Wednesday, August 25, 2010

Tired of this Sheet

Do not talk about religion
people do not care if u tell them how wonderful it is
just put your soul in it and be the message

do not talk about racism
when you are fighting for your own people

do not talk about helping the poor
when you never live like one
and leave the country as you please

do not play victim
and ask for sympathy
justifying your weakness

do not talk about union
when you realize you are losing
for goodness sake, fight like a man

if you are sick
do you wish to be treated like a sick person?

and please stop telling
what is good for me
i may be stupid
but i do not shout it out loud

Sunday, August 22, 2010

Wadah Adiwira

I'm a superhero
without yellow or red spandex

ask me for forgiveness
i can guarantee you
it's not mine to give

beg me for love or money
those demands will never be met

i know nothing about fashion
who gives a flying freak about that world anyway

i might solve people's misery
perhaps i'll try to fix a broken mirror
should u ask for help
i shall try

wisdom. is all i have

Thursday, August 19, 2010

Berlari

Rasa macam nak duduk atas batu
mengadap laut ketika subuh
berbual sepatah-sepatah
tanpa tergesa tanpa selindung
tidur ketika manusia bangun
berkurung ketika panas membahang
mata yang tadinya jernih
memandang tajam

Wednesday, August 4, 2010

3 Peringkat Penaklukan Kejahatan- Satu Doktrin

Ideologi Saladin ini aku olah sendiri dari pemerhatian sendiri dan orang lain dan kemudiannya didoktrinkan (konon-konon la, berangan tulis tesis phd nie). ia melibatkan individivu, masyarakat agama dan negara. walaupun kata penjajah dicampur dengan bahasa melayu, dan ditulis secara semberono, make sure kalau dah start baca habiskan. sekerat-sekerat atau hujung dan pangkal tanpa tengah akan membantutkan usaha menyampaikan mesej.

Fasa 1: Jahat Memasing

Pernah kita terpikir tak. Dalam dunia ini ramai orang berkongsi idea keamanan. tapi tak pernah takda perang atau konflik. Kenapa majoriti orang baik dalam dunia ini 'dikeluarberatkan' oleh golongan jahat yang sedikit?

bermula dengan dengan kubur masing-masing. bermula dengan diorang nak korup diorang punya pasal janji diorang tak kacau periuk nasi aku. bermula dengan jgn busy body hal orang. bermula dengan gaya hidup moden kondo mewah hal memasing. bermula dengan asal tak macam zaman jepun dulu sudahlah.

zionis itu tidak ramai. terrorist itu tidak ramai. kroni rasuah itu tidak ramai. pelacur itu tidak ramai.

yang cinta aman itu ramai. yang beragama itu ramai. yang tidak suka kekejaman itu ramai

sinilah mulanya titik penularan kejahatan. sinilah relevannya amar makruf nahi mungkar yang sesetengahnya laung-laungkan kononnya pendukung. sinilah benih-benih bayi dari tong sampah. sinilah lesen tv untuk menjadi semakin ganas dan lucah. beginilah nasib mahsuri

-bila orang baik berdiam diri. bila majoriti menjaga periuk masing-masing.

timbul ragu status orang baik salah dari undang-undang kah, dari nilai moral kah, salah di sisi agama kah, ada prinsip sendiri kah

maka adakah wajar dipersalahkan si baik tadi bila disentak

'bapak aku tak bising aku tak pegi semayang jumaat kau nak kecoh'
'kau sibuk-sibuk budak-budak tue merempit kang rumah kau diorang bakar'
'ala kalau aku tempat diorang pon aku buat'
'orang bergaduh, baik aku lari, kang tak pasal-pasal tercabut telinga''
'biarla harga garam dikurangkan subsidi , tak elok pon garam berlebihan, even dato' dalam tv tu pon makan takda garam'
'apa syurga neraka kau maintain'
'aku bab ah long ah long ini aku memang cuci tangan'

apa jadi lepas tu?

***

Fasa 2: Jahat Mana Sedap

Satu kejahatan jika diulang-ulang dan pelakunya semakin bertambah, ia secara automatiknya akan menjadi lumrah. kita tahu itu jahat tapi kita dah biasa. kita diamkan. kemudian sampai satu hari masyarakat itu sendiri lupa mana yang baik mana yang jahat. satu hari nanti gugur bayi sesuka hati mungkin dibenarkan undang-undang. rasuah mungkin dibenarkan undang-undang. if that happens, i would say, legally u are right, morally u are freaking ball hole. it's legal but it's still wrong!

dan akan menjadi lebih keliru bila individu atau masyarakat mula mengamalkan sikap yang mulanya tadi dianggap jijik, dianggap keji atau dianggap salah dari pandangan agama,masyarakat atau undang-undang. maka wujud satu budaya memperbandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lebih teruk atas nama justifikasi, atas nama tidak hipokrit dan atas nama generalisasi.

maka bertempik la kenyataan memperbandingkan. harga sini dengan harga sana. haram ini haram itu. salah bermaruah salah hina. yang biasanya of course akan dibandingkan dengan satu premis yang jauh lebih teruk

aku ni tak pakai tudung tapi aku still virgin compare ngan perempuan bertudung semua tue yang dah dah barai
- justifying benang basah by generalizing your statement that affects millions is not okay at all

kita bukan rembat tanah orang asli. kita cuma bagi diorang rumah yang lebih selesa
- susah nak beza antara hak di bawah ekuiti dengan orang yang memang malas berusaha duduk melantak duit gomen

arak aku tak minum, haram. dadah undang-undang je larang
-kalau terbalikkan undang-undang ok tak?

robin hood itu walaupun mencuri tetapi dia tolong penduduk.
-niat menghalalkan cara?

walaupun Mimah tak sembahyang dia tak kacau orang.
- tak semayang tak jahat?

baik beli cetak rompak je daripada ori, bukan elok pon dvd tue
- sokong? hehehe

agama lain dunia lain
- agama mana yang pisahkan?

aku mulut je jahat, hati baik
- bezakan dengan muka jahat hati baik

hisap rokok okay lagi, dari hisap dadah
- cuba banding dengan orang tak hisap apa-apa

walaupun aku minum arak, babi aku tak makan, geli doh
- hahahha. hahahha. gi cakap kat cermin

aku berjudi tapi duit tu aku tak buat makan
- gila murni sanubari kau

Islam menggalakkan kita jadi penyayang. maka dengan anjing pon kita kena penyayang. Nabi pun bagi anjing minum kat anjing tengah padang pasir pakai kasut dia
- baca kitab tak abis. penjajah kata little reading is dangerous

si polan nie meliwat. salah di sisi agama Islam. elok kita baling batu kemudian rejam
- definisi zina please, jap zina ok ke?

maka wujudlah stigma yang selayaknya dibuang ke dalam longkang

***

fasa 3: Jahat berangkai-tangkai

Inilah fasa di mana individu atau masyarakat itu menjadi tidak lagi terkawal. bila ilusi menguasai minda. bila kekaburan dianggap jelas. bila jahat dibudayakan dan diadatkan.

