Sunday, December 29, 2013

2-0-1-4

Bila tahun baru menjelang, tidak kira tahun masihi atau tahun hijrah, kita berasa seronok.
walau jauh dalam benak kita, kita tahu sebenarnya tidak ada apa yang berbeza. siang dan malam tetap berganti, umur semakin tua dan harga barang makin mahal.

Pada diri aku, biarlah apa bicara tahun baru sekalipun. yang penting ia sebagai penanda. sebagai ingatan. sebagai harapan dan kekesalan. sebagai semangat dan sebagai pengajaran.

2013 menyaksikan aku jatuh. betul-betul jatuh. tahun balasan sifat tak tahu bersyukur aku.
2014 aku jadikan rangka masa untuk aku kembali. menebus kesalahan, memperbaiki kelamahan
2015 adalah tahun untuk menilai sekuat mana aku telah berusaha pada tahun 2014 ini.

kita sering mendengar motivasi 'bagaimana' 'rahsia' 'tips' dan sebagainya. jarang kita dengar macam mana nak buang kekangan minda. bagaimana nak buang rasa tak boleh dalam diri. rasa kecil dalam diri. rasa kesal yang sangat apa yang dah terjadi. jarang kita dengar motivasi yang menjenguk sejarah. kita lebih fokus ke hadapan. tidak salah. tapi kalau sesetengah dari kita masih enggan bergerak dari sejarah, apa penyelesaiannya?

di sinilah munculnya harapan. walaupun segala logik adalah mustahil dan kemungkinan tidak sedikit pun kelihatan manakala kebarangkaliannya rendah, jika ada harapan datang menjenguk walau sebesar atom, kita aku bergerak. tidak banyak sedikit. kehadiran harapan yang tipis itu sebenarnya sudah cukup untuk menjadi motivasi untuk survival seorang manusia.

di situlah rasionalnya tahun baru. salam 2014

Wednesday, December 4, 2013

Pengalaman Hampir Mati

Malas nak cerita semula. tapi boleh baca di sini.

https://www.facebook.com/groups/100468723488399/permalink/116713808530557/

Tak sangka dah setahun.

Monday, October 14, 2013

Cinta dan Kebodohan

Love makes u do stupid things.not all the time.not sometimes.but most of the times.
That should explains why am i writting this in english.

The thing is, i always fall for a 'wrong girl'.widow, a girl who smokes, problematic daughter, fashion weirdo
maybe God wants me to change myself if i want a better girl.without improving myself i will keep on falling for the wrong girl.

I don't know much about this girl.in fact i think she herself is confuse about her true identity.more reasons to love her.yes i have inferiority complex especially when it comes to liking someone.but in this case,i think ppl will have to agree.saving the details, let just say that we do not have the same values.let alone we have different sets of character and mentality.

Though it will not justify the means, i still want to explain. i do not know her that well to even say we are different. But i have to say, i know shes has more to offer rather than being a bimbo.i judge i assume, i say that, might be because of my instinct, hunch or observation.but obviously because i like her. Yes suddenly i become optimistic as well as positive.

This is wrong.
I have made a big mistake.
One person saw me did it.
I tried to be funny.
Now,
I have to be brave
To deal with the music 
That might be coming anytime now
As love,make us do stupid things

I hate this feeling


Thursday, September 26, 2013

Kata Penjajah Jaded

Seorang kakak atau makcik aku tak pasti
yang anak dua dan umur 43 tahun
selepas dengar rapuan aku berkata

"akmal you are jaded,
you gini gitu
you tengok ini itu
pastu u rasa macam takda benda lain makes you happier than that
u taknak face problem orang lain hadap,
pessimistic, give up, heart broken
it's not apple to apple
find a new exhilaration
it's all on you, attitude"

terlampau banyak kata-kata penjajah
yang asing bagi aku dalam bebelan di atas

dalam hati aku. nak berkata penjajah gak

"i am guilty as charge"

Tuesday, September 10, 2013

Mencari Aku

Mencari cermin
Untuk aku melihat cacatnya 
Perangai aku
Untuk aku lihat bodoh dan tak matang
Keletah aku

Mencari gua
Biar bergema kedangkalanku
Biar pantulan cermin hadir dengan bunyi
suara pemikiranku yang cetek
tanda malas berfikir dan berusaha

Mencari takungan air
Biar aku dibayangi sentiasa
Sejarah silam asal usulku
Agar dapat aku yakini 
Darah yang mengalir 
dalam sosok tubuh ini...
Bukan darah marhaen

Mencari tali
Agar dapat aku paut dan pegang
Dari songsangan dan kesesatan

Tuhan, jangan biar diri ini
Mengemis ehsan
Sedang diri penuh hina
Angkatlah hamba ini
Dari lembah dusta dan pura-pura

Monday, August 26, 2013

Sunyi Seorang Wanita

Pergh tajuk...
tak perlu fikir bukan-bukan
tiada kena mengena dengan belaian manja

sebelum itu
selamat berhari raya
1 syawal di hospital menyambut anak saudara keempat

dan di musim perayaan ini
ramailah kawan yang tenggelam sepanjang tahun
timbul.
maka akan timbul di benak kita siapa orang ini? apa sejarah aku dengan dia?
mesti ada satu peristiwa atau insiden untuk kita mengaitkan seseorang itu
untuk kita mengingatinya

watak-watak yang muncul raya ini adalah watak-watak yang sama
dengan cerita kehidupan yang berbeza
yang dah kahwin yang belum kahwin-kahwin
yang dah beranak yang belum beranak-anak
ahhh populasi kaum bujang sebaya makin lama makin terancam
ahh takkan aku nak kahwin sebab semua orang kahwin
walaupun baru ni aku terpengaruh
akhirnya pakai smart phone 
setelah 4 thn bekerja dan bertahan

