Wednesday, February 24, 2010

Lensa Amatur (lain) 1: Eropah Siri 1

As promised...
Gambar tidak bermuka sangat terhad
tetapi itu pun terlalu banyak untuk dimuat naik (akibat terjemahan langsung) kesemuanya
maka akan dipilih sebahagian dan dimuat naik secara berperingkat-peringkat mengikut negara. enjoy











Sunday, February 21, 2010

22.2.10

Tulis kali ini tulis peribadi

Untuk mak yang sambut hari lahirnya pada hari ini, walau tulisan ini tidak pernah dibaca,
selamat menyambut hari kelahiran. kalaupun mak lebih selesa mengira dari tahun hijrah, semoga dengan tulis-tulis ini dapat dimengerti oleh anak ini, usia mak sudah lebih 60 tahun. untuk segala kejahatan di dunia yang anak ini lakukan, ketahuilah sesekali bukan salah ibu mengandung. mungkin wujud jurang generasi antara kita, tetapi ketahuilah ada sifat jernih yang turun di dalam diri ini. tidak di luarnya di dalamnya, tidak di jasadnya di jiwanya.

sememangnya jika anak ini sekadar beroleh dunia, masih belum cukup untuk berbangga
sememangnya di belakang, masih ada laku perangai tidak diperkenan
mungkin suatu hari, anak ini akan berubah

terima kasih atas setiap jerih maung melahir membesar dan mendidik. usah dihitung yang besar-besar. darah, air dan susu sekalipun tidak mampu diganti rugi dibalas. dibuang pangkat jawatan untuk besarkan sendiri anak ini untuk dipastikan ada ilmunya. sentiasa dibawa merantau untuk dibukakan mata dan hati ini mengenal dunia melihat apa di sana. tidak pernah sesekali duit itu menjadi persoalan. biar tidak seluruh dunia, apa yang ada cukup sempurna. lebih dari yang diperlukan. atas tiap-tiap kemudahan, keperluan serta kemewahan yang diberikan, anak ini telalu lemah jika tidak tahu berterima kasih.

dalam setiap yang dijuangkan, pasti akan ada balasan. untuk setiap korban-korban yang dilakukan, pasti akan ada balasan. dalam mak menongkah arus yang sentiasa datang dari arah bertentangan, semoga anak ini tidak akan lupa untuk terus berdoa. doa dipanjangkan umurnya dalam takwa dan kesihatan yang baik, doa dikekalkan ketabahan dan dimudahkan jalannya

by all means, it is a privilege for me to say that those two fine people walking on God's earth are my parents

Wednesday, February 17, 2010

Jarum peniti terus ke jantung

Aku rasa cuti yang panjang menyebabkan tulisan yang banyak. atau terbalik?atau tidak ada kena mangena? apapun lepas rambut berombak lentik tak terurus aku ditegur berulang kali dan dengan satu harapan semangat bekerja entah dari mana akan muncul, aku gagahkan juga mancari kawan untuk memotong rambut. dan bertuah dia ini memang kariernya mendandan rambut.

Satu soalan yang aku sampai sekarang tidak tahu motif di sebalik soalan 'ada awek'? kadang-kadang datang dari kawan perempuan, kadangkala dari kawan lelaki, dan tidak lupa juga makcik-makcik di pejabat mahupun di rumah. dan tambah selenge kalau kawan-kawan rempit tanya 'kau boleh eh hidup tanpa perempuan, topup RM30 sebulan'. dan statement tidak boleh pergi kawan funky- 'la virgin lagi?aku time sekolah kecik-kecik dulu dah hilang'. atau 'dia kan jantan teruna'.......aku tidak ada sebarang komen. comment-coment cari facebook

dan ini antara jawaban standard yang akan diutarakan. lebih spesifik kalau ditanya bab kahwin.

