Friday, April 30, 2010

Masih Boleh Menconteng

Tidak ada cuti buruh,
no double trouble concert,
tidak ada puisi riong,
No iron man.

malam-malam minggu telah lama hilang
bersukan bukan lagi satu rutin
komputer menjadi rakan karib
terasa dunia tidak ada yang bernyawa

yang ada cuma saman
cuma perjanjian, pandangan dan warta
serta mesyuarat dan kursus yang tidak pernah putus
and thesis, outline as well as slides show
tidak lupa juga peperiksaan

bahasa rojak menggambarkan jiwa yang berserabut

Thursday, April 22, 2010

Undang-Undang dan Moraliti (18sx)

berita biasa hari ini.....doktor menjumpai sebatang pensil dalam kemaluan seorang budak perempuan berumur 14 tahun yang dirogol oleh rakan sekelasnya. dipercayai beberapa rakan telah membentuk dinding manusia bagi menghalang pandangan
*
segolongan positivist bersepakat bahawa undang-undang tetap undang-undang dan tiada kaitan dengan moraliti. undang-undang tetap perlu dipatuhi walaupun undang-undang tersebut adalah undang-undang yang tidak baik atau tidak adil. contoh paling klasik adalah lampu trafik merah di malam buta di kawasan pendalaman yang tiada kereta langsung. tetap perlu tunggu hijau. dan untuk makluman kawan-kawan yang masih belum sedar. seks oral adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan walaupun suami isteri ye.
*
berita tidak mengejutkan belum lama pun.....seorang budak perempuan disepak seperti bola sehingga mati oleh teman lelaki ibunya dipercayai warga asing. ibu tersebut menyatakan bahawa sebelum kematian anaknya teman lelakinya tidak pernah bersikap sedemikian sebaliknya seorang yang baik dengan anaknya.
*
segolongan naturalist pula percaya bahawa undang-undang yang tidak baik atau tidak adil bukanlah undang-undang. walaupun golongan ini tidak bersepakat tentang pematuhannya, jelas ia cenderung mengaitkan undang-undang itu dengan moraliti. bersetubuh tanpa perkahwinan walaupun dengan keizinan kedua pihak tetap salah (di bawah kanun keseksaan seks luar nikah antara dewasa yang bersetuju dan tidak di luar tabie bukan merupakan kesalahan). bercium dan bercumbu di klcc kalaupun non-muslim tetap salah walaupun atas dasar love and affection kata penjajah. penyataan tuhan memberi saya tubuh yang cantik maka saya ingin tunjukkan pada umum juga tidak diterima sebagai alasan berbogel ke majlis terbuka.
*
berita yang hangat sekarang suam-suam kuku..... seorang perogol anak sendiri ketika ditanya telah menyatakan dalam bentuk lebih kurang satu analogi di mana bila anda tanam pokok mempelam, mesti anda mahu rasa dulu sebelum orang lain rasa
*
terdapat juga golongan moden, liberal, sosialis, feminis dan beberapa puak golongan dengan pandangan masing masing. fokus seterusnya.salah satu definisi undang-undang yang ditulis balik secara cincai di sini ialah, undang-undang bermaksud peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah untuk mengawal masyakarat dan dilaksanakan hukuman. ada definisi dengan pengataan undang-undang itu perlu untuk mengelakkan undang-undang hutan. antara salah satu ciri undang-undang yang wujud,adalah undang-undang yang terbentuk untuk melindungi individu itu sendiri seperti memakai topi keledar dan menghisap dadah. kadang-kadang terfikir apa hak orang yang menggubal undang-undang itu menetapkan pilihan hidup kita? kenapa kita tidak bebas berpolitik semasa belajar? kenapa kita tidak dibenarkan mengambil dadah? kenapa perlunya internet itu dipantau?kenapa saya tidak boleh tidak tunggang motosika tanpa topi keledar tanpa baju?mungkin yang menggubal tahu bahawa kita tidak cukup pandai untuk membuat keputusan. namun penggubal juga patut tahu sistem yang ada sekarang inilah yang menyebabkan kita bodoh.
*