sebelum diceritakan kesinambungan doktrin ini. cuba kita renung kejap

hak masyarkat biasanya mengatasi hak individu. depakan tangan anda seluas-luas.tiada masalah. sekali terback hand muka orang, anda dalam masalah. ini termasuk hak kebebasan bersuara dan sebagainya.

mulanya kita biar orang tampar anak sendiri.
bila orang tampar anak kita, kita mula kuatkuasa undang-undang.
kita generalisasikan bahawa menampar budak itu salah.
maka pada satu masa budak-budak pulak tampar makbapak
takkan pada masa tue budak-budak nak terima undang-undang yang mengatakan mereka boleh ditampar kembali?

masih konpius?
mudahnya bila seseorang diberi kuasa, bukan mudah hendak lepaskan.
senangnya penjajah kata power corrupts and absolute power corrupts absolutely.
karut tapi benarnya spiderman kata great power comes with great responsibility.
apa jadi bila stigma great power comes with big opportunity?
maka kita mula bertanya, adakah seorang pemimpin itu eloknya dulu hidup susah so dia tau camne jadi orang susah atau lagi elok seorang pemimpin itu sebelum memimpin dia dah kaya so that dia memang lebih nak bantu orang

di mana kesinambungan Fasa 3 ini. jahat berangkai bermula dari memilih jahat sedap tadi. mula mula kita pilih. lepas tue kita samakan sahaja.

dah alang-alang minum arak rogol sekali.
dah alang-alang berkuasa baik aku sapu semua selama mungkin sebelum kalah pilihanraya.
little reading is dangerous so i dont read at all. the more we study the more we forget, why bother to study in the first place?fine tak jahat. bodoh je
dari kau bela anak haram tu baik kau buang je
aku kalau sorang dari keluarga tu aku benci, satu keluarga dia aku buang
alang-alang ponteng, biar sampai ke petang
budak pon aku tembak, kau bising-bising nie ingat aku tak berani tembak?
aku kencing berdiri. mana boleh sembahyang

nampak?

sempena nak bulan puasa nie aku nak cakap hal ibadah orang Islam sikit. soalan peberet orang dok tanya aku dengar. boleh tak seseorang puasa tapi tak sembahayang?atau sebaliknya? sembahayang tu kan tiang agama? batal tak puasa dia? kira asing ke kira sekali?hehehe skarang, selain pemahaman Islam itu agama yang lengkap, kena ambil keseluruhan, aku ada idea jawapan sendiri

orang itu masuk dalam kategori pilih jahat sedap :D

Friday, July 23, 2010

Puisi Bersama

Tegaklah berdirilah
jiwa senyap yang berfikir
ini masa dan ketikanya
ini pentas kita
ini permulaan yang kita warisi
kisah untuk anak cucu

mereka datang bagai angin menderu
bertalu-talu, pantas dan terus-terusan
rawak di segenap sudut
meruap tanpa tersekat

mereka datang mencari madu
mereka takluk hutan dan bandar
bergerombolan berbondongan
penuh haloba kuasa

tetapkan hati bulat nekad
ketirisan perlu kita kandungkan
yang seleweng kita kembalikan
melintang kita patah
lihat apa diajar yang sana
untuk kita yang disini

tanam dan simpan dalam benak
apa sangat juang kita
malu kita dengan yang sana
terpenjara dalam kebebasan
dihalau tanam tanah sendiri
dikhianat saudara sendiri
dibiar bersendiri

dianiaya dirosak difitnah dipijak
diperkosa ditindas diratah ditijak
sosok tubuh yang merana
bukan yakinnya, bukan semangatnya
bukan ruhnya, bukan rohnya

diruntun tembok itu
pacaknya berdiri kukuh
tidak terlawan dek batu
tidak tertangkis dek sepanduk

cukup-cukuplah bersedih, merintih meratap
terlalu lama kita bersabar
akur, malah tunduk
seolah redha

atau masih ada ruang bergelar pejuang?
masih diberi kesempatan untuk terkorban
masih mentah manusia untuk belajar
singkat masa terasa lama

bangkit bangun dan mara
dari segenap pelusuk
kita yang tak pernah kenal
bersatu
demi dan atas satu nama

damailah tenanglah
wajah senyum yang menang
kalaupun tidak sampai hayat melihat
senyum kamu dalam tidur

Friday, July 16, 2010

Taklik

Mari bercakap mengenai akad nikah. ikut undang-undang syariah negeri pihak lelaki ketika majlis ijab qabul perlu melafazkan taklik ketika bernikah. ayat dia lebih kurang macam ni

' dengan ini saya si polan bin so polan berjanji sekiranya saya meninggalkan isteri saya si pulun binti si pulun selama 3 bulan berturut-turut tanpa nafkah dan dia mengadu kepada pejabat kadi, maka jatuhlah talak dengan nilai seringgit'

aku bukan pandai sangat cakap bab-bab agama ini. tapi lebih kurang macam tu la bunyinya. pegi rujuk borang-borang nikah tu kalau nak yang tepat. masalahnya bukan kalau lelaki kena pegi khidmat negara 3 bulan atau kene jadi tentera kawal sempadan. selagi bini tu tak ngadu ke pejabat kadie selagi tue tak jatuh. tapi aku pernah tanya pada sekumpulan lawyers, boleh tak tinggalkan duit sebelum pergi. lawyer A jawab nafkah ada dua, zahir dan batin. lalu lawyer B bertanya kepada lawyer A (kedua-dua lawyers dalam cerita sebenar ini perempuan ye). kalau tinggalkan vibrator sekali boleh ke? Lawyer A memandang lawyer B lalu berkata ' can u cum with it'? aku hanya mampu geleng kepala.chewah

tak kesahla. masalah yang ingin difokus lain kat sini. mak bapak aku dah lama cite benda nie kat aku sebab diorang tak setuju. memandangkan aku ngan diorang datang dari generasi berbeza maka ada masanya aku tak setuju dgn pandangan diorang. tapi kali ini aku rase aku setuju dengan diorang.

sebelum itu aku try kongsi apa yang aku rasa aku tau. taklik nie bukan taklid.taklid lain. taklik ini bila mana lelaki lafaz cerai gantung. aku suka panggil cerai pending. kira kalau cam lelaki cakap, 'kalau honey jumpa lagi ex boipren honey, abg ceraikan honey'. maka sebaik sahaja isteri tadi dengan sengaja jumpa ex boifrennya maka jatuhlah talak satu..kalau syarat suami dia talak tiga maka tiga lah. tapi bukan bermaksud boleh taklik pelik pelik. contoh 'kalau honey keluar rumah, maka abg ceraikan, ceraikan dan ceraikan honey'. bila jadi macam ini ada dua isu. satu isu 3 kali cerai yg disebut dikira satu talak atau 3 talak?ade khilafiah persoalan ranting di sini mengikut mazhab asing-masing. tetapi isu keduanya, matilah isteri tue tak keluar rumah sampai kojol. so jangan memandai lafaz taklik sesuka hati.