'boxer pun parents belikan' atau 'bulan 12' tanpa dinyatakan tahun atau '30 Februari tahun depan' heheh kau carikla sampai jumpa. atau kalau rasa nak merendah diri ala nak kene humban jawab 'siapa la nak kat aku ini'. cis jawaban yang macam tak tahu thankful kata penjajah. banding dengan itik at least ada la rupa fizikal itu. kadang-kadang ada yang melantun balik 'kau pun taknak kat diri kau camne orang lain nak kau'.*gelak sakan*

hahaha kelakar seram bukan? memang la sekali-sekala (kut) hati ini keluh kesah luluh lantak lantaran kesunyian. mengutip cebisan-cebisan kecil yang dilontar untuk disatukan kembali. cis, salah sendiri juga.

sambung balik cerita tadi, tersasar jauh sudah. penghabisan aku pilih untuk jawab ringkas, 'takda'. diam sebentar 2 saat dan ditanya semula walaupun tidak berapa relevan-'aku dengar kau power main bola'. aku cuba cari titik pertemuan dua soalan tadi sebelum difitnah tidak menjawab soalan. 'yang datang futsal selalunya dah ada lelaki, mana ada siapa datang hendak menonton sambil kagum tengok aku di tengah padang'. ceh confident aku jawab. sudahlah ada bunyi-bunyi riak tentang hal yang ternyata bohong-bohong belaka. sambil itu, teringat pada dia.katanya perempuan yang pergi ikut lelaki main futsal sama ada jadi pak/mak tunggu, provide towel atau air, atau pun jadi pasukan sorak *sambil demo aksi pom pom girl*.

dan tanpa diminta aku ceritakan padanya aku tidak berapa minat berfutsal dengan perempuan. dan tanpa diminta juga aku diberi khutbah free

'itu kau silap, ini semua pelaburan, main futsal dengan perempuan, kau dapat ramai kawan perempuan. macam aku bawa KFC ke tempat kerja lama aku, mana tahu ada job.kadang-kadang contact je kawan lama, ajak makan. macam kau sembahyanglah, kau selalu-selalu contact Tuhan, confirm Tuhan jaga, dapat apa yang kau nak'


aduiiiii. tak terbakar pun aku macam tersepak lah juga kata orang. hrm lepas itu cerita pasal kenal dari internet pula. sudah dari dulu aku kata pada orang aku tak percaya. cepat dia sanggah. patutnya brother ini jadi peguam

'boleh apa pulak tak boleh, ramai je cari pasangan dari internet. tapi sekarang jaga-jaga. kadang-kadang gambar/mengaku perempuan tengok-tengok pondan.pada aku benda ni tengok niat masing-masing. kalau kau nak buat main, dia pulak nak kikis duit kau memang apah tak jadi la'

heheheh aku tak tahu kenapa aku post ini semua. tapi pada aku cukup menarik. hahahha.

biarlah aku berehat sebenar. penat sudah. mungkin satu hari nanti akan ada kemaafan. ada jalan. atau dapat aku hilangkan kesal-kesal ini dan bergerak kembali.chewah

oleh kerana dah banyak sangat post. minggu depan baru tulis balik. karang menyampah orang. minggu depan pun upload gambar dulu. dah ramai tanya gambar-gambar di barat sana. upload di sini. automatiknya mereka aku paksa masuk ke mari.wahahahha

Tuesday, February 16, 2010

Kedurjanaan yang tidak perlu dikaji

aku tidak perlu jadi psychiatrist
untuk aku benar-benar ketahui
kau sudah hilang jiwa
merogol budak kecil yang tidak tahu jahat dunia

tidak perlu aku punya anak
untuk aku katakan
kau makhluk hina tanpa kewarasan
meratah zuriat kau sendiri

aku juga punya nafsu
untuk tahu 'ringan-ringan' sudah jemu
main beralas itu tidak nikmat

cuma soal aku.memang kau sanggup tukar nikmat 20 minit dengan satu nyawa yang bukan kau tuhan untuk matikan? diri kau lagi penting sampai selesai kau berseronok, kau abai akibat dunia? cis, buat anak suka...tipu kalau kau kata dengan kau gugurkan kandungan, sejarah semua terpadam. bohong kalau kau ucapkan, tidak ada cara lain selain kau humban janin yang sudah punya nyawa ke dalam jamban. hei si bodoh bangsat, kalau aku bungkus badan bangkai bernyawa kau aku tinggal tepi parit kau seronok? kalau aku junamkan tubuh kau dalam tong sampah untuk kau rasa deritanya kau hendak?