berita yang tidak berapa penting untuk diingat.....sepasang kekasih yang bergaduh kerana bayi milik perempuan bukan dari benih lelaki telah meninggalkan bayi tersebut di dalam sebuah tong stesen keretapi di ibukota
*
hukuman itu asasnya ada beberapa. untuk menghukum pesalah supaya insaf. untuk memberi keadilan kepada keluarga mangsa atau mangsa sendiri. untuk mencegah dan menakutkan yang lain. dan beberapa sebab lain. hukuman boleh dalam bentuk denda. khidmat masyarakat. amaran keras. penjara. sebat. mati. atau gabungan. sepengetahuan aku belum pernah ada yang kena semua sekaligus
*
berita keliru..... seorang kanak-kenak perempuan mati setelah dirogol bergilir-gilir oleh bapa, datuk, pakcik dan kawan-kawan pakcik. hanya tuhan yang lebih tahu bahawa anak ini mungkin keliru siapa sebanarnya bapa kandung anak ini sekiranya dipanjangkan hidup. di tempat lain seorang murid perempuan pulang dari sekolah mengaji dicabul kehormatannya di dalam pondok pengawal keselamatan. agak menghairankan mengapa pengawai keselamatan bertindak secara tidak selamat. ibubapa pula seringkali berpesan kepada anak-anak jangan bertegur sapa dengan orang yang tidak dikenali. yang pelik orang dikenali juga tidak boleh dipercayai. istillah orang tidak dikenali itu juga tidak dihurai dengan panjang lebar. abg pian bin somad contohnya merupakan pemain gitar sepenuh masa di hentian bas di depan rumah. suatu hari terjumpa di pasar malam lalu mangajak adik mencari kucing. adakah abang somad itu tidak dikenali?
*
berita palsu....bersetubuh dengan budak bawah umur adalah merupakan satu kesalahan walaupun dengan kerelaan kedua-dua pihak. Namun begitu kajian menunjukkan kerapkali perempuan dengan gembira dan rela hati memberi. cuma bila bergaduh agak seronok mengenakan lelaki. malah seringkali terjadi wanita dewasa melakukan seks dengan budak lelaki di bawah umur
*
kepentingan masyarakat itu sebenarnya lebih diutamakan dari hak individu. kebebasan bersuara diberi tetapi bukan sesuka hati. tubuh itu diberi kepada anda bukan bermakna boleh dirosakkan. mendengar muzik itu pilihan anda tetapi kalau sudah satu kejiranan dengar bukan lagi satu kebebasan. anda cukup dewasa untuk berfikir dan meminum arak tetapi bukan mabuk berbau serta muntah di khalayak awam
*
oleh kerana dalam persoalan undang-undang sukar mendapat persepakatan, maka perbincangan mengenai undang-undang jenayah seksual ditangguhkan sementara di persidangan, secara akademik mahupun di kalangan pemikir dan ahli falsafah. hukuman kasi itu tidak wajar dilaksanakan kerana menafikan hak seseorang memperolehi zuriat. hukuman hudud itu dikatakan tidak relevan di mana penduduknya berbilang bangsa dan agama. ditambah pula dengan fakta tangan yang dipotong tidak tahu hendak dibuat apa. sula pula adalah hukuman zaman batu yang tidak bertamadun. jadi, status quo. cukup setakat apa yang ada sekarang ini
*
manusia itu bila dipanjangkan umurnya diterbalikkan kejadiannnya. kecilnya bodoh tuanya lupa. kecilnya emosi tuanya merajuk.kecilnya mencuba tuanya mencuba lagi. pandang betul-betul, kanak-kanak dan warga tua itu sebenarnya tidak banyak berbeza.sejarah itu sebenarnya berulang ulang walaupun dalam bentuk berbeza. dulu bayi ditanam sekarang dibuang. dulu pelacuran dan seks luar nikah berleluasa sekarang tidak berbeza. tamadun itu jatuh naik dan naik jatuh.
*
situasi yang genting memerlukan langkah drastik. memerlukan persidangan tergempar. masalah dadah bila meruncing, mengedar dihukum bunuh. rasuah di negara komunis dihukum bunuh. raja dikhianati hukumnya bunuh. hukum mati itu ada yang bertujuan menyiksa ada yang 'bersih'. baling batu sampai mati untuk yang lain teladankan. tembak mati 'bunuh bersih'. gantung boleh mati disebabkan hentakan, disebabkan oksigen tidak sampai dek terjerut. boleh putus kepala lepas pergi. gas masih belum diamalkan lagi di sini.