berbalik pada masalah yang aku setuju dengan mak bapak aku tadi. adakah patut, kau baru je akad nikah tibe2 kau gantung talak?haaaaaaaa. n this pending talaq will remain until one of them past away.jujurnya aku sendiri tak ter sanggup lafaz taklik sebegitu. tapi bila tanya lawyer2 tadi diorang jawab 'it's to protect women'. kira cam tak bergantung tak bertali lah. aku cakap kan ada cara lain, tebus talak misalnya. dia jawab 'why should we pay, it's their mess'. aku terdiam.

jadinya bila suami berangan jadie bujang balik selama setahun, isteri pergi pejabat kadi ngadu bayar seringgit, maka bebaslah perempuan itu dalam tempoh eddahnya. itu konsepnya. sama mcm dalam konteks jumpa ex boipren honey di atas.

masalah timbul semula bila abg aku nak kahwin. mak aku leh taknak ada taklik tue. sampai berhujah ngan mufti perak ketika itu. sahibus samahah itu cakap itu keperluan undang-undang. maka sejak tika itu even sebelum politik kencang melanda perak mak aku dah tak geng dengan beliau. hahhaha

akhirnya lafaz juga. maka kejadian seterusnya berbangkit ketika aku kene hadir kursus apetah. consultant nie merapu la pasal sister in islam ape semua, then cakap pasal hak wanita termasuk lah taklik nie. aku bisik kat orang sebelah, baru kawen dahhh cerai. malangnya dia dengar pulak. cis memang telinga politik betul. muka dia macam nak makan aku (dia nie lelaki). then tanya aku. siapa cakap kat awak macam itu? orang bodoh je yang akan cakap macam itu. tibe-tibe berdesing telinga aku. tapi memandangkan rekod aku yang tak berapa nak baik buat aku teragak nak berdebat benda-benda gini. aku diam pasrah (walhal dalam hati cilaka kau satu hari ini aku kena sabar kau merapu cakap benda tak base fakta tibe-tibe masuk bab nie aku kene bodoh pulak).

keluar dari topik jap. takde kene mengena ngan isu tadi. one thing bout consultant nie main purpose diorang of course la duit. kebanyakannnya gomen pencen awal jadie speaker atau motivator hari2 cakap benda sama utk kursus/seminar/training/team building tah apa karut semua. and semua pike diorang bagus. padahal bila diorang bukak mulut je aku rasa macam nak muntah dengar. gi balik sambung belajar lah. yer banyak juga yang diorang tau, tapi kalau ye pon humble lah sket. nie macam kau je lah sorang berdiri tengah dunia tau segala benda. memang lah kau selalu buat kursus tapi tak bermakna kau boleh stop belajar. cari cabang ilmu lain atau dalamkan ilmu lagi, jadi kurang sket nampak bodoh bila bercakap.okeh dah cukup luahan perasaan.ingat takda dendam pasal isu tadie. nie pendapat secara rawak.

balik-balik cite tadi, alasan yang diberikan oleh penceramah tadie agak tipikal la. hak wanita, protection apa semua. aku paham. nothing against feminism walaupun kadang-kadang aku pelik apa yang dijuangkan lebih2 dan apa yang nak dibangunkan sangat. kalau aku jadi mp aku ingat aku nak cadangkan kementerian pembangunan wanita diganti dengan kementerian undang-undang. bukan ke dengan undang-undang boleh protect diorang. yang sampai ada kementerian sendiri nie kenapa? okey maybe ada yang terasa sini tapi aku membebel nie pasal aku taktau. cuba terangkan kan sedikit selain dari hal keluarga, masyarakat apa relevan nya pembangunan wanita sampai nak kene ada menteri pasal pembangunan wanita je? isu-isu hak wanita nie dah lama kot dibincangkan. tak setel2 lagi ke. poligami, faraid, kerakyatan, pm perempuan, agensi penguatkuasaan takda perempuan, wanita tunggal tak terbela. isu-isu ini patutnya dah lama berzaman ditangani. tapi entahlah.aku tak duduk dalam tue jadi tak adil untuk aku menghukum. tapi macam biasalah, kondem gak. baru melayu. oleh itu rakan-rakan yang ada penerangan mengenai nya boleh lah kita berkongsi pendapat. mintak tolong jelaskan pada saya yang naif lagi innocent nie.

so balik-balik-balik pada persoalan taklik tadi. aku masih bingung. antara cerai gantung dengan hak wanita dengan keperluan undang-undang.buruk lah aku kalau terpengaruh ngan vows orang putih 'till death do us apart' tapi at least ungkapan tersebut satu ungkapan berkobar lagi dramatis yang membina. bukan mencodong ke arah barat daya. entahlah

Thursday, July 8, 2010

Kekasih Gelap

Satu daripada masalah kekasih gelap, kekasih gelap takkan gelap selamanya. samaada dia menjadi terang atau terus hilang. akan ada je yang akan sakit hati. dan untuk kali keduanya sejak berlalu masa itu aku terpaksa tipu diri sendiri. memisahkan apa yang dirasa dengan apa yang sepatutnya.

fall dengan pengedar dadah, tukang urut, gro, pendatang tanpa izin. kira kekasih gelap ke? atau kita saja labelkan walhal mereka seperti kita juga? sama jahat sama tamak sama sunyi?

aku yakin ramai memang dah terperangkap dengan skandal-skandal tersebut. dan aku taktau berapa ramai hidup ke anak cucu. berapa ramai kebal ditohmah masyarakat. cuma aku nak amik pendekatan berbeza. betul kita sama jahat sama dengki tetapi bukan semudah ingat prinsip matematik. (-)+(-)= (+) atau (+)+(-)=(-). (simbol2 ni nampak pelik :P). pada aku setiap yang negatif perlu dipositifkan dahulu sebelum sama-sama menjadi positif.(+)+(+)=(+) (muhahaha lagi pelikk). sebelum mana-mana pihak berjaya dipositifkan aku rasa dua-dua sengaja cari nahas kalau nak terus jugak

aku nak amik jalan mudah. ingat pemikiran masa mula-mula dulu. kalau dulu memang tak niat ape2 hati kena kering. biarlah. kata penjajah what could be worse?

Saturday, June 26, 2010

Wayang Kulit Moden 1: Lagenda Tak Syaitan

1. Filem melayu telah acapkali dikritik, disundal, dikutuk dan dicemuh. sudah tertanam dalam persepsi masyarakat filem melayu tidak boleh pergi.

2. mari kutuk lagi. lagenda konon

3. kita sudah dapat mengagak jenis homo sapien yang akan hadir memeriahkan majlis berdasarkan cerita yang ditayangkan. maka untuk cerita ini datanglah kapel-kapel yang bakal dikepal pada malam hari, perempuan-perempuan yang datang dalam kumpulan untuk melayan jiwang dan hampir semua berbangsa melayu.tiada yang menegak atau mengembang

4. kalau di barat, kebanyakan filem adaptasi novel akan diubah sedikit jalan ceritanya, ini memotong segala stim yang ada. namun pendekatan ini sedikit sebanyak menghilangkan cliche. novel melayu yang aku baca tak banyak. pilot cafe dan lagenda budak setan adalah di antaranya. jadi sedikit sebanyak adengan-adegan panasnya masih segar dalam ingatan. tidak banyak yang menyimpang dan diubah. tidak kreatif atau disengajakan?