Bila lihat kawan-kawan perempuan lama
yg dah kahwin dah beranak
(perempuan biasanya kahwin awal kan)
3 perkara utama yang akan berlegar di benak aku

perkara pertama dan kedua
korang takyah sibuk nak tau
yang aku nak cite yg no.3
bila perempuan yang pandai
atau berjaya
tiba-tiba menjadi suri rumah 
sepenuh masa
boleh jadi kehendak sendiri
boleh jadi atas arahan suami yang tidak mahu isterinya bekerja

cakap-cakap mengenai
pekerjaan terbaik adalah mengasuh anak di rumah
cakap-cakap bahawa
tempat wanita itu di rumah untuk mengelak fitnah
cakap-cakap
beri keutamaan wanita tunggal bekerja manakala wanita cantik duduk di rumah
semuanya relevan
tetap relevan dan bernas

namun, apa yang cuba aku sampaikan di sini
situasi di perenggan atas hanya terpakai pada mereka yang ikhlas
kalau tidak, masalah mungkin timbul.

bayangkan...
seorang wanita yang tamat pengajian dengan kelulusan amat cemerlang
di sanjung sana sini dan suka kepada kecermelangan
dipaksa suami untuk duduk di rumah.

bayangkan...
wanita yang dulunya digilai ramai kerana kecantikannya
bertepek tahi mata di rumah dengan pakaian yang serba selekeh
fesyen wanita berpantang lepas bersalin

bayangkan
selepas penat seharian memandikan, menghantar anak ke sekolah, memasak, membasuh tanpa rehat
suami balik minta buat segelas kopi minta nafkah batin minta itu minta ini
tak salah
jadi salah bila suami tadi buat remarks
"i penat cari duit di luar bagi makan korang semua, u duduk rumah tak buat apa komplen"

dan di situlah, segala masalah timbul.
mungkin bukan satu punca utama, tapi salah satu punca
retak.

dan malam tadi. topik ini dibincang semula
dengan tambahan faktor anak

pada aku
ini bukan zaman dulu di mana perasaan ikhlas itu datang pakej dengan anak
wanita hari ini mungkin lebihkan media sosial dari botol susu
lebihkan nak maintain badan dari menetek anak
lebihkan kenaikan pangkat daripada mengajar anak membaca

pahit atau tidak. itu realiti. kita kena bersetuju.
bayi terbang dari flat, dipam dalam tandas, dihanyut sungai
kalau kita terus nafikan yang naluri ibu generasi ini boleh dipertikai
kita hanya menipu diri kita

Thursday, July 25, 2013

Derasnya Ombak Kerasnya Tebing

Di tepi setinggan
hashim mengira-ngira kepingan seringgit yang berbaki
apakah cukup nak beli beras yang kehabisan
sudahnya memandang kepada kayu-kayu ukirannya
sudah hampir penuh bengkelnya dengan ukiran tersebut
kalau layak pondok itu dipanggil bengkel
penuhnya bengkel itu bererti tiada pembeli
tiada permintaan. bermakna makan sekali sehari
bermakna anak-anak tak berduit belanja ke sekolah

di Bukit Jalil
pasukan Spain terus menerus mengasak
pantang bola di pihak Spain, Italy pasti diserang
bertubi-tubi
Italy hanya mampu bertahan. memang kepakarannya bertahan
sekali sekala nampak ala-ala serangan balas
walaupun bola tidak pernah sampai ke garisan penalti lawan

Di sebuah rumah teres dua tingkat
Gopal termenung
hidupnya lengkap dengan isteri dan anak-anaknya
cukup makan pakainya
kalau dulu menungnya berkisar tentang duit tak cukup
sebab terlebih belanja di Eropah tempoh hari
kalau dulu menungnya memikir apa nak dibuat dengan bonus 3 bulan
kini menungnya tentang pelaburan forex yang ditawarkan sahabat paling dipercayai
janji untung 300 peratus itu memang manis
syaratnya hampir semua simpanannya perlu dilaburkan
mungkin inilah detik perubahan.
kalau dulu dapat duit bayar hutang dapat duit bayar hutang
seperti semua orang, yang orang anggap normal
tidak baginya. dia sekeras-kerasnya menafikan kita perlu berhutang
maka mungkin
ini peluangnya

di dalam gelanggang tinju
kei meng menahan sakit. rusuknya yang cedera terus ditumbuk
sekali sekali tumbukan padu melekat di mukanya
dalam perkiraannya, 2-3 kali ditumbuk begitu
hidungnya mungkin patah
penonton resah. ada yang dengan bangganya berkata
itu taktik, itu strategi meletihkan lawan, menunggu peluang.
apakah mungkin ada kejutan? bolehkan lawannya pemuda bernama onam itu letih
apakah mungkin tiba-tiba kei meng melawan dengan asakan yang membuatkan onam rebah?
adakah strategi sebegitu?

meja buffet itu penuh dengan rakan-rakan lama maria
semuanya berjaya belaka
dirinya tidak ketinggalan. tidak keterlaluan jika dipanggil usahawan berjaya
namun dalam hatinya, resah tidak menentu
panggilan ah long makin lama makin kerap. masih tidak dijawab
otaknya ligat memikir ah long lain yang boleh dipinjamnya,
menuntup hutang yang boleh merisikokan nyawanya
tiram udang karang sirip ikan semua tidak disentuhnya
memang itu makanan mingguannya
di hotel-hotel, di kelab-kelab

nasib pasukan sorak sekolah mary an sungguh malang pada pagi itu
hari pertandingan nurin demam. dialah tulang belakang bagi setiap piramid yang dibina
maka josephine masuk menagganti
lain pula kisah ketua pasukan, loges
puteri harapan dengan aksi lonjakan gulung itu
tanpa perlu disangkal, pasti membawa kemenangan total pasukannya
sekiranya dibuat sekali lagi dalam pusingan akhir.
loges mengetap bibirnya rapat rapat
dia pasti tumitnya berdarah. melecet ketika peringkat pusingan pertama
namun sebagai tonggak utama perkara itu perlu dirahsiakan
kalau ayam tambatan hilang paruhnya. takkan bersorak orang dalam sabungnya
kedudukan mata menunjukan sekolah mary an itu mendahului pasukan sekolah lain
namun bukan bermakna tidak boleh dipotong
dari segi mata sekolah itu hanya perlu seri
dari segi semangat, mereka hanya perlu membuat satu lagi persembahan
menyudahkan menamatkan satu lagi persembahan
tidak perlu terlampau cemerlang. lawannya tidak sekuat mana
asal buat, asal tamat, asal sampai penghujungnya
namun latihan intensif jurulatih baru ini mula menunjukkan kesan negatif
akibat terlalu kerap berlatih semua ahli kepenatan
belum cerita nasha yang diserang asma
dan lilian yang penat dikerjakan teman lelaki malam sebelumnya

