Thursday, April 1, 2010

Motivasi

Orang kata motivasi perlu. hari-hari. bukan sebulan sekali. aku kata motivasi itu bosan. lagi-lagi kalau hari-hari. walau sebulan sekali. pada aku pergi ceramah motivasi, kem motivasi, seminar motivasi, kursus motivasi atau apa sekali gelarannya itu semua boleh dipertikaikan keberkesanannya. at least, itu dari pengalaman sendiri. dari pengamatan ke atas orang lain. ceramah pasal kecermelangan diri, balik tinggal sampah atas meja. tidak pernah pula aku tengok orang balik dengar motivasi berubah. kalau ada pun 2-3 hari.

kadang kala motivasi itu diambil dari kata-kata orang. penjajah selalunya. tampal di dekstop, jerit di kotak status. yang aku tahu untuk kes aku, hanya pengalaman sahaja yang mampu ubah aku. itu pun belum tentu. bukan kata pujangga, bukan lagu seniman. kadang-kadang aku fikir, peduli apa dengan kata-kata orang, dia bukan di situasi aku. yang kita sibuk-sibuk kehadapankan email berantai itu buat apa. kalau gambar, atau rasa sesuatu yang ditulis itu lain dari yang lain tidak mengapa, ini benda yang kau punya akal boleh fikir sendiri.

maka dengan ini aku ada cadangan. pinjam kata penjajah, reverse psychology. tidak tahu betul atau tidak aplikasinya. tidak kisahlah. mana tahu jadi. aku tulis sendiri supaya aku baca dalam bentuk kata orang. seolah-olah tulisan yang aku baca bukan tulisan aku.ehhehehe. jadi, di sini mulanya

network: jangan tidak balas sms atau telefon. jangan sekali. buat kawan baru seramai mungkin

rokok: kalau boleh berhenti, tidak boleh kurangkan, cara lain yang baru hendak cuba jangan leka.hisap perlahan-lahan. sedar tengah hisap. bukan tangan itu automatik seperti selalu terjadi ketika berbual di kedai mamak atau memancing di kolam udang.

agama: istiqamah. jangan ikut mood. buat permulaan jangan tinggal yang wajib

khianat: bawa ke satu peringkat berbeza selepas mengkhianati. kalau dikhianati senyum

masa: perlu dipancung. perlu produktif. jangan bazir satu saat!

janji: kau sudah keluarkan kata-kata.pegang. hormat diri sendiri

belajar: tidak akan habis. kalau habis maknanya kita padam

keluarga: tidak boleh diganti. tidak pernah sia-sia. perlu sabar dan tenang. perlu diutamakan

makan: kurangkan makanan berkarbohidrat. mengantuk, membuncit dan membuatkan anda menjadi malas

kahwin: lelaki lambat pun tidak mengapa

duit: jangan sibuk yang tidak ada. lihat apa yang dipegang

tidur: tidur awal supaya lebih produktif. tidak perlu merambu kecuali betul-betul berbaloi

sunyi: cari keluarga, kawan atau movie

kerja: jangan makan gaji buta. anda diberi amanah dan tanggungjawab

komunikasi: pandang ke bola mata. cakap dengan jelas. telan air liur

displin: kunci kejayaan. segala-galanya. kerja bertangguh tidak akan menjadi


dalam keadaan sekarang motivasi tidur sangat sesuai untuk diaplikasikan. kalau andainya semua ini tidak dapat dijadikan prinsip hari-harian. potongkan saya sedikit seluar slack!

2 comments:

  1. zig ziglar quotes ' People often say that motivation doesn't last. Well, neither does bathing - that's why we recommend it daily."
    peace.=)

    ReplyDelete