5. bila tengok filem ini aku tercarik-carik mana setannya. kalau setakat bergaduh pasal main bola, letak cicak dalam coke takde la setan mana. tue nakal comel namanya. ohh lupe plak satu part, time mak surihani nazak. time-time nak mampos wal kujul tue la nak demand anak kawen dgn menantu pilihan. bawak la ngucap ke.wasiat ke. tak ingat itu dirancang ke betul.tapi tak kesah la. patutnya makcik tue dapat gelaran syaitan.baru betul. teringat aku kat cerita mask of zorro.last-last zorro lama suruh zorro baru kahwin ngan anak dia, catherine zeta jones. masa aku tgk tue takda plak aku menyumpah hahha.mungkin sebab itu cite kapir.atau mungkin aku tgh concerntrate imagine apa yang aku jadi lepas tue. atau mungkin adengan mati dia relax sikit. takde kelam kabut. konon mati dengan tenang.haish ape cite zorro plak nie

6. aku tgk akashah ngan gilpren dia macam nak cium tapi tak cium-cium. bengang aku. dah gersang sgt cium je la. baru basah sikit. hahahha. kata syaitan. tapi karang kena ngan lembaga penapisan filem plak. owh bercakap tentang itu aku selalu terfikir sapa duduk dalam board tapis filem. apa hak diorang nak menapis moraliti masyarakat. apa standard yang digunakan? rogol takpe adengan jimak suami isteri tidak boleh? pegang tangan takpe cium bibir tidak boleh? pegang buah dada tak boleh tepuk bontot okey? mencarut tak boleh milf boleh? berkemban takpe pakai seluar dalam je tak boleh? kalau nak tapis tapis betul2 la

7. memang ada budaya hippy di kolej-kolej dalam malaysia ini tetapi belum secara keseluruhannya. bila aku tengok budak-budak dalam cerita tue aku rasa macam dalam filem the oc. tinggal takde seth cohen je. apa motif kau tonjolkan budaya huha dalam filem. tunjuk je la realiti kampus kita. macam mana pelajar dikongkong kebebasannya. bagaimana ada pelajar dari golongan miskin. ada tempat-tempat buruk dalam kampus. ini kalau nak perfect je baik buat marketing terus. dah terbukti kan kita suka tgk realiti. kalau dilihat filem yasmin ahmad, cantik sangat ke panorama dia? cool sgt ke? kitakan suka tgk benda sebenar. macam realiti tv la. suka tgk orang nangis.suka tengok orang nyanyi. suka tgk orang jadi imam. suka tgk orang makan benda pelik-pelik. masih nak buat semua perfect? itu kelemahan filem melayu paling ketara bagi aku. kalau filem pasal businessman ke,loyar ke doktor ke, aku serius lemah. serius lemah. tak payah la aku komen. korang mesti dah boleh bajet apa doktor akan cakap. arkitek dressing camne. rumah pajabat kereta gaya apa. mcm bongok. ada lah percubaan untuk menjadikan filem melayu sedikit santai. ada adengan di gerai atau mamak, atau tepi longkang, dalam jamban. tapi pelakon perempuan nya dressing mcm nak pergi jalan p ramlee malam new year. apa buat selekeh takda makeup tak best ke?

9. bagi siri televisyen dan filem luar negara, kajian serius untuk skrip dilakukan. ada kalanya sehingga bertahun-tahun. jadi kita tgk dialog diorang pun kelakar je. takpun sarcastic, double meaning, plain stupid. skrip di sini? bukan suruh buat bertahun-tahun. tak sampai setahun pon boleh tapi kamon la, keluar dari kukun kukun dan kepompong.

10. di pertengahan jalan, wanita di kiri kanan aku mula naik syiekh. kalau mula-mula tadi gelak dan cool tibe kat tengah cerita keluar la remarks *eyy binatang benci betul la aku lelaki mcm nie* sambil merujuk lakonan qhaidar. hahahha personally aku pon menyampah tgk mamat tue tapi lakonannya sedikit sebanyak memberi kesan pada yang tengok. kira hebat la tue hahhaha.

11. sebenarnya banyak lagi aku nak komen. sambil tgk tue mcm2 aku pike.banyak nak kondem dari nak layan movie. tapi malas aku nak buat remarks dalam tue. potong awek-awek tgh nak lap hingus. aku diamkan je. sekarang dah lupe dan nak tgk balik semata-mata nak komen aku tak sanggup.serik

12. bukan salah sesiapa tetapi secara tersiratnya ade mesej-mesej yang mungkin tidak sengaja terselit dalam cerita tue. cerita pasal tak virgin, budak-budak sekolah tengok apa diorang rasa?it''s okay not to be a virgin since i still get one hensem chap? pastue bila anak keluar berlambak-lambak terbuang taknak pike kenapa? mesej lain aku tgk macam dalam cite papadom gak, kursus-kurus seperti seni filem, fotografi digembar-gemburkan. dipandang tinggi.aku taknak kecilkan mana-mana bidang. itu semua orang kata fardu kifayah wal kena ade umat melayu yang gheti. tapi apa kesannya pada budak-budak sekolah. kalau dulu tanya cite-cita saya nak jadi doktor, majistret, polis, pemandu lori, bomba, tukang urut. sekarang kita dengar lah mascom, teater, tarian, seni tampak, jahit manik apa karut semua. boleh nak jadi boleh. tapi cuba la try yang mencabar dulu. try jadie saintis dulu ke. try jadi ahli kimia dulu ke. ini kalau baru darjah satu nak jadie mcm paris hilton, gila diva.cuba cite kat aku industri kita duduknya di mana. hadoi. apa p ramlee tue tk cukup hebat ke nak jadi jutawan? aku ingat macaulay culkin tue berlakon 2 kali home alone dah jauh tinggal. sama la kalau kau tulis sastera kat sini. j.k rowling tulis cite khurafat lagi kaya. hadoi

13. dalam topik lain. 2-3 orang tanya kenapa tak update blog. heheh mari aku buka satu rahsia. aku dah ada anak

14.wahahhahahahhaha.percaya tak? takda lah sebenarnya aku tak update nie ada alasannya sesuai dengan tuntutan televisyen dicipta. aku layan world cup. hahah ada gak yang tanya aku layan world cup ke? ye tuan-puan saya tak tgk epl tapi world cup saya tgk. saya juga tidak lah berkaki bangku malah pernah ditawar untuk bermain bersama kelab belanda. namun saya tolak kerana ajax bunyinya macam pencuci lantai

aku tgk filem nie pon hari pertama piala dunia ditayangkan.hah ini gambar aku rakam keluar dari menonton.tgh lautan manusia tue ade 2 orang manusia bangun menyanyi lagu yang aku pasti lagu resmi negara asal mereka. mula aku fikir. katakan kat trafalgar square diorang bukak skrin besar. malaysia main, ada tak 2-3 orang yang akan bangun nyanyi dengan bangga dan semangat?



ini bukan cite kalau dah 10 orang kat situ, nie cite 3-4 orang je. takpun korang buat gitu kat russia ke, kat zurich ke jordan ke. ade beran?