bila sejarah itu berulang, bila keadaan meruncing, bila kita lali membaca perkara-perkara yang sebenarnya luar biasa, bila yang mati itu tidak pelik tetapi yang hidup dihairankan. bila kempunan itu disogok-sogokkan 24 jam. apa lagi yang relevan? perlukan kajian. perlu persetujuan. perlu jaga tamadun.atau cuma perlu kita laksana undang-undang yang kita anggap 'purba'. semudah ikat di tengah bukit bintang lontar kasut sampai mati. semudah tembuskan peluru ke kepala guna sniper milik tentera. perlukah bentangkan hukum kanun melaka di persidangan dan bandingkan dengan enakmen? apa perlu belajar ekonomi untuk memahami nilai denda 20 puluh sen di zaman parameswara dan 3000 pada masa kini?

kalau 5 orang buat perkara yang jelik salah seorang tidak tercuit hatinya itu sudah ada yang tidak kena. maka perlu ada langkah yang drastik.hukuman mungkin lebih berat tetapi beban pembuktian tahap pembuktian itukan kan bincang lain. cuma selain itu, dua premis yang perlu dibincangkan

1-korbankan seorang yang bersalah untuk selamatkan beribu
2- lepaskan beribu pesalah adalah lebih baik daripada mengukum seorang yang tidak bersalah
*
undang-undang hutan, purba, batu, kejam, kuku besi itu semua manusia yang namakan untuk dipersepsikan tidak sesuai dengan masa sekarang. cuma kalau kita tahu nilai denda zaman penjajah tidak sampai 50 puluh sen sebenarnya boleh beli tanah, kita tidak hairan mengapa denda tiga ribu hanya dibayar dengan duit dari poket depan sahaja. kalau kita faham mesej di sebalik sesetengah hukuman yang diperkatakan negatif itu,kita laksanakan, kita akan berasa selamat berjalan atau meninggalkan harta terang-terangan. bukan bermaksud lebih berat hukuman lebih baik. tidak sama sekali. perkara terakhir kita mahukan adalah pekan koboi di mana masing-masing mencari keadilan dengan tangan sendiri. cuma perlu faham mesej di sebalik hukuman, kesannya kepada individu, masyarakat dan negara. kalau kasi itu lebih memburukkan keadaan jangan. kalau direjam itu perlu, rejam.atau lebih baik kekal begini. bilangan anak-anak yang dibuang masih terkawal. berkahwin dengan faezierah adalah atas dasar cinta.mangsa-mangsa rogol masih sedikit. kita masih waras. ekonomi negara kita makin melonjak.

jangan risau, apa sistem perundangan yang dilaksanakan pun, pemerintah masih ada peranan. cuma dalam hal sekarang bagaimana hak selainnya?

Life for life, eye for eye, nose for nose, ear for ear, tooth for tooth and wounds equal for equal

Wednesday, April 21, 2010

Mari Bermain Dengan Makna

Tukar tiub? TT :)

satira semiotik semantik retorik homofon antithesis sangat dan selalu memberahikan aku
dan yang selalu disebut-sebut, metafora, walau kurang berahi tetap ghairah

bukan tulisan-tulisan tidak berjiwa
tidak pandangan yang diambil dan dikatakan kembali
bukan paparan mengangkat diri atau kononnya hebat
jangan cakap sesuatu yang cliche

Sunday, April 18, 2010

Lensa Amatur (lain) 3: Eropah Siri 3



















pisa-luzern-zurich
piazza-lucern-zürich
italy-switzerland-switzerland

Monday, April 12, 2010

Kenyataan

Tiba-tiba ada banyak kenyataan dan berita pelik di akhbar harian. kelakar. sangat kelakar. tahniah kepada anda yang mencetus kegemparan sekaligus menunjukkan betapa bodohnya orang bila perkara berkait duit, pangkat, keturunan dan perempuan.