aktuaris merunung graf kewangan semua syarikat yang disenarai pendek
pilihan perlu dibuat
syarikat pertama kewangannya turun turun naik turun mencanak turun naik mencanak turun
syarikat keduanya mulanya turun menjunam kini meningkat naik
syarikat ketiga dari bermula tinggi keuntungannya kemudian mendatar dengan kemerosotan tidak ketara dan kini menjunam turun
syarikat keempat mendatar turun mendatar turun berulangan tetapi setiap kali turun kembali naik
ah pening kepalanya memilih syarikat untuk pelaburan majikannya

pada usian 60an ini
john termanggu. nak diceraikan isteri seusianya, anak dah 3 cucu seorang
minggu sudah genap usia perkahwinan 40 tahun
belenggu derita terasa bagai selamanya
apakah mungkin  ada peluang kedua untuknya?
menulis cerita baru dengan watak tambahan
atau perlu dia terseksa dengan isterinya yang pukul 4 petang masih tidak mandi bermalas-malasan
untuk makan belas ehsan pencen isterinya itu sebagai pendapatan keluarga
untuk dimaki dicerca dileter setiap hari
setin carlsberglah yang buat dia bertenang
dua biji ubat membolehkan dia tidur
dan sedutan serbuk itulah membuatkan dia masih mampu tersenyum
apakah ada jalan keluar untuk cerita ini?
untuk perkahwinan ini?
untuk anak-anaknya berdepan dengan masyarakat.
untuk pekung yang tidak pernah diketahui jiran tetangga

joe sudah berhenti kerja. keluar dari rumah keluarganya
dengan niat berdikari
walaupun perancangannya baik
sebaliknya yang terjadi
makin hari makin teruk
penangan ditinggal kekasih hati
kini tanpa pendapatan, dengan rokok yang tidak penah lekang dari jari
joe berusaha
mencari titik paling rendah dalam hidupnya
agar hidupnya kosong tahap infiniti
sengaja mahu dibiarkan hidupnya terus hancur sampai tidak tinggal apa-apa
jauh di sudut hatinya berkata
kalau di atas, tiada tempat lain untuk dituju melainkan ke bawah
dan kalau aku berada di tempat paling bawah. harapan aku untuk menuju ke atas lebih tinggi
tanpa harapan dan jangkaan sesiapa
maka sengaja dibiarkan hidupnya terumbang ambing

di medan perang tentera soviet terus mara
belum pun pangkalan tentera di marikh yang baru ditawannya mantap
soviet bergerak menyerang jupiter .
sebaik jupiter ditawan hanya pertahanan dan logistik minimum ditempatkan
armada bergerak menyerang zuhal
ketika di zuhal, jeneralnya putus tangan kiri. namun tetap gagah ke depan
menghunus pedang melibas-libas. satu demi satu kepala musuh dipancung
mejar subasa yang berada di barisan tengah berjuang dengan cermat
di dalam bayangan ingatannya anak-anak di rumah bungalow kem tentera jagaannya
maka mulutnya lebih banyak mengarah kapten dan prebet-prebetnya mara
sementara dirinya mengelak dari maut di medan tragis itu. medan berdarah.

untuk kita simpulkan sendiri

Monday, July 15, 2013

Kita ada kawan

Kita mungkin ada satu kawan
kuat mabuk. hampir
setiap kali jumpa
minum

Kita mungkin ada satu kawan
bakat mengayat perempuan.
setiap kali jumpa
lain-lain perempuan

Kita mungkin ada satu kawan
tahi judi
setiap kali jumpa
bercerita menang kalahnya

Kita mungkin ada satu kawan
penagih dadah
setiap kali jumpa
tak lekang dari senyum

Kita mungkin ada kawan-kawan
seronok bercerita pasal kawan yang lain
setiap kali jumpa
macam diri tak pernah berkudis

Kita mungkin ada kawan
yang tiba-tiba hilang
adanya seperti tiada

Tuesday, July 9, 2013

Janji Ramadhan

tercipta asal bukan masalah
kini menjadi satu kekesalan masa lampau
satu kerungsingan masa hadapan

alang-alang bermain dengan api
biar aku juangkan sendiri
bagi aku tempoh menyepi menyendiri

untuk hari-hari mendatang
titipkan doa
selepas hak Allah aku tunaikan
segala keringat dan kudrat termampu
aku tunaikan hak manusia.

itu janji aku pada diri sendiri. pada yang berhak.
itu janji ramadhan

semoga ramadhan mendatang kita boleh tersenyum semula

Wednesday, July 3, 2013

Kata penjajah paradigm

"kau ni naik turun gunung, panjat dinding, marathon, gym lagi, tapi perut gitu gak"
soalan ulang siaran berkumandang di udara. satu lagi soalan bosan selain soalan bila nak kahwin dan bila nak pakai telefon pintar.

balik rumah aku termenung. bukan sebab sedih.
sebab aku terfikir. bile orang kata hiking itu adventurous, mencabar dan extreme
hebat sangat ke?
ye memang susah dan perlukan keazaman serta pengetahuan.

tetapi setahu aku,
air yang melekukkan batu bukan sebesar ombak
tidak banjir
malah berupa beberapa titisan di tempat yang sama berterusan selama bertahun2
batu gergasi bergerak bukan kerana ada tenaga yang hebat dan kuat
tetapi kerana terhakisnya batuan kecil tanah atau apa-apa yang mendukungnya untuk berdiri gagah

semua aspek dalam kehidupan kunci pada persistence, pada konsisten, pada istiqamah

dalam soal ibadah diperintahkan menyembahNya 5 kali bukan 17 rakaat sekaligus
kekayaan yang bertahan lama adalah kekayaan yang dibina peringkat demi peringkat.
takkan bertahan lama kekayaan sekelip mata.

walaupun aku menyampah dengan kata-kata penjajah
tapi di Pejabat desktop wallpaper aku ade gambar pemandangan
dengan kata-kata Paul Coelho
siapa dia jangan tanya aku. aku cuma tahu dia penulis.
katanya:-

if you think adventure is dangerous, try routine. It is lethal.

nah! nak aku setuju macam mana lagi.