Friday, June 4, 2010

Ralat Buat Kamu

Bawah punya post kait sikit dengan obe punya blog la. perlu link ke? sila jangan meroyan. atok aku sudah meninggal bertahun

sekian

Monday, May 31, 2010

Kata Penjajah: Lives By The Sword, Die by The Sword

Hari terakhir bulan ini. Ada 2 post hari ini. satu bergambar. ada gambar ada pembaca. itu hukum kapitalis ekonomi dalam dunia blog masakini. memang mimpi lapang untuk menulis. kebetulan 3 bulan kebelakang ada 7 kemasukan (entry!!!). Jadi berazam tiap-tiap bulan 7 kemasukan. hehe. dah la baru ini tidak dapat berebut jersi nombor 7. nombor 10 pun jadi. baru Roberto Bagg10 dan Mokhtar Dahari.

Untuk tulisan masa depan, berazam juga untuk menulis dengan menyelitkan unsur santai sesantai sikit . lebih bob mesra pembaca. ini juga mungkin kerana pengaruh blog yang satu itu bercakap mengenai kesenian dan golden rulenya. kira kalau boleh memberi kesinambungan dengan cara sendiri tanpa menyokong sepenuhnya.

kaveat di sini bahawa yang menulis ini langsung tidak berseni. mengambil gambar sekadar rakam detik waktu. petik gitar terselit jari. lukis pokok jadi ayam. pendek cerita, pengetahuan tentang seni- hampir kosong. tulisan ini hanya sekadar 2 sen saya

tulisan itu ada unsur seni, puisi itu berseni, mengambil gambar satu seni dan ilmu rekaseni laman web satu seni. digabungkan seni-seni tersebut menjadi satu blog menjadikannya bahan bacaan yang ditagihkan. lain yang menulis kerana muntahkan isi hati. lain yang ingin manfaatkan kamera beribu. lain yang cintakan satu seni tanpa pedulikan seni-seni yang lain.

untuk mereka yang ingin berseni. tarian, lukisan, bermain gitar, seni tampak, seni pertahankan diri, apa-apa jualah. fikirkan beberapa perkara. pertama-tamanya anda bertanggungjawab dengan seni anda. katakanlah anda suka berpuisi. mungkin puisi itu lontaran suara idea-idea yang memenuhi otak. cumanya terkadang pembaca itu tidak mempunyai minda yang mengembang. maka wujud komen-komen yang menyokong membuta tuli, sedih tidak tentu pasal atau bermenung durja tidak bertempat di laman-laman tulisan bahkan status fb sekalipun. sangat tidak rock dan mencabar minda. ataupun anda lolong-lolongkan sajak syair anda guna nada atau perkataan yang meratap. contohnya; "hancurrrrr hati ini, bila meLIHAT,gagak-gagaaak ditembak. ptush ptush".

anda mungkin menjiwai, mungkin terkesan dengan apa yang sendiri ucapkan. tetapi bagaimana yang lainnya? apakah kalau aku tidak tersentuh dengan apa yang disampaikan hati ini terlalu keras? mungkinkah mesej itu boleh disampaikan dengan bersahaja tetapi maksudnya sampai? atau dengan intonasi yang berperasaan tetapi tidak keterlaluan? bukan itu lebih menarik? yang lebih kelakar bilamana yang melihat mendengar histeria tidak tentu fasal. cuba buka minda. kawal perasaan. apakah itu ajarannya? atau di situ uniknya bangsa kita? jadi bagi seniman di luar sana, cuba untuk tidak membodohkan umat yang sedia bodoh ditipu dek politiknya, dek ekonominya dan dek pemimpinnya.

keduanya, untuk berseni anda perlu tahu potensi diri dahulu. bukan sekadar lalang menjadi hiphup atau gotik contohnya tanpa tahu ideologi di sebaliknya. jika kita percaya bahawa ada belah lain dalam diri kita, aku rasa elok letak seni itu sambil-sambilan dulu. kerana tidak ada gunanya anda tinggalkan pelajaran di bangku sekolah semata-mata ingin berdansa. sampai masa anda sedar, kita mungkin terlewat. macam mana nak berseni kalau tidak kenal diri sendiri? macam mana mengikut aliran sesuatu kelompok tanpa tahu sejarahnya?tanpa tahu ideologinya sampai bila mana ada yang bertentangan dengan budaya agama pun kita lantakkan. kagum aku melihat jati diri korang berseni.

berdiri di depan lukisan di pameran. anguk-anguk sambil puji kecantikan lukisan yang tidak difahami. warnanya cantik. bingkainya lawa. pelukisnya mesti puitis. kawan main gitar kita beli gitar. kawan pegi kelas gitar kita main tepi parit. sudahnya apa jadi? orang menyanyi kita pun nak menyanyi. orang dapat anugerah juara lagu kita album tidak keluar-keluar lagi. apa sudahnya? semua bangsa suka menyanyi dan berhibur. bezanya tahap keterukan. bila membaca karya sasterawan yang sebenar, malas kerana tidak faham. tapi bila disebut dialah pengikut setia. cuba bersastera tetapi sendiri sahaja yang faham. sudahnya salah orang lain tidak bersastera.

aku tidak nafikan, dengan seni itu, muzik contohnya koordinasi akan menjadi lebih baik. dengan berseni, kita menjadi lebih kreatif dengan menggunakan otak di sebelah logik. malah orang berseni itu jika pandai imbangkan, jaga batasan dan buka mindanya lebih hebat dari yang jumud dalam satu bidang sahaja. jangan salahkan sistem pendidikan kita. di sini semuanya dipolitikkan. disekularkan. kenapa tidak boleh ilmu angkasa dan cabang sastera duduk dalam satu kursus? kita belajar semua benda tetapi satu pun tak terer. kata penjajah jack dagang semua mahir tiada. sepatutnya kita belajar satu pengkhususan, kemudian makin berkembang ke cabang ilmu lain. bukan belajar semua kemudian sempitkan kepada satu bidang pengkhususan. lari tajuk sudah.