Aku tidak pelik tentang si penipu duit.aku tidak pelik penyamar. aku tidak hairan ketua ajaran sesat.aku tidak pelik boneka-boneka yang bersuara. tidak aku hairan bomoh yang dakwa boleh beri seribu satu macam keajaiban

aku cukup pelik siapa yang mengikut.aku cukup hairan siapa yang mendengar.aku hairan siapa yang percaya.aku cukup pelik kenapa perlu buka ruang untuk ketidakendahan. pinjam kata penjajah ignorance is a bliss. kadang-kadang kita rasa kita cukup pandai untuk ditipu. kerap kali kita fikir hal tersebut terlalu remeh. kadangkala disebabkan itu tugas kita, itu peluang untuk mengampu, itu hal boleh buat duit, boleh lebarkan sayap kita redah. boleh mantap atau montok kan badan, boleh tunduk suami, boleh buat nama, boleh belajar ilmu yang orang lain tidak boleh belajar kita ikut.

selain daripada insan yang memang suka benda pelik-pelik.yang acuh tidak acuh inilah selalu kena tipu. yang jenis baca dengar berita tak persoalkan. usah dihairan kenapa orang mengaku macam-macam. mengaku tuhan, mengaku nabi, mengaku pemimpin, mengaku jutawan. pelikkan diri kita yang minat tentang ilmu yang kononnya tidak pernah dihebahkan. hairankan kita yang percaya dia sesuatu. dan mari gelakkan cerita-cerita bohong yang disediakan untuk perbodohkan kita. kah kah kah

post scriptum 1 : yang berpangkat pandai pun kena tipu

post scriptum 2 : touch wood

post scriptum 3 (tiada kene mengena) : aku selalu terfikir macam mana hendak tarik balik percakapan atau kenyataan yang dibuat di dalam mesyuarat, di tepi-tepi longkang atau terhadap manusia-manusia sensitif. iya betul fikiran kita punya, bila sudah dikata orang punya. aku lepas silap berkata akan termenung sentiasa mengenang kata-kata bodoh atau jahat yang keluar dari mulut ini

tertekan sehingga menulis ketika masa sepatutnya aku makan

Monday, April 5, 2010

Aku dan Arowana

Lewat pulang dari pejabat tadi aku terus ke kedai akuarium. aku duduk depan kedai itu hampir 20 minit. tengok ikan kelisa memang mengasyikkan.aku betul-betul kagum dengan ikan kelisa. persekitarannya perlu kosong. tidak perlu batu-batan mahupun tumbuhan. ikan tersebut juga jenis yang menanda wilayahnya. jadi satu ikan kelisa memerlukan satu tangki yang paling kurang dalam 4-5 kaki. itu dari pemerhatian naif aku lah. cara ikan tersebut berenang paling aku kagum. terlampau cantik. berpusing sekeliling tangki dengan perlahan-lahan dengan badan yang tegap. dengan warna yang tidak menonjol tapi cukup menawan. bentuk sisik, warna, insang, mata, baris-baris sisik berbeza mengikut baka sekaligus menentukan harganya.

aku tidak pernah ingin membela apa-apa haiwan ternakan selain daripada ikan kelisa. pada aku kucing sepatutnya bebas. burung sepatutnya bebas. kelisa? nanti aku cerita. mungkin sebab sejarahnya ketika aku kecil orang tua aku sudah pun memiliki arowananya sendiri. serius aku cemburu. bila mana orang nak membeli ikan tersebut dengan harga ribu-ribu (belas atau puluh aku tidak pasti) mentah-mentah ditolak. ketika itu ikan kelisa tidak dijual secara komersial seperti sekarang. akhirnya kerana ikan tersebut terkena penyakit mulut bapa aku lepaskan sahaja ke tasik yang sekarang ini dipenuhi kelab-kelab malam. kerana masih kecil, aku tidak berapa ingat hal tersebut. apa yang aku ingat, semua tenang walaupun sedih ketika ikan yang bertahun-tahun menghuni rumah aku tersebut dilepaskan pulang ke habitat semulajadi. bukan ada forum untuk dicari penyelesaiannya ketika itu. kawasan rumah aku ketika itu pula jangan kata doktor ikan, hendak cari doktor binatang pun masalah.