entahlah. betulkan kalau aku silap.khabarkan kalau aku naif.aku memang tidak tahu samaada ia berlaku di sebarang lautan sana.aku kurang pasti ramai mana bangsa lain seakan mereka ini. tapi aku pasti, setiap tahun bangsa kita sendiri, bukan di tempat lain tapi di sini, memang gemar sensasikan media tempatan. gemparkan satu negara dengan laku setan merogol anak sendiri,liwat buang dan sebagainya. kecil ke, besar ke belakang cerita, yang mereka ini tahu rogol dulu

hei manusia.orang lain juga punya nafsu.orang lain juga ingin nikmat.tapi bukan sondol sebarangan.

lewat malam menulis entry ini. hatiku sakit. terpaksa hentak-hentak papan kekunci mengeluarkan perkataan-perkataan laku perangai yang kita tabookan. sampai bila?aku bukan ustaz nak berceramah.aku bukan baik benar untuk suruh kau tauladankan

hakikatnya memang di dalam rumah-rumah yang sepatutnya menjadi tempat selamat kini ada bapa berkepala syaitan yang 'memakai' anak-anak sendiri. memang ada manusia yang nafsunya songsang sukakan yang dibelakang. memang ada manusia yang naluri sakitnya cenderung pada anak-anak yang belum boleh beza baik buruk. dan ya, bercumbu dengan pasangan masing-masing memang sedap


Saturday, February 13, 2010

Kejadian Minggu Ini

Define irony. dia akhir persembahan, di sebuah kelab yang boleh kata pemes, oleh sebuah kugiran entah siapa, dengan membawa lagu oleh kumpulan kugiran Muse,lolong-lolongkan "our time is running out~". heh.ironik sungguh kugiran tersebut.aku cuba untuk bertanya soalan retorik ini dalam bahasa melayu. gagal mendapat kata soal dan ejaan yang tepat. jadi alang-alang kita dah pinjam pun kata penjajah tersebut, serupa ikut terus. jangan tanya aku buat apa ke sana.aku tumbuk hidung siapa tanya

Oh di samping itu sebelum cuti. telinga aku tertangkap satu kenyataan atau ayat perintah, yang pada aku boleh kata kenyataan minggu ini (statement of the week kata penjajah)- "bring this food along so that your friend can 'FRIEND' you more.hahahha lawak dan sinikal (pinjam kata penjajah lagi) sungguh kenyataan tersebut. rasa macam nak salam cium tangan pakcik guard di bawah.

Kepada sahabat lama yang akan berkahwin pada hari ini, 14.2.2010, aku ucapkan selamat makan. semoga saksi-saksi dapat hadir dan tidak sibuk nak bercandle light dinner

Kepada pasangan-pasangan kekasih yang berhasrat menyambut hari valentine esok, aku nak kaji sejauh mana benar yang amalan ini dah lama diamalkan semenjak zaman empire ottoman dan kebetulan valentine jatuh pada hari paderi tersebut mati.aku?dah lama ditinggalkan dan meninggalkan

kepada rakan-rakan cina khususnya kawan pejabat aku yang selalu memberi semangat dengan falsafah hidup mereka. terima kasih dan selamat menyambut tahun baru cina. anda boleh melupakan sebentar kerajinan anda dan dedikasi terhadap kerja sebaliknya fokus kepada keluarga tersayang

Thursday, February 11, 2010

Semenjak bila?

senario di sebuah restoran amerika yang ditempatankan

penama X: eh u kira balik ayam ini. i nampak u berbual-bual masa masukkan
pelayan: saya dah kira tadi.betul
penama X: you kira balik.kalau salah macam mana? i report kat u punya bos
pelayan: *geleng dan kira satu-satu*
penama X: u jangan merungut. i customer tau tak. concerntrate
pelayan: betul lah kak
penama X: hah nasib baik betul. this is fast food restaurant. you have to be fast
...

