1. Aku nak komen pasal 44 je. Yg len, aku xnak komen sebab aku xde locus standi.

    Perenggan atas tampalan ko ni macam ko tak kesah member naik 44. Tapi ayat last ko tu "perlu ke aku bersujud di kaki dan berkiblatkan kau manusia, kerana di tanganmu rezeki aku" len macam je bunyik nye..

    Aku pun pernah disoalkan dengan soalan "eh, dia dah KUP 44? Bukan ke kita sama batch?". Jawapan cliche aku "Rezeki dia la tu". Yup. Jawapan cliche ni la jawapan sebenarnya. Takde sebab nak sangka buruk samada kepada si penerima naik pangkat atau pemberi naik pangkat. In the end (kata penjajah) kun fayakun. Bila bersangka buruk, sebenarnya kita bersangka buruk dekat Allah.

    In future, mungkin aku akan berasa panas hati kalau aku tak naik2 gak pangkat sedangkan keje nak menggila dan org yg sama batch dah naik melampau. Tp aku berharap jawapan " Bukan rezeki aku" sedikit sebanyak menghilangkan kemarahan tu..

    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. perenggan terakhir merujuk kepada kesinambungan dua cerita. pasal kena fitnah dengan pasal naik pangkat. sekadar mengingatkan diri aku, macam mana susah pun ditindas, atau macam mana tempting pun peluang depan mata, jangan sesekali keliru. tinggi rendah martabat seseorang, layak tidak dipuji, kaya miskin seseorang, mulia hina, dah kekuasaan dan pemerintahan itu tidak pernah milik manusia. macam mana datang kosong, pulang kosong.

      seriusly aku takda isu kalau sesape yang layak memangku. dah sah perkhidmatan atau belum, satu batch tidak, kontrak sekejap lama itu semua formaliti. yang menentukan layak tidak itu kecermelangan kerja.

      cuma untuk manusia yang sebab sedikit kuasa di tangannya, sekiranya dia berfikir 'tgk anak buah aku bagus dan pandai, maka layak naik pangkat, tak macam anak didik orang lain', atau sekiranya terlintas pemikiran di kalangan bos-bos ' kau taknak bodek aku kau duduk situ diam2'. aku nak cakap kita tak perlu tunduk pada orang seperti tu. dan aku takkan salahkan sesiapa yang terima habuan, lebih-lebih lagi pada mereka yang layak

      Delete
    2. Ok. Understood. If let say we have to face this kind of person, kita sama-sama la tolong each other kang. Dengan melihat nature of our job, definitely we'll have to face this kind of person. Busuk dowh org mcm ni. Busuk (Mintak aku dijauhkan dari menjadi manusia sebusuk ini)

      Delete
    3. memang kena tolong menolong berjemaah. lebih2 lagi kalau nak merubah sistem. sementara tue kita bersangka baik

      Delete
    4. insyallah jgn risau. papa kita backup mengbackup

      Delete