beberapa kali aku cuba mencari alternatif kepada kelisa. tetapi tidak satu pun bertahan sungguhpun spesis ikan juga. seperti aku katakan tadi, aku kurang selesa melihat binatang dikurung. lemah. cuma semalam dalam kawan-kawan sibuk mencari kucing baka bengal (mungkin memelihara kucing hutan adalah satu trend sekarang) aku terpandang arowana golden tail, pearl dan silver. terus berkobar kembali. teringat sewaktu belajar dulu memang tidak mampu. hanya mampu mencuri lihat setiap kali ke pusat beli-belah yang ada kedai haiwan peliharaan.

hari ini. satu hari aku termenung. ada beberapa masalah lagi untuk aku pertimbangkan sebelum arowana itu dapat aku pelihara. Pertamanya, tidak satu perkara pun aku ketahuan berkenaan haiwan tersebut. bila forum dibuka, orang bercakap mengenai penyakit, ph air, saiz akuarium, jenis ikan kelisa, garam, penapisan air, uv, alga, pemakanan, pembiakan, lokasi, pencahayaan dan pelbagai lagi. jadi dari mana aku patut mula? mana atau dengan siapa perlu aku belajar?

keduanya adalah masalah logistik. memandangkan saiz akuarium tersebut minimum 4-5 kaki (mengikut pandangan majoriti) mana mahu aku campak peti tangki tersebut? bilik aku sudah cukup sarat rasanya. tambahan pula pendawaian elektrik rumah aku sensitif. mahu tidak bernafas kelisa tersebut. ketiga faktor kewangan. abang aku pernah cakap ikan mainan orang kaya. sebenarnya aku tidak peduli ikan yang aku pelihara tersebut ada harga atau tidak. mahal atau murah. tetapi mestilah kalau dapat hendak yang cantik. yang cantik itu pula walaupun anak 5-6 inci harga sudah beribu. ini tidak masuk tangki kelengkapan maintenance makan apa segala. mampu ke aku?

masalah keempat adalah faktor dalaman. aku tidak paham kenapa orang bela kucing dalam sangkar (maaf saya tahu anda ramai). Bukankah kucing itu sepatutnya bebas bergerak, melompat dan bermain walau di halaman rumah? bukankah kucing itu punya kuku dan taring. bukankah makanan kucing itu sepatutnya tidak membebankan tuannya? sama seperti burung. bukan ke hak burung tersebut untuk terbang bebas di langit biru. bergerak dalam kumpulan dan mendapat udara secukupnya? dalam kes ikan kelisa, pada aku dia memang bergerak sendiri, jika dipelihara kita dapat pastikan kualiti airnya berbanding air teh tarik dan sampah sarap yang terdapat di dalam air di permukaan bumi.

Cuma satu konflik yang sukar aku selesaikan jika ikan tersebut aku pelihara adalah masalah pembiakan. hei, ikan juga perlu mengawan. tetapi ikan jenis kelisa ini suka tuntut wilayah, jadi sukar letak dua ekor dalam satu akuarium. sekurang-kurangnya 5-6 ekor. itu pun masih ada kemungkinan untuk bergaduh melompat keluar cedera dan sebagainya. dan yang paling penting mana nak letak tangki gedabak kalau sudah 5-6 ekor. dan menurut pembiak-pembiak ikan kelisa, agak sukar membiak ikan tersebut di dalam tangki. perlu ada kolam separa semulajadi. itu pun cerewet. perlu diasing bila sudah mengawan dan sebagainya. jadi satu cara yang aku nampak hanya ternak seekor. walaubagaimanapun bukankah itu seperti aku tahan hak dia mendapatkan kegembiraan? menyekat nafsu binatang? hak memilih pasangan hidup? hak bersosial? hak mendapat anak? hak menyambung keturunan? hahahaha ya itu yang aku kusutkan.