Monday, June 10, 2013

Fakir

Sebenarnya semua tahu kita tak perlu duit banyak-banyak
cukup sekadar cukup

cuma
perasan tak ada duit membuatkan kita tak senang duduk

walaupun realitinya, kita tidak perlu duit lebih
cukup sekadar cukup

senang cakap dari buat
soalnya. macam mane nak hilangkan atau kurangkan rasa cinta pada duit?

Friday, May 31, 2013

Vakum Kosong Yang Sunyi

Semenjak dua ini ada sahaja event besar
tetiap minggu
orang tau taktau, upload facebook tak upload,
event jahat event tak jahat,
...

aku perasan sehari selepas event besar aku mesti tak tentu arah
sama ada ketagih gian nak buat lagi benda yang sama
atau aku rasa kosong, sunyi, tak bermakna.
...

jerit pekiklah. laung satu dunia, bestnya life kita.
hujungnya

....

kita

Thursday, May 16, 2013

Kata Penjajah Wayfarer

Pada pendapat aku,
mentaliti ini tanah kami, korang balik China
adalah sebab kenapa kita berada di mana kita berada sekarang.

bukankah banyak nas-nas yang menyuruh kita hidup
sebagai pengembara
sebagai musafir
menumpang teduh di bawah pohon
menyinggah di bumi.

tak usah tengok jauh-jauh bangsa lain yang ada sebelum merdeka
lihat sahaja pendatang yang baru tiba
mengaut untung di bumi bertuah ini.

dan aku yakin,
jika 'tongkat' kita dicabut
lingkup kebanyakan kita

Thursday, May 2, 2013

Suatu Petang di Bengkel (s1e1)

p: teruk ko accident hari tue? tanya pakcik pomen sambil memutar spanar dan skru di tangannya.
a: teruk. total loss.
p: laju ke?
a: tak,110, tapi hujan lebat
p: budak-budak suka drift time hujan
a: saya tak biasa bawak kereta continental kot. tayar tarik depan. kalau viva saya tarik belakang boleh drift ke?
p: mane bolehhhhh. 4wd nie pon susah nak drift ko tau. buang ke?
a: haah.skidded.belakang kanan langgar divider, break, terpusing tiga kali, lintas highway 3 lane kena longkang tepi, flip, terbalik2 abes dalam longkang.
p: turtle? 4-4 tayar ke atas?
a: gitulah
p: ko nie. jangan breakkkkk. jangaaaan break.. steer, steer, counter steer

a: *dlm hati* steer abah ko

Tuesday, April 16, 2013

Diam Tanda Selesa


Hari ini aku terima email dari mak. Cerita tentang bunga tulips yang berbagai-bagai warna, tentang kediaman bungalow 3 tingkat yang Mahkamah Keadilan Antarabangsa hanya dalam jarak berjalan kaki. Cerita tentang perjalanan dua minggu. Cerita tentang abah. cerita tentang Belanda dan perjalanan merentasi Eropah.

Sudah genap seminggu permohonan aku untuk keluar negara ditolak. email demi email. panggilan demi panggilan. sms demi sms. bos dari satu lapis ke lapisan yang lebih tinggi sehinggalah surat rayuan aku dengan 10 justifikasi kenapa aku kena pergi dibawa masuk ke dalam mesyuarat pengurusan tertinggi. Natijahnya bukan sahaja rayuan aku ditolak. Malah email yang lebih menyakitkan diterima. Mungkin masa untuk keluarga dan duit beribu yang telah dibelanjakan tidak membawa apa-apa makna buat mereka.

Hujung minggu lepas, aku dapat panggilan untuk naik bukit. Oleh kerana ketegangan emosi yang melampau di samping tiada bantuan kejutan bangun pagi aku lewat. Atas desakan Mk- kawan yang berpangkat pakcik aku gagahkan juga pergi. hanya 3 orang. aku, Mk dan seorang kawan baru perempuan. Kawan perempuan ini baru keluar wad, maka pendakian hanya secara santai. untung juga dapat aku duduk dan melihat 'gua' yang sebelum ini tak pernah aku jengah.

Di atas bukit ini. segala tekanan hilang. masalah hilang. semak kerja dan beban tanggungjawab hilang. kesedihan hilang. ketagihan hilang sehinggakan tiada nafsu untuk berbuat jahat. Mungkin di sini aku lebih dekat dengan ciptaanNya. bersaksi atas kebesaran dan keagunganNya. Yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, sungai-sungai yang mengalir, menjadikan hujan serta berKuasa atas terbit dan tenggelamnya matahari.

Dalam perjalanan turun ke kereta kami berhenti di suatu kawasan redup. angin bertiup. Kami duduk menghadap bukit di belah timur. di kiri empangan dan di kanan kawasan pembangunan. suka untuk aku katakan di sini Mk walaupun kami dah 2 tahun kenal, kebanyakan masa kami berjumpa di bukit dan gunung. Kawan perempuan tadi pula aku jumpa di Gunung Bunga Buah, yang ketika itu mendaki bersama-sama rakan-rakan syarikat.

Kami duduk. diam. sunyi. tiada sepatah pun perkataan berbutir. yang jelas bunyi kicauan burung. aku cuba fikir dan selami pemikiran susuk individu dan watak di sekeliling aku. kawan perempuan tadi aku agak masih memikirkan berkenaan panggilan telefon jemputan kahwin rakannya. umur, tekanan masyarakat, dan entah apa pesanan ringkas yang baru diterimanya. Mk pula aku yakin tengah menikmati damainya alam saat dan ketika itu. memang aku maklum tentang sayang cintanya pada alam semulajadi.

aku yang turut diam terfikir, apa aku nak fikir? aku perlu ada sesuatu untuk difikir juga. nak fikir soal duit di atas ini macam tak berapa sesuai. haa aku tau apa nak fikir. aku fikir 3 orang yang tidak berapa rapat duduk bersama dan diam adalah petanda kita selesa dengan mereka. lazimnya bila kita jumpa orang baru kita banyak bercakap. kalau boleh tiada ruang untuk 'awkward moment' kala tiada topik untuk dibincangkan. tapi ini lain. ini masing-masing dengan kepala masing-masing tanpa hiraukan orang lain.

