Sunday, October 30, 2011

Sekali Air Bah Sekali Pantai Berubah

once a hiker forever a hiker
once a writer always a writer

once a walker always a walker


aku bosan dan jelik setiap kali frasa begini terungkap
pada aku manusia itu boleh berubah kalau bersungguh-sungguh

tanpa salam dan angin bertiup aku menulis balik. kalau ikut catatan terakhir dah lebih setahun. selalu juga tergerak nak menulis. tapi setiap kali masuk balik sini, aku tergelak sorang-sorang. apa ngarut melankoli aku ini. bukan aku nak highlight di sini aku tak boleh nak tinggalkan bermain perkataan. aku tak tahu satu benda pun pasal menulis. kelas bm time sekolah dulu asyik tidur je. nak baca pasal sastera atau hikayat klasik. hahaha

tapi betul. malam ini (atau pagi?) aku tak boleh tidur dan rasa aku perlu repek apa yang patut di sini. satahun tak menulis sihat alhamdulillah je diri ini. takde plak rasa tak tenteram. in fact lagi tenteram kut. aku tetap enggan percaya pada frasa di atas walaupun aku tetap skeptik pada satu perkara. sekali member dah terlibat MLM, selalunya aku dah malas nak dgr cita perniaagaannya. semuanya mungkin semuanya boleh. memang aku tak nafikan semuanya berduit kaya-raya. tapi kau dah macam hilang jiwa.heheh tak boleh komen lebih2. minta maaf kawan sedara yang buat MLM.

aku pun tak tahu ada lagi tak orang yang melawat balik tulisan-tulisan dalam ini. aku tengok balik serius sakit hati. apa benda la aku berahsia identiti konon, berfalsafah tak menentu. memang rasa nak buat baru je. tapi ni kan sejarah. kira kalau orang comment kat fb kita delete. heheh aku penah buat.sekarang dah menyesal. hadap je lah. nak sorok apa

masalah? memang bila mati je la habis. itu pon kalau mati dalam amalan yang banyak. entahlah, dah la nature kerja mengadap orang yang masalah. hidup peribadi pun masalah. mungkin betul la kata orang, jangan lepak dengan orang bermasalah. nanti hidup tak ceria. sugul muram pun boleh berjangkit ke?bagai gambar dulu kala tidak berwarna. tapi aku suka kawan dengan orang bermasalah sebenarnya. pertamanya mungkin kita lebih senang belajar dari kesilapan orang lain (ye ke?). keduanya buat aku rasa bersyukur kalau masalah aku lagi ringan (cam tak berapa elok kan?, bukan nak kesian), yang ketiga aku dapat rasa berpijak pada bumi yang nyata. yang penuh dengan masalah. aku dah selalu tinggalkan kawan yang tengah prime time. time dia bloom atau kaya atau dah terkenal. tak tahu kenapa. mungkin iri hati, mungkin lifestyle dah lain tapi paling penting aku tak nak lupa diri. aku taknak cam perasan yang aku sama level dengan orang yang dah berjaya. i've long way to go. jangan nak sibuk tumpang glemer orang.

masalahnya selalu aku bila hadap masalah aku jenis yang akan setelkan sampai ke akar umbi. kalau aku nak sesuatu aku akan pastikan aku dapat. kalau aku terasa bodoh aku akan belajar. kalau aku rasa perut boroi aku akan cuba dapatkan six packs walaupun tak pernah berjaya. tapi itu semua dulu. ketika tak matang.

sekarang bukan matang sangat pun, cuma akur. dalam hidup tak semua yang kita nak kita dapat. tak semua ciri yang ada pada orang yang kita sayang takda yang kurang. aku dah belajar telan ulam walaupun pahit daripada terus amik vitamin telan. setakat kalau sebab nak naik pangkat aku pijak kepala orang lain aku tak sanggup. kalau takat masalah remeh temeh seriouse aku tak amik pot. nak ikut perkembangan politik dan hal serius pon aku dah boleh muntah. surat khabar memang dah makan tahun tak sentuh. cerita aziz bari sampai sekarang aku blur lagi walaupun dulu aku selalu puji dia. kalau main bola nak kene set team tempat, nak kene berebut untuk 1st eleven aku dah malas. baik aku panjat gunung takda sape kacau.

biar lah kawan nak berbisnes. ajak aku bukan aku mampu. biarlah orang berpolitik. aku bukan boleh tahan tekanan pun. biarlah kawan yang berjanji bagai yang terlupa letak nya daratan itu kat mana terus belayar. rancangan aku sekarang nak hidup biasa kecil-kecilan. we are small people. bak kata orang yang di antara orang yang paling aku nyesal kenal. pada aku itu perjuangan sebenarnya, meredah kancah hidup mempertahankan prinsip. kira kalau aku sekadar di tepian buat kerja tak kacau orang, hidup cukup makan, harapnya takda la turun naik sangat hidup aku. penat. bunyi macam give up. serik amik risiko. jadi typical orang tua la itu la ini la. tapi aku tak nampak diri aku jadi PM satu hari nanti. jadi biarlah seadanya. untung-untung ade yang menyinggah dalam hidup ini dalam aku teruskan rutin-rutin buruh kasar ini. mungkin kawan-kawan lama yang menyinggah bertanya khabar. mungkin orang pernah menikam. mungkin orang yang aku tak pernah fikir dia ingat aku.

memang la seronok buat kawan baru. venture life baru. tapi aku kena belajar merasa cukup dengan apa yang aku ada. merasa berterima kasih. bak kata status fb kawan aku yang aku tak ingat sapa dan tak ingat secara tepatnya kata-katanya. cuma lebih kurang begini la bunyinya

sometimes we don't want change, we just want things to be better

seriouse aku tak ingat status fb sape. kalau nak claim sila tapi memang tepat. aku sendiri pun bukan suka sangat anjakan paradigma yang drastik walaupun sesetengah perkara perlunya haram secara total. we just wanna life to be better. or much better.

sekali air bah sekali pantai berubah

apa kaitan?