Ini belum masuk masalah mencari masa. membersihkan tangki, memberi makan dan sebagainya. kalau arowah arowana tersebut, bukan ke aku akan rasa sungguh bersalah? di samping rasa rugi.

kadangkala aku terfikir cantiknya dunia ini, tidak pernah boleh aku miliki. cuma sekadar menumpang teduh melihat apa yang ada. berangan melihat ikan peliharaan ketika tertekan belajar. menghilangkan letih sekembali dari pejabat dengan melihat ikan di dalam bilik. hakikatnya aku masih di depan kedai melihat ikan kelisa berenang. dan tauke mula memandang pelik

Thursday, April 1, 2010

Motivasi

Orang kata motivasi perlu. hari-hari. bukan sebulan sekali. aku kata motivasi itu bosan. lagi-lagi kalau hari-hari. walau sebulan sekali. pada aku pergi ceramah motivasi, kem motivasi, seminar motivasi, kursus motivasi atau apa sekali gelarannya itu semua boleh dipertikaikan keberkesanannya. at least, itu dari pengalaman sendiri. dari pengamatan ke atas orang lain. ceramah pasal kecermelangan diri, balik tinggal sampah atas meja. tidak pernah pula aku tengok orang balik dengar motivasi berubah. kalau ada pun 2-3 hari.

kadang kala motivasi itu diambil dari kata-kata orang. penjajah selalunya. tampal di dekstop, jerit di kotak status. yang aku tahu untuk kes aku, hanya pengalaman sahaja yang mampu ubah aku. itu pun belum tentu. bukan kata pujangga, bukan lagu seniman. kadang-kadang aku fikir, peduli apa dengan kata-kata orang, dia bukan di situasi aku. yang kita sibuk-sibuk kehadapankan email berantai itu buat apa. kalau gambar, atau rasa sesuatu yang ditulis itu lain dari yang lain tidak mengapa, ini benda yang kau punya akal boleh fikir sendiri.

maka dengan ini aku ada cadangan. pinjam kata penjajah, reverse psychology. tidak tahu betul atau tidak aplikasinya. tidak kisahlah. mana tahu jadi. aku tulis sendiri supaya aku baca dalam bentuk kata orang. seolah-olah tulisan yang aku baca bukan tulisan aku.ehhehehe. jadi, di sini mulanya

network: jangan tidak balas sms atau telefon. jangan sekali. buat kawan baru seramai mungkin

rokok: kalau boleh berhenti, tidak boleh kurangkan, cara lain yang baru hendak cuba jangan leka.hisap perlahan-lahan. sedar tengah hisap. bukan tangan itu automatik seperti selalu terjadi ketika berbual di kedai mamak atau memancing di kolam udang.

agama: istiqamah. jangan ikut mood. buat permulaan jangan tinggal yang wajib

khianat: bawa ke satu peringkat berbeza selepas mengkhianati. kalau dikhianati senyum

masa: perlu dipancung. perlu produktif. jangan bazir satu saat!

janji: kau sudah keluarkan kata-kata.pegang. hormat diri sendiri

belajar: tidak akan habis. kalau habis maknanya kita padam

keluarga: tidak boleh diganti. tidak pernah sia-sia. perlu sabar dan tenang. perlu diutamakan

makan: kurangkan makanan berkarbohidrat. mengantuk, membuncit dan membuatkan anda menjadi malas

kahwin: lelaki lambat pun tidak mengapa

duit: jangan sibuk yang tidak ada. lihat apa yang dipegang

tidur: tidur awal supaya lebih produktif. tidak perlu merambu kecuali betul-betul berbaloi

sunyi: cari keluarga, kawan atau movie

kerja: jangan makan gaji buta. anda diberi amanah dan tanggungjawab

komunikasi: pandang ke bola mata. cakap dengan jelas. telan air liur

displin: kunci kejayaan. segala-galanya. kerja bertangguh tidak akan menjadi


dalam keadaan sekarang motivasi tidur sangat sesuai untuk diaplikasikan. kalau andainya semua ini tidak dapat dijadikan prinsip hari-harian. potongkan saya sedikit seluar slack!