dan yang keempat merangkap paling peberet. di mana letaknya seni tanah air? apakah dengannya seni itu semua yang berseni boleh mencari makan? apakah dengan wujudnya institusi bertaraf pendidikan tinggi cukup menjamin pengiktirafan karya lukisan, fotografi kraf anda? atau perlu jadi betul-betul berbakat sebelum boleh diiktiraf seniman? aku ada satu soalan. kalau aku buka satu kolej menjahit manik sambil berteater, berapa ramai pelajarnya yang akan kerja dalam bidang yang dipelajari dan berjaya dalam bidangnya? bandingkan di barat menulis buku kanak-kanak dan di sini menulis untuk dewan pusaka.puppet show dan wayang kulit. kaji macam mana pramli hidupnya dan matinya. mudahnya kanak-kanak home alone menjadi jutawan. atau di barat sana juga seperti kita? hidup glemer dalam kesempitan

sudahnya. jika tidak bersetuju.anda perlu kebal. seperti soul men. tidak bila gagal jadi kumpulan kugiran pop, anda jual dadah. tidak bila bakat tidak diiktiraf, anda jual diri bagai mengemis. kerana itu ibubapa ramai tidak sokong anaknya bergiat dalam bidang seni. kerana risikonya terlalu lalu tinggi. seniman juga perlu kental berhadapan beberapa golongan yang pasti menentang mereka. anda cuba fikir golongan mana? heheh. contohnya para ahli akademik. di sini berlapang dada itu penting. yang berseni, cabar diri anda untuk belajar akademik. dan ini terpakai vice versa. termasuk golongan lain. cuba faham antara golongan-golongan tanpa menggadai prinsip.

akhir sekali, mesti ada yang berkata, paku dulang paku serpih. hey kawan, penjajah kata 'he who lives by the sword, shall die by the sword'. ingat. kebal. hidupnya dengan tulisan.......

Lensa Amatur (lain) 4: Eropah Siri 4



















Stuttgart, Germany
Black Forest, Germany
Baden-Württemberg, Germany-France
Gare du Nord-France
St Pancreas, United Kingdom

perasan nombor pendaftaran?

Wednesday, May 19, 2010

Biadap (ke biadab?)

Bercakap dengan orang yang konon-konon bijak pandai, yang jenis cakap perlahan-lahan konon penuh hikmah sambil-sambil cuba kenakan aku.bodoh. pangkat tidak tinggi mana.biadap nak mampos. hantar surat makluman lepas tamat tempoh masa untuk ambil tindakan lepas itu konon-konon tidak bersalah dan cuba maki dengan cara tersirat. tanya aku berapa lama sudah. gertak rekod nama aku. berlagak macam kau tak pernah baca surat yang kau sendiri keluarkan hari ini.FCUK YOU (french connection).

To this particular person, if you are reading this, next time when we talk again just say whatever you need to say straight to my face. takyah cover-cover konon cool. i know it's not your concern (actually it is but you are so bloody plain stupid) but by all means, it's not mine too!!!nothing to do with my personal life but since it's my job to protect your sorry as then the least u could do is cooperate. and plz do not say that it is not you.ding dong ding dong point sana sini elak-elak and wrong door policy aren't going to solve anything you stupid butch. or u still don't get it?

tidak kisah betapa tinggi pangkat kau atau siapa kau. aku tidak berminat nak tahu. pada aku kau hanyalah satu lagi manusia bodoh yang wujud di muka bumi ini kerana tidak mahu belajar atau mengaku kesilapan dan kau bodoh kerana biadap. aku salahkan ibubapa kau kerana kurang mendidik.

your words against mine.but i have documents too.suk it

Wednesday, May 12, 2010

Belum Masanya



Ya jana tenaga memantapkan
boleh jadi kekuatan
dihormatkan dipandangkan digerunkan
dalam pelbagai bidang boleh digunakan
ekonomi dikukuhkan

cuma betul ke meningkatkan kualiti hidup kita?
dengan keadaan kita sekarang, dengan kondisi kita sekarang dan dengan reputasi kita sekarang
fikirkan
runtuhan.sekolah?jambatan?hospital?rumah?mahkamah?universiti?kuarters?lebuhraya?
fikirkan
tanah mana yang ingin dikorbankan?
fikirkan
siapa yang dapat merasa hasilnya?menuai upahnya?
tidak cukup apa yang dilabur pada projek menjana kuasa sebelum ini?
ini bukan benda boleh silap
atau kita sanggup ambil risiko atas bayi
udara yang terdedah
air yang beracun
tanah tercemar
sila lihat sejarah

atau seronok melihat di sungai gombak ikan bertangan
melihat rupa manusia yang boleh kamu imiginasikan
melihat cuaca yang suram sentiasa tanpa sinaran
melihat generasi yang tidak sihat ratusan tahun
melihat tanah sekangkang kera tidak sesuai digunakan untuk bertahun-tahun

belum masanya
nanti dulu
belum tiba waktunya
nanti dulu
cermin diri kita
nanti dulu
belum lagi
nanti dulu

pandang terlalu jauh kehadapan sehingga tidak mampu menilai diri sendiri
dalam hal ini, terlalu berisiko bukan
atau memang kita akan hancur dengan tangan sendiri?
after all, aku grinpis

Tuesday, May 11, 2010

Malam Kecewa

Pernah tidak kita dengar orang mengumpat,
mula-mula lebih kepada mendengar
tak dapat kawal diri join sekaki
lepas itu tiba-tiba lebih dari orang lain
akhirnya menyesal?

pernah tidak, kita cuba melukis atas kertas kosong,
sekali tersalah kita cuba betulkan,
walhal jadi lebih teruk?

pernah tidak berjudi dan menang besar,
sekali kalah hendak berjudi lagi supaya menang macam tadi
sebenarnya rugi banyak?

pernahkah kita main boling,
dapat strike sekali
kita rasa macam senang nak buat lagi
tapi tidak menjadi-jadi?

pernah hisap ganja?
rasa macam tak high mantul stone lagi
tahu-tahu sudah termuntah dan terbaring

pernah cuba jadi baik,
kemudian tergelincir sedikit
makin susah menjadi baik
balik ke awal jalan
tergelincir lebih teruk
makin makin makin susah jadi baik

aku sekarang tengah cuba membetulkan keadaan
cuma keadaan jadi lebih teruk dengan adanya aku
tanpa disedari makin teruk makin parah
atau, sudah tahu tengah tengelam, saja terus mencari dalam
natijahnya, terus buat sesuatu yang bodoh

pokoknya emosi,
kadang-kadang rasa keadaan terkawal,
sekali baru bergegar,
hilang segala kawalan

pokoknya konsisten
buat buat gegar buat buat gegar terus buat
jangan tergoncang dek gegar

pokoknya ikhlas
keseorang tidak hebat depan orang jangan tunjuk hebat

pokoknya, benda jahat memang best
pokoknya kalau bercerita tidak menipu mengumpat tidak panas
pokoknya kita memang selalu cari sakit

cuma
kalau aku tengah mewarna kain putih
tercalit warna hodoh
perlu tidak aku cuba betulkan?
atau jangan buat yang hodoh bertambah hodoh
yang buruk bertambah teruk

katakan, aku cuba juga betulkan
dan nampak lebih teruk
bila aku harus berhenti?
atau cuba sehingga cantik?
bila aku harus berhenti?