senario di sebuah kedai 24 jam ganti kedai kopi

pelayan 1: kira asing ke sekali
pelayan 1 lagi: asing ke sekali
penama y:*tinggi suara*you tak nampak ke i angguk?i tengah makan you jangan kacau boleh tak
aku: *senyum sambil pandang kawan*
pelayan 2: minum apa?sekali ke asing-asing
penama y: hah tanya lagi banyak kali. orang lain tanya lagi
aku: * senyum lagi lebar*
...

entahlah. pada aku la kan. pada aku. kalau kau hormat diri kau, kau tidak buat semacam itu. atau kita memang manusia generasi stress? yang mcm tong gas mampat dimasukkan gas lagi. tunggu masa meletup. kalau seperti itu, kitaran tidak akan putus. orang yang kena juga ibarat pelampung udara. orang ini tiup. orang sana tiup. lama kelamaan penuh, pecah. kena orang lain pula. kalaulah ada orang yang seperti span yang menyerap kemarahan tanpa menabung stress dan kemarahan, pasti kitaran tersebut akan berakhir.itu kalau (perkataan yang tidak berapa positif untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian). Jadi kenapa kita kena tiupkan bara-bara kemarahan dan kesesakan fikiran dalam hal remeh. hal ranting.

kalau betul sekalipun (kalau lagi). cakap elok-elok tidak boleh? mungkin aku juga ada masanya seperti itu. aku selalu teringat kata kak ngah- biar ikut resam padi, makin berisi makin tunduk, aku respect pada orang yang boleh cakap dengan dengan budak tingkatan 1 sama macam dia cakap dengan orang besar , dia dengar cerita orang gaji jenis yang betul-betul dengar walaupun dia ada Phd.-lebih kurang begitulah ayatnya.

aku mungkin baik dengan pelayan restoran sebab orang yang pernah baik dengan aku dulu pelayan restoran. kalau tidak mungkin aku pun sama.

ceritanya tetap sama dari dulu sampai sekarang.kau pijak-pijakan orang sebelum betul-betul di atas dan mungkin bila kau turun kau jumpa balik orang yang kau pijak tadi. kau buli budak gemuk dalam kelas besok besar di jadi bos kau.itu kalau la (kalau lagi.ngantuk dah ini)

Wednesday, February 10, 2010

Sekejapnya 24 Jam

matahari
pelik. Cantik rupanya saat nak tenggelam
walau tidak ke pulau gunung ganang
tengok dari tingkap hitam ofis
mentang-mentang bilik baru.heh
cuma kejap sangat
dari saat nak tenggelam sampai tenggelam

ah bintang bulan lama berdiri sepanjang malam
berapa kali sangat kita tenung
mungkin lepak mamak hembus asap tengok bola suwit mamak lagi seronok
diberi angin udara asap dicari

peluang ada di negara orang
yang aku rasa cukup kerap
buat aku terfikir kenapa ini yang kita mahukan
aku nak tengok ladang bersambung langit
nak lihat sungai tasik tidak nampak hujung tapi jernih
kita ditindas.jiwa dan ilmu.peluang dan harapan
kita semakin bodoh hari ke hari

masa kita tahu sesuatu yang relatif
yang kalau arab kata macam pedang.menghunus atau dipancung
yang melayu kata umpama emas.membiak duit
yang kita lihat cina tak sanggup biar lalu

tapi aku.main facebook.baca blog.tengok astro.sangkut dalam trafik jam
redah shopping kompleks.kejar jenama.mengalamun konon-konon berfikir
jalan mudah paling singkat
menyantap rohani. dengan warna hitam
bila hidup dimotivasikan sesuatu yang tidak elok tapi nikmat
dunia jadi sungguh letih
bila duit dipandang bukan sebagai tukaran
dengan sumbangan dan khidmat kepada masyarakat
hati jadi tamak
bila sepatutnya kita menjadi kreatif. menghasilkan sesuatu
membiakkan ternakan melebatkan tanaman
melebar sayap perniagaan tanpa terjerumus dengan penindasan
tapi kita tinggal.kita hanyut sekali menjadi mesin.cuma lebih variasi

dalam hati esok pasti datang.lusa pasti lebih ceria.hidup akan semakin bermakna
setengah dari kita, terus bermimpi