'dengar juga bunyi MRR2 sana'. celah Mk pecah kesunyian. aku kurang pasti itu modal berbualnya atau sekadar mengekspresi kekesalan jiwa akibat ketenangan tenggelam dalam alam semulajadinya terganggu. apa yang pasti kata-katanya disambut ala kadar dan acuh tak acuh.

kami kembali diam. sunyi

Monday, March 25, 2013

Perspektif Ringkas

Kadang-kadang kita tak berterima kasih sesama manusia
kerana merasakan kita berhak lebih daripada apa diberi
kita lupa konsep syukur itu kadang-kadang diuji
dengan campurtangan tangan manusia

Tuesday, March 19, 2013

Wednesday, March 13, 2013

Putus Harapan

minggu sudah, birthday aku ke 27
seperti tahun-tahun sebelumnya,
sambutan kecil-kecilan kaum keluarga,
dan wishes dari 5-6 kawan rapat.
itu sahaja aku perlu. kalau lagi senyap lagi aku suka
apa istimewanya birthday. kenapa nak bangga?
bukan kau yang tentukan kau lahir hari tu

dan masalah aku selama berpuluh tahun
tetap di situ. tidak bertambah baik
makin teruk ada
aku tak berminat nak cari jalan penyelesaian
kalau setakat pergi MPH selak rak self help
lagi aku tak percaya
industri motivasi itu ini semuanya membuatkan kita rasa bergantung
walhal semuanya atas diri kita

aku dah sampai di tahap putus asa
malas nak fikir. apa jadi-jadilah
aku rasa aku berhak untuk putus asa
aku rasa semua orang berhak putus asa
sampai bila nak bertarung?
sekali sekala rehatkan diri dengan berhenti mencuba
give up
bila kawan aku sebut give up putus asa tadi aku diamkan
malas nak ulas. sebab aku rasa benda yang sama
walaupun masalah aku kalau compare dengan dia cam langit dan bumi
tapi itu bukan soalnya.

dalam game pakau
masing-masing ada kad terup berbeza
tinggal taktik dan strategi menentukan kau boleh bergelar raja judi atau tidak

tadi boleh kata kemuncak give up aku hari ini
aku buat 5 kejahatan yang memang biasa aku buat
cuma aku buat dalam masa sehari
biar puas
tengok macam mana esok lusa nak buat lagi tak

dan dalam rebah aku dan ulangtahun ke 27 ini
aku tersedar. yang hidup tak macam dulu
aku terperasan life tak sesimple dulu

kalau kecik-kecik dulu berjemur tengah panas main bola dah happy
kini happy membawa merit yang lebih besar
kalau dulu makan nasik lemak pinggan kat kedai mamak dah mewah
sekarang makan mewah dah tahap membazir
kalau dulu lepak mamak dengan kawan-kawan dah cukup happening
sekarang shopping complex pun dah boring

aku terlupa untuk hari-hari berusaha simplify life
buang orang yang aku tak perlu dalam hidup
buang segala kenangan memori yang bersepah dan berabuk dalam bilik ini
buang aktiviti yang menyusahkan

mungkin panjat gunung is simple enough
berlari berenang tengok wayang simple enough
tapi bukan sampai tak duduk rumah
memang sekarang aku jarang duduk rumah
balik rumah sekadar tidur
sekali sekala makan
apa nak jadi?

dan aku lupa, kepercayaan orang itu senang hilang
aku cuba mendapat kepercayaan orang sekeliling dengan cara paling cepat paling mudah
tanpa aku sedari aku sebenarnya menipu diri
rasa cukup hebat bila hebat menipu orang
bila sedar tipu diri sendiri. hadaplah

aku teringat pesan aku pada kawan-kawan
time ramadhan
buka puasa tak perlu fancy2 hotel bagai"
cukup nasi bungkus dan sedikit kuih
yang pasti biar berteman
kalau makan restoran mahal tapi berbuka sorang apa guna

kali ini aku malas kecoh
kalau aku kecoh pun kat blog ni jela
dah ini je tempat yang ada
aku nak jadi orang yang putus asa. biarlah apa orang nak cakap
biar aku bawak diri aku sendiri

biar selalu aku ingat
yang peperangan itu panjang
menang pertarungan mudah, tetapi bukan peperangan
terlalu banyak kesabaran yang diperlukan untuk menang peperangan
sabar dan bersabar
mencipta kepercayaan dengan jalan yang panjang
serta tidak mudah menuntut kemenangan
biar diingat
jangan cepat sangat nak menuntut kemenangan
menagih penghargaan
meraih pujian
semuanya perlu dibayar dengan masa yang panjang
yang perlukan pengorbanan
pengorbanan dalam erti kata mengalah bila perlu
sesekali perlu biarkan diri kalah, biarkan diri di bawah

kita selalu minta hidup yang berbeza
minta kehidupan yang begitu begini
dah makan gaji nak berniaga
dah lahir di bandar nak pindah kampung
sampai kita lupa
orang yang hebat guna apa yang dia ada
apa kehidupan diberi
gunakan manfaatkan sepenuhnya

aku memang terkenal dengan perangai
hangat-hangat tahi ayam

Sunday, March 10, 2013

Hilang Rentak

Bila ada tempoh menyepi begini
merupakan petanda awal untuk blog bakal berlumut
tak boleh jadi.....
macam-macam topik hendak dikupas dan dicairkan
cuma belum ada kesempatan ruang masa
tak boleh jadi.....
minggu ini kene keluar satu tampalan
bagi 7 hari kepada diri

Tuesday, February 26, 2013

Di Puncak Itu

Di puncak itu
bawah naungan pepohon
di tiup angin petang
redup

pada melihat kesempurnaan alam
yang sentiasa seimbang tanpa cacat cela
mengerti kerdilnya diri
tetapi diciptakan dengan tujuan

berjanjilah pada diri
yang kita takkan sesekali membenarkan diri ini
menjadi 'biasa-biasa'