Sunday, May 9, 2010

Cerita Kekayaan

Kalau aku dapat peluang untuk bercakap dengan orang yang kaya.aku teringin hendak tanya sesuatu.apa yang anda cari? apa lagi dalam hidup masih tidak dapat?kenalan dah ramai duit dah banyak.adakah itu semua cukup?atau masih ada yang tidak kesampaian?

dan aku bukan nak dengar kata-kata dari orang macam aku. yang tidak kaya.tidak ada kenalan hebat-hebat. yang masih ingin mengejar duit, kejar nama kuasa dan kenalan. sebab kalau aku tanya soalan tadi pada orang yang macam aku mereka akan menjawab

'duit banyak jiwa kosong'
'kaya tapi family hancur'
'duit tidak menjanjikan kebahagian'
'tidak semua boleh dibeli dengan wang walaupun wang banyak gunanya'
'hidup itu adil. kau dapat sikit Dia tarik sikit'
'dia takdalah kaya sangat'
'duit adalah punca segala kejahatan'
'kaya itu subjektif...'

baik, mungkin ada penyataan yang benar.tapi aku cuma mahu dengar dari mulut orang yang kaya berpangkat itu sendiri. sebab mereka dah ada segala kemewahan dunia. kita yang tidak ada duit mungkin anggap mereka kurang pandai membelanjakan sesuatu yang tidak perlu. aku sendiri anggap rm1000 itu sudah telalulah besarnya. mungkin rm100 sudah telalu besar. mungkin rm10 sudah terlalu besar. tetapi bagi mereka yang berharta, mungkin mereka ada mahunya sendiri. apa yang mereka mahu?takkan nak jadi miskin kot. kalau yang tidak berada di tempat mereka pandai-pandai menjawab, macam tidak adil. jadi biarkan mereka sendiri yang jawab.ada sesiapa yang kaya berpangkat atau berkuasa di sini?

Wednesday, May 5, 2010

2 Kisah Berlainan

Aku bayangkan
kalau kawan mati atas riba
sedih betul
betul salah masing-masing fikir

aku terfikir
tulah itu mungkin ada benarnya
kerana kerabat dulu
mendalam agamanya

yang pergi itu mungkin bukan penduduk dunia
yang bernama juga ada jatuhnya
hormat martabat itu milik siapa?
pasti bukan yang memintanya

Friday, April 30, 2010

Masih Boleh Menconteng

Tidak ada cuti buruh,
no double trouble concert,
tidak ada puisi riong,
No iron man.

malam-malam minggu telah lama hilang
bersukan bukan lagi satu rutin
komputer menjadi rakan karib
terasa dunia tidak ada yang bernyawa

yang ada cuma saman
cuma perjanjian, pandangan dan warta
serta mesyuarat dan kursus yang tidak pernah putus
and thesis, outline as well as slides show
tidak lupa juga peperiksaan

bahasa rojak menggambarkan jiwa yang berserabut

Thursday, April 22, 2010

Undang-Undang dan Moraliti (18sx)

berita biasa hari ini.....doktor menjumpai sebatang pensil dalam kemaluan seorang budak perempuan berumur 14 tahun yang dirogol oleh rakan sekelasnya. dipercayai beberapa rakan telah membentuk dinding manusia bagi menghalang pandangan
*
segolongan positivist bersepakat bahawa undang-undang tetap undang-undang dan tiada kaitan dengan moraliti. undang-undang tetap perlu dipatuhi walaupun undang-undang tersebut adalah undang-undang yang tidak baik atau tidak adil. contoh paling klasik adalah lampu trafik merah di malam buta di kawasan pendalaman yang tiada kereta langsung. tetap perlu tunggu hijau. dan untuk makluman kawan-kawan yang masih belum sedar. seks oral adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan walaupun suami isteri ye.
*
berita tidak mengejutkan belum lama pun.....seorang budak perempuan disepak seperti bola sehingga mati oleh teman lelaki ibunya dipercayai warga asing. ibu tersebut menyatakan bahawa sebelum kematian anaknya teman lelakinya tidak pernah bersikap sedemikian sebaliknya seorang yang baik dengan anaknya.
*
segolongan naturalist pula percaya bahawa undang-undang yang tidak baik atau tidak adil bukanlah undang-undang. walaupun golongan ini tidak bersepakat tentang pematuhannya, jelas ia cenderung mengaitkan undang-undang itu dengan moraliti. bersetubuh tanpa perkahwinan walaupun dengan keizinan kedua pihak tetap salah (di bawah kanun keseksaan seks luar nikah antara dewasa yang bersetuju dan tidak di luar tabie bukan merupakan kesalahan). bercium dan bercumbu di klcc kalaupun non-muslim tetap salah walaupun atas dasar love and affection kata penjajah. penyataan tuhan memberi saya tubuh yang cantik maka saya ingin tunjukkan pada umum juga tidak diterima sebagai alasan berbogel ke majlis terbuka.
*
berita yang hangat sekarang suam-suam kuku..... seorang perogol anak sendiri ketika ditanya telah menyatakan dalam bentuk lebih kurang satu analogi di mana bila anda tanam pokok mempelam, mesti anda mahu rasa dulu sebelum orang lain rasa
*
terdapat juga golongan moden, liberal, sosialis, feminis dan beberapa puak golongan dengan pandangan masing masing. fokus seterusnya.salah satu definisi undang-undang yang ditulis balik secara cincai di sini ialah, undang-undang bermaksud peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah untuk mengawal masyakarat dan dilaksanakan hukuman. ada definisi dengan pengataan undang-undang itu perlu untuk mengelakkan undang-undang hutan. antara salah satu ciri undang-undang yang wujud,adalah undang-undang yang terbentuk untuk melindungi individu itu sendiri seperti memakai topi keledar dan menghisap dadah. kadang-kadang terfikir apa hak orang yang menggubal undang-undang itu menetapkan pilihan hidup kita? kenapa kita tidak bebas berpolitik semasa belajar? kenapa kita tidak dibenarkan mengambil dadah? kenapa perlunya internet itu dipantau?kenapa saya tidak boleh tidak tunggang motosika tanpa topi keledar tanpa baju?mungkin yang menggubal tahu bahawa kita tidak cukup pandai untuk membuat keputusan. namun penggubal juga patut tahu sistem yang ada sekarang inilah yang menyebabkan kita bodoh.
*
berita yang tidak berapa penting untuk diingat.....sepasang kekasih yang bergaduh kerana bayi milik perempuan bukan dari benih lelaki telah meninggalkan bayi tersebut di dalam sebuah tong stesen keretapi di ibukota
*
hukuman itu asasnya ada beberapa. untuk menghukum pesalah supaya insaf. untuk memberi keadilan kepada keluarga mangsa atau mangsa sendiri. untuk mencegah dan menakutkan yang lain. dan beberapa sebab lain. hukuman boleh dalam bentuk denda. khidmat masyarakat. amaran keras. penjara. sebat. mati. atau gabungan. sepengetahuan aku belum pernah ada yang kena semua sekaligus
*
berita keliru..... seorang kanak-kenak perempuan mati setelah dirogol bergilir-gilir oleh bapa, datuk, pakcik dan kawan-kawan pakcik. hanya tuhan yang lebih tahu bahawa anak ini mungkin keliru siapa sebanarnya bapa kandung anak ini sekiranya dipanjangkan hidup. di tempat lain seorang murid perempuan pulang dari sekolah mengaji dicabul kehormatannya di dalam pondok pengawal keselamatan. agak menghairankan mengapa pengawai keselamatan bertindak secara tidak selamat. ibubapa pula seringkali berpesan kepada anak-anak jangan bertegur sapa dengan orang yang tidak dikenali. yang pelik orang dikenali juga tidak boleh dipercayai. istillah orang tidak dikenali itu juga tidak dihurai dengan panjang lebar. abg pian bin somad contohnya merupakan pemain gitar sepenuh masa di hentian bas di depan rumah. suatu hari terjumpa di pasar malam lalu mangajak adik mencari kucing. adakah abang somad itu tidak dikenali?
*
berita palsu....bersetubuh dengan budak bawah umur adalah merupakan satu kesalahan walaupun dengan kerelaan kedua-dua pihak. Namun begitu kajian menunjukkan kerapkali perempuan dengan gembira dan rela hati memberi. cuma bila bergaduh agak seronok mengenakan lelaki. malah seringkali terjadi wanita dewasa melakukan seks dengan budak lelaki di bawah umur
*
kepentingan masyarakat itu sebenarnya lebih diutamakan dari hak individu. kebebasan bersuara diberi tetapi bukan sesuka hati. tubuh itu diberi kepada anda bukan bermakna boleh dirosakkan. mendengar muzik itu pilihan anda tetapi kalau sudah satu kejiranan dengar bukan lagi satu kebebasan. anda cukup dewasa untuk berfikir dan meminum arak tetapi bukan mabuk berbau serta muntah di khalayak awam
*
oleh kerana dalam persoalan undang-undang sukar mendapat persepakatan, maka perbincangan mengenai undang-undang jenayah seksual ditangguhkan sementara di persidangan, secara akademik mahupun di kalangan pemikir dan ahli falsafah. hukuman kasi itu tidak wajar dilaksanakan kerana menafikan hak seseorang memperolehi zuriat. hukuman hudud itu dikatakan tidak relevan di mana penduduknya berbilang bangsa dan agama. ditambah pula dengan fakta tangan yang dipotong tidak tahu hendak dibuat apa. sula pula adalah hukuman zaman batu yang tidak bertamadun. jadi, status quo. cukup setakat apa yang ada sekarang ini
*
manusia itu bila dipanjangkan umurnya diterbalikkan kejadiannnya. kecilnya bodoh tuanya lupa. kecilnya emosi tuanya merajuk.kecilnya mencuba tuanya mencuba lagi. pandang betul-betul, kanak-kanak dan warga tua itu sebenarnya tidak banyak berbeza.sejarah itu sebenarnya berulang ulang walaupun dalam bentuk berbeza. dulu bayi ditanam sekarang dibuang. dulu pelacuran dan seks luar nikah berleluasa sekarang tidak berbeza. tamadun itu jatuh naik dan naik jatuh.
*
situasi yang genting memerlukan langkah drastik. memerlukan persidangan tergempar. masalah dadah bila meruncing, mengedar dihukum bunuh. rasuah di negara komunis dihukum bunuh. raja dikhianati hukumnya bunuh. hukum mati itu ada yang bertujuan menyiksa ada yang 'bersih'. baling batu sampai mati untuk yang lain teladankan. tembak mati 'bunuh bersih'. gantung boleh mati disebabkan hentakan, disebabkan oksigen tidak sampai dek terjerut. boleh putus kepala lepas pergi. gas masih belum diamalkan lagi di sini.

