Monday, December 21, 2009

Buka Bicara

Salam semua (seperti yang selalunya digunakan sekarang)
Sebelum aku pergi lebih jauh,
biar aku pohon ampun setiap dosa,
biar aku pohon ampun dosa akan datang, masa lalu dan masa sedang ini.
Pasti akan ada yang terasa, pasti akan ada yang berkecil hati,
pasti ada yang marah.
Maaf khilaf bahasa cela sastera.
Terasa umpama peludah bahasa seperti kata sasterawan unggul.

Platform ini aku ukirkan untuk luahkan kreativiti,
untuk aku ucapkan kasih ganti ucapan yang tidak pernah terungkai,
untuk aku salurkan kesumat dengan cara kupikirkan lebih beradab,
untuk aku cantikkan hujung minggu.
Tapi hakikatnya dalam masyarakat kita,
mesti ade yang baling batu sorok tangan
mesti ada yang batunya berapi.

Biar ukiran aku sumbing,
Tetap ukiran aku bukan?
Melainkan kau sumbang kayunya,
kenapa perlu aku ambil peduli cerca kalian?

Kalau merempit di jalanan kita ambil peduli,
itu jalan bersama.
Kalau setakat nak mengukir kayu,
kayu kan banyak?
Ya aku ukir dengan nama pena.
Bukan
inferior bukan terlalu merendah diri,
bukan terlalu takut kata-kata sendiri.

" Aku berlindung dengan nama Pencipta
dari sifat takbur,angkuh dan bongkak,
dari sikap bodoh lagi sombong "


Pinjam kata penjajah, semak realiti.
Dalam setiap jajahan,
Selalunya ada musuh dalam selimut.
Senang menjajah kalau ada kawan dari dalam.
Susah berjuang kalau tak nampah musuh bukan?
Untuk permulaan,sebelum kayu diukir kukuh,
sebelum ukiran aku dieksploitasi
dan dimonopoli kembali atas diriku.
Atas perkataan liabiliti yang memang sesungguhnya dipinjam,
sebelum negeri terjajah,
nampak aku?