Thursday, February 14, 2013

Bicara Spontan

Orang selalu berkata
sebelum memimpin orang lain
pimpin diri sendiri dulu

orang jarang kata
pimpin diri sendiri itu lebih payah
dari mengarah orang lain

jangan sampai dikeji masyarakat langit
kerana cakap tak serupa bikin

displin diri
segalanya takkan mustahil
gerakkan sendi
walau terpaksa
perah kudrat
tak kira masa
dan bila rutin menjadi tabiat menjadi ketagihan menjadi refleks
pekerjaan yang berulang-ulang akan menjadi mudah

tenang dan fokus
kalau dapat disulami dengan ikhlas
itulah pekerjaan terbaik

Sunday, February 10, 2013

Kitaran Hidup Seorang Pencacai

Di sekolah bodoh sombong
start kerja biasa-biasa
melobi bagai nak rak
pakai kabel broadband pakai line politik
kipas aircond jilat bodek ampu ape boleh

maka banyaklah jabatan-jabatan diswastakan
agar peluang menjadi ketua pengarah lebih banyak
siapa tak hendak pencen turus?
pencen jusa dah terlebih dari cukup

di dalam hati mereka bukan tidak rasa bersalah
sanggup menyorong muka, diperintah, menegakkan benang basah
tanpa maruah, kebanggaan atau jati diri tanpa prinsipal
diibarat anjing yang menunggu arahan tuan
salah dibenarkan benar disalahkan
tidak berpeluang membuka minda membuat keputusan sendiri
menentang langgar undang-undang langit
semata mempertahankan kepentingan darjat duit

jauh disudut hati. terbisik olehnya
dah pencen besok duit dah banyak
selalu lah ke masjid
di masjid ustaz pun nak disekolahkan
dah terbawak-bawak perangai berpuluh tahun
dah tak boleh berubah
tengah-tengah ceramah pun boleh menyampuk menengking
apa jadi dengan tua besok aku insaf lah
kalau hidup sampai tua

tertipu dengan diri sendiri

Tuesday, February 5, 2013

Status Malam Ini

Tidak perlu dikhabar yang berat-berat
dewasa ini orang malas baca
lagi bab agama, bab politik, bab akademik
tak caya cuba tampal status di laman fb

"saya suka menonton video di malam hari"

habisnya bergosip umpat

Thursday, January 31, 2013

Cakap Omputih Teww

These are mere statements from someone who wants to be a better person. me.-akmal. Without prejudice, without political mileage. let us all put aside taxation issue, put aside whether vapor/electronic or mechanical cigarettes are more harmful than conventional/ normal/ lawful/tobacco analog cigarettes (arguable and I think if there is a debate, the former will win and prevail), put aside  the impacts on socio-economic issues. Regardless the fact that both do not have jakim, sirim or kem kesihatan certification on their packaging. Personally, I do and honestly believe that half of smokers will eventually quit smoking in total if e-cigg/vapor were legal.  On top of that, it will solve the problem of SECOND HAND SMOKERS!!! that bloody particular premise should stands and be above all. This is a good cause- legalizing e-cigg/vapor. By all means, use n manipulate this issue and fight for it. Whoever brings up this issue will have my vote for the coming ge. regardless of their skin colour. chewah

Monday, January 28, 2013

Kerawakan Pertemuan dan Perpisahan

Pernah diceritakan
hidup ini ibarat graf.
mendatar, menegak, meningkat, menurun, plot
apabila bertembung bersilang dua graf
titik temu itu menjadi pertemuan dua insan

mungkin itu menjelaskan
kenapa cikgu tuisyen aku yang kerap datang ke rumah sebelum SPM
hilang tanpa khabar berita
entah dah kahwin ke, dah dr ke.
mungkin padanya selepas satu titik pertemuan graf tadi
masing-masing membawa haluan
lumrah hidup
dipertemukan bersebab

dipisahkan juga bersebab
kerana ada sebab orang yang dipisahkan itu tak wujud dalam kehidupan kita sekarang
maka tiada apa perlu dirisaukan, dirindukan
kerana kalau tiada sebab yang kukuh, orang itu mesti masih berada di sekeliling kita

baru-baru ini aku bertemu dengan seorang perempuan muda
baru di awal dua puluhan
seperti kisah-kisah yang lain,
hatinya remuk dikecewakan lelaki
entahlah, sebelum ini aku tak pernah bercaya pada istilah adik angkat la, kakak angkat la, abang angkat la
pada aku semuanya sibuk nak angkat adik angkat kakak angkat sampai terangkat
tapi bila jumpa budak ini, aku rasa macam aku kena tolong dia
padahal aku rasa takda apa pon nak tolong
tgk dia pon aku rasa dia lagi kuat dari aku

sebelum itu

dulu aku ingin pergi ke tempat yang ramai orang
supaya aku boleh kenal seramai mana manusia
maka aku gagahkan langkah bersosial
di mahkamah
di pergunungan
di kenduri kendarat
dalam run events

kalau dulu aku makan di luar seorang diri,
pergi kenduri kawen seorang,
membeli belah seorang,
aku tambah lagi aktiviti perseorang aku
tapi aku buat apa yang aku minat
aku cari orang dalam fb entahkan siapa
aku mendaki gunung mana
aku berlari dalam lautan puluhan ribu manusia
dalam macam-macam acara larian
kategori 7km,10,12,21
semua aku redah
aku carik entah siapa di fb,
panjat dinding

dan sepanjang-panjang aku mencari pengalaman buat benda baru
aku jumpa ramai kawan, yang sampai hari ini aku panjat gunung dengan
yang sampai hari ini bukan hanya kawan berlari tapi menjadi kawan betul
yang dulu aku tak rapat dengan bekas bos kini sama-sama berlari
dan aku perasan, muncul watak-watak baru yang hilang jiwanya macam aku
tiba-tiba mereka muncul nyatakan hasrat nak ikut buat ini buat itu
termasuklah keluarga kembangan dan rakan-rakan lama
yang buat aku tersengih
tersengih atas 2 sebab

satu kerana ada di antara mereka yang mengingatkan pada diri aku
yang dulunya hilang
dulunya kacau
mencari ketenangan
dulunya sunyi