bila sejarah itu berulang, bila keadaan meruncing, bila kita lali membaca perkara-perkara yang sebenarnya luar biasa, bila yang mati itu tidak pelik tetapi yang hidup dihairankan. bila kempunan itu disogok-sogokkan 24 jam. apa lagi yang relevan? perlukan kajian. perlu persetujuan. perlu jaga tamadun.atau cuma perlu kita laksana undang-undang yang kita anggap 'purba'. semudah ikat di tengah bukit bintang lontar kasut sampai mati. semudah tembuskan peluru ke kepala guna sniper milik tentera. perlukah bentangkan hukum kanun melaka di persidangan dan bandingkan dengan enakmen? apa perlu belajar ekonomi untuk memahami nilai denda 20 puluh sen di zaman parameswara dan 3000 pada masa kini?

kalau 5 orang buat perkara yang jelik salah seorang tidak tercuit hatinya itu sudah ada yang tidak kena. maka perlu ada langkah yang drastik.hukuman mungkin lebih berat tetapi beban pembuktian tahap pembuktian itukan kan bincang lain. cuma selain itu, dua premis yang perlu dibincangkan

1-korbankan seorang yang bersalah untuk selamatkan beribu
2- lepaskan beribu pesalah adalah lebih baik daripada mengukum seorang yang tidak bersalah
*
undang-undang hutan, purba, batu, kejam, kuku besi itu semua manusia yang namakan untuk dipersepsikan tidak sesuai dengan masa sekarang. cuma kalau kita tahu nilai denda zaman penjajah tidak sampai 50 puluh sen sebenarnya boleh beli tanah, kita tidak hairan mengapa denda tiga ribu hanya dibayar dengan duit dari poket depan sahaja. kalau kita faham mesej di sebalik sesetengah hukuman yang diperkatakan negatif itu,kita laksanakan, kita akan berasa selamat berjalan atau meninggalkan harta terang-terangan. bukan bermaksud lebih berat hukuman lebih baik. tidak sama sekali. perkara terakhir kita mahukan adalah pekan koboi di mana masing-masing mencari keadilan dengan tangan sendiri. cuma perlu faham mesej di sebalik hukuman, kesannya kepada individu, masyarakat dan negara. kalau kasi itu lebih memburukkan keadaan jangan. kalau direjam itu perlu, rejam.atau lebih baik kekal begini. bilangan anak-anak yang dibuang masih terkawal. berkahwin dengan faezierah adalah atas dasar cinta.mangsa-mangsa rogol masih sedikit. kita masih waras. ekonomi negara kita makin melonjak.

jangan risau, apa sistem perundangan yang dilaksanakan pun, pemerintah masih ada peranan. cuma dalam hal sekarang bagaimana hak selainnya?

Life for life, eye for eye, nose for nose, ear for ear, tooth for tooth and wounds equal for equal

Wednesday, April 21, 2010

Mari Bermain Dengan Makna

Tukar tiub? TT :)

satira semiotik semantik retorik homofon antithesis sangat dan selalu memberahikan aku
dan yang selalu disebut-sebut, metafora, walau kurang berahi tetap ghairah

bukan tulisan-tulisan tidak berjiwa
tidak pandangan yang diambil