Tuesday, February 26, 2013

Di Puncak Itu

Di puncak itu
bawah naungan pepohon
di tiup angin petang
redup

pada melihat kesempurnaan alam
yang sentiasa seimbang tanpa cacat cela
mengerti kerdilnya diri
tetapi diciptakan dengan tujuan

berjanjilah pada diri
yang kita takkan sesekali membenarkan diri ini
menjadi 'biasa-biasa'

Thursday, February 14, 2013

Bicara Spontan

Orang selalu berkata
sebelum memimpin orang lain
pimpin diri sendiri dulu

orang jarang kata
pimpin diri sendiri itu lebih payah
dari mengarah orang lain

jangan sampai dikeji masyarakat langit
kerana cakap tak serupa bikin

displin diri
segalanya takkan mustahil
gerakkan sendi
walau terpaksa
perah kudrat
tak kira masa
dan bila rutin menjadi tabiat menjadi ketagihan menjadi refleks
pekerjaan yang berulang-ulang akan menjadi mudah

tenang dan fokus
kalau dapat disulami dengan ikhlas
itulah pekerjaan terbaik

Sunday, February 10, 2013

Kitaran Hidup Seorang Pencacai

Di sekolah bodoh sombong
start kerja biasa-biasa
melobi bagai nak rak
pakai kabel broadband pakai line politik
kipas aircond jilat bodek ampu ape boleh

maka banyaklah jabatan-jabatan diswastakan
agar peluang menjadi ketua pengarah lebih banyak
siapa tak hendak pencen turus?
pencen jusa dah terlebih dari cukup

di dalam hati mereka bukan tidak rasa bersalah
sanggup menyorong muka, diperintah, menegakkan benang basah
tanpa maruah, kebanggaan atau jati diri tanpa prinsipal
diibarat anjing yang menunggu arahan tuan
salah dibenarkan benar disalahkan
tidak berpeluang membuka minda membuat keputusan sendiri
menentang langgar undang-undang langit
semata mempertahankan kepentingan darjat duit

jauh disudut hati. terbisik olehnya
dah pencen besok duit dah banyak
selalu lah ke masjid
di masjid ustaz pun nak disekolahkan
dah terbawak-bawak perangai berpuluh tahun
dah tak boleh berubah
tengah-tengah ceramah pun boleh menyampuk menengking
apa jadi dengan tua besok aku insaf lah
kalau hidup sampai tua

tertipu dengan diri sendiri

Tuesday, February 5, 2013

Status Malam Ini

Tidak perlu dikhabar yang berat-berat
dewasa ini orang malas baca
lagi bab agama, bab politik, bab akademik
tak caya cuba tampal status di laman fb

"saya suka menonton video di malam hari"

habisnya bergosip umpat