dua kerana ada di antara mereka pernah aku berkecil hati
penah kutuk hina aku
pernah merendah-rendahkan aku.
cukup takat itu, aku nak lupakan cerita-cerita lama
walaupun ada yang baru, ada yang sakit masih berbekas

lama kelamaan aku penat aku bosan
bosan ramai kenalan, tapi kawan yang boleh aku harap tak ramai
ramai di fb, di kehidupan luar sunyi

jadi aku mengambil keputusan untuk kekalkan kawan yang mana ade
kawan 5 orang di tempat belajar aku
yang masa aku jatuh
tolong signkan attendance
tolong ceriakan aku
tolong aku buat assignment
tolong jadi roomate aku
tolong faham perasaan aku
kat sini mungkin dengar macam bodoh
tapi aku sangat-sangat berterima kasih
kawan mana yang sanggup buatkan assignment orang?
assignment sendiri pun belum tentu kita tak copy paste
dan walaupun benda yang salah
aku berterima kasih
tetap kene berterima kasih
tanpa ada paksaan. terima kasih

dan kawan-kawan aku semenjak kecil
yang sekarang nak jumpa sebulan sekali pun belum tentu
tapi diorang ada.
aku dapat rasa diorang ada di sekeliling walaupun jarang berjumpa
terima kasih kerana mendengar. terima kasih kerana selalu teman aku
bila sunyi, bila tertekan, bila ada masalah
mungkin satu hari akan ada peluang untuk aku balas budi

dan kawan pejabat
yang mengajar aku banyak perkara yang aku taktahu

mungkin betul falsafah
yang kita tidak mungkin boleh ada lebih dari lima kawan baik
sebab lebih dari itu kita tidak akan fokus.
kita hanya mampu dedicate life kita untuk tidak lebih dari lima orang
ini termasuk keluarga
lima orang inilah kita kene tolong sehabis mungkin
bukan nak kata yang lain tak payah tolong
tapi dalam satu masa,
lima orang

berbalik pada cerita pertemuan tadi
aku cuma nak simpulkan
pertemuan tidak terhad dan semestinya berakhir dengan percintaan
pertemuan bukan sekadar meluaskan kabel broadband dan kenalan perniagaan
pertemuan tidak hanya untuk bersosial bersukaria berpolitik mencari pengaruh

lebih dari itu

kita mungkin dipertemukan untuk membimbing dibimbing
untuk menolong atau ditolong
untuk berkongsi masalah
untuk berkongsi pengalaman
untuk berkongsi minat
untuk berkongsi tangis
untuk berkongsi gelak tawa
untuk berkongsi pengetahuan
berkongsi cerita

mungkin hari ini kita tolong orang yang kita jumpa
tuhan sendiri yang tolong kita balik
mungkin hari ini kita tolong orang yang datang kat kita
orang lain tolong kita balik
mungkin hari ini kita tolong orang tengah susah
urusan kita dipermudah

dan seperti juga kerja terbaik
antara pertemuan yang paling baik pada pendapat aku
adalah suatu pertemuan yang ikhlas
ikhlas dari hati tanpa kepentingan
tanpa niat jahat
tanpa penting diri
tanpa rasa menunjuk

bertemu dan berpisah
dengan ikhlas...



*tampalan khas untuk adik vb atas janji nak update dan untuk akim yang setiap kali jumpa cite pasal blog sawang ni

Wednesday, January 16, 2013

Tajuk Kena Curi

Aku bersumpah
beberapa hari sebelum video bawani uum dan sharifah presiden suara satu Malaysia
memang aku nak cakap pasal bab mendengar
even aku dah suruh sorang kawan pejabat nasihat kawan pejabat lagi sorang
banyakkan mendengar, kurangkan bercakap
makin banyak bercakap makin banyak silap
makin banyak musibah makin banyak resah
dalam kitab berkali-kali dipesan, dengar
deria pertama kita dapat, pendengaran
nak jadi ulul albab yang terbuka mata hatinya, mindanya, dengar
sebab itu bayi kecil diazan, berbulan sebelum kita dapat melihat
dengar

aku taknak komen panjang pasal insiden tersebut.
mungkin tak tgk klip penuh mungkin buat kita salah tafsir
macam video syarikat al jabbar. nampak CEOnya salah. tapi kalau tau kisah
mungkin kita fikir balik
tapi walau apa pun justifikasinya, pada aku presiden berenang tersebut memang salah
kurang ajar tahap menghina
budak setaun jagung itu mungkin terlebih emosi. tapi sebagai seorang dewasa yang matang
kau tak patut melatah sampai nampak kebodohan kau.
dan macai-macai mahasiswa lain hanya mengangguk-angguk setuju
melihat kawan diratah digoreng. bersorak-sorai.
dan semua komen lebih kurang. kritik ada cara lah, tengok tempat lah
serious aku bangga tak terlibat dengan politik kampus
yang aku ingat dulu tiap2 pagi aku risau nasi lemak kat kafeteria habis
sebab aku bangun pun tak berapa pagi sangat lah hahaha
yerla semangat-semangat, retorik puitis. bangkanglah aspirasilah
balik bilik tengok dvd gak

sebut pasal tu, bila aku tengok dance remix listen, parodi matlutfi, kosong mr bie, namewee dan lain-lain
buat aku lega. tak perlu mic untuk didengar,
suara dari jiwa itu lebih lantang
dan baru aku perasan tasbih itu infiniti.hehhe tetibe

okey aku takda mood lagi dah nak cite pasal dengar
kenapa kita 2 telinga satu mulut
sebab topik aku dah kena curik
sana sini orang komen listen listen
dah jadi macam mendengar itu perkara buruk
ni semua presiden renang punya pasal
dasar hipokrit cilaka

tapi ada satu quotes. aku tak ingat siapa yang bercakap
cuma aku hapal tahap kalau korang jumpa aku bile-bila
aku leh lafaz satu-satu.
dari zaman sekolah

speak properly
and in as few words as you can
but always plainly
for the end of a speech is not attention
but to be understood


ikut clichenya. ikut retorik puitisnya. aku patut berhenti di situ
kalau aku berhenti setakat 'to be understood' tadi serius darah korang berderau
dek kerana efek saktahnya, dek kerana efek noktahnya, dek kerana efek waqafnya

biarlah tampalan ini tak berakhir dengan impak yang bergaya
sebab aku tengah dilanda kejiwangan
biarlah korang nak kata aku poyo
inilah bestnya ada blog gambar hidung dengan tahi lalat je

aku tau duduknya otak lebih tinggi di kepala berbanding hati bersebab
yang cantiknya kita ikut akal fikiran bukan perasaan
tapi kadang-kadang rasa rindu rasa sayang ini sukar untuk dibendung
bukan boleh ditahan-tahan
ibarat budak nak baligh ditahan mimpinya

aku tak nampak masa depan aku dengan dia
aku tak rasa aku nak kahwin dalam masa terdekat
aku dapat rasakan aku akan bawa masalah kalau aku commit
aku tau tak elok mainkan perasaan orang,beri harapan
itu sebab aku luah dalam ini.
semenjak dua menjak ini tiba-tiba ramai pulak kawan perempuan aku
hari-hari ada je yang boleh aku ayat
yang boleh aku gelak boleh aku sakat boleh aku manja
tapi dalam ramai-ramai ini, tak sorang pun aku rasa aku nak tua bersama
maka aku ditempelak...player, bad boy, bitch version lelaki
ada yang tuduh aku pakai ayat

sampai ada sorang kawan pernah sound aku
kau tak baik dowh buat orang macam tue. kalau anak kau bla bla bla yada yada
aku jawab
bukan aku yang nak, diorang yang mengharap. peluang depan mata untuk aku amik kesempatan. rebutlah
dia jawab
itu kenyataan paling selfish pernah aku dengar

....

mungkin ada betulnya.

buat insan-insan yang aku rindu
maaf terpaksa mempermainkan perasaan
maaf kerana memberi harapan
ketahuilah dengan jujurnya aku tak rasa kita ada masa depan
aku cuma bahagia masa kita dihabiskan bersama
dan selepas itu terbanglah ikut haluan masing-masing
dengan kefahaman, bahawa kunfayakun itu benar

maka sedarlah dah buatlah apa yang perlu
untuk mempersiapkan diri kalian
untuk dikecewakan, untuk ditepuk sebelah tangan
sebab aku belum bersedia
sekadar untuk berteduh, menyinggah
tapi sungguh

aku rindu

Saturday, January 12, 2013

Jam 0303 pagi

Selalunya
penganjur tak bagi professional masuk bertanding
sebab tahu dia akan jadi juara

Kadang-kadang
orang yang kita suka tak bagi kita peluang
untuk keluar dengannya, mengenalinya
sebab dia takut dia jatuh hati dengan kita

Mungkin
kerajaan tak bagi orang yang layak masuk tender
sebab nak bagi projek tu ke kroni

Tapi ramai tak tahu
sungai yang mengalir tak boleh kita sekat
terus mengalir
tak ke timur ke barat
tak menegak melintang
dihadang dikepung...

banjir

Sunday, January 6, 2013

Game Over

aku tau perkahwinan tue sunnah
tak kahwin nabi tak mengaku ummat
tapi kadang-kadang pemikiran aku tak sampai ke tahap itu
aku keliru dengan masyarakat keliling
yang bercerai tak kesah pasal anak
yang hantar anak-anak ke rumah makbapak
yang nak kahwin banyak sampai empat tapi tanggungjawab abaikan
yang dah kahwin perangai berjudi clubbing party lagi

melayu adalah satu bangsa bersaiz kecil tapi subur
tidak seperti bangsa pak hitam

ruang adalah penting untuk manusia
bila ruang sempit manusia jadi rimas
masalah sosial mula timbul
lebih-lebih lagi zaman moden dengan pembangunan pesat
setinggan tiada peluang, generasi baru tak mampu beli rumah
maka apabila dihalau dari kampung sendiri
anak enam orang duduk dalam rumah flat
maka secara otomatik banyak masa childhood dihabiskan di luar
kalau setakat merempit kacau anak dara orang pon dah satu hal
ni sampai cucuk jadi doktor sendiri
bergaduh kongsi gelap dan macam-macam

waktu bekerja panjang, trafik jam, rindu zaman bujang, zaman kapel
tak mampu bayar babysitter, susah dapat pembantu
sebabkan ramai memilih hantar rumah makbapak
kalau atok nenek budak tue suka takpe
tapi kalau diorang dah tua dah tak larat nak jaga 3-4 cucu yang metabolismanya tinggi
haduh

anak-anak itu kan amanah
bukan macam bela kucing
bukan macam ikan dalam akuarium
anak itu komitmen sepanjang hayat
kain putih yang perlu dicorakkan sesempurna mungkin

kalau anak itu dimarah
anak itu terbantut pembesaran psikologinya
anak itu rasa tak dikehendaki
kan kesian

buat anak semua suka. masa main suka. macam-macam style
time jadi mak, kawan-kawan berlibur kawan-kawan dating mula rasa jeles
time body tak hot, time menggelebeh menyesal.

aku taktahu. aku tak alami lagi
mana mungkin aku faham
mana mungkin ada orang yang boleh betul-betul bersedia
tapi tgk dunia sekarang aku takut
dalam dunia sekarang, baik anak lelaki mahupun perempuan
cabarannya besar. melepaskan anak ke luar, seperti membiarkan anak di hutan

aku jugak risau, takut-takut aku pun sama menyusahkan orang lain
aku bimbang aku rindu zaman-zaman sendiri seperti sekarang
bebas
memang sunyi, tapi bila dah terbiasa begini,
mampukah aku biasakan dengan tanggungjawab,
dengan komitmen sepanjang hayat?

kadang-kadang perkahwinan ini banyak cerita sedih dari bahagia
banyak kecewa dari tenang
walau terkadang aku kesian tgk mereka yang tak berkahwin
sampai putus haid keseorangan
pegawai besar. ahli perniagaan. seorang tanpa zuriat.
waima dalam rumah aku sendiri
pembantu rumah aku yang umurnya hampir 70.
yang hampir separuh hidupnya berkhimat untuk keluarga aku
aku betul-betul simpati.

tuhan betulkan persepsi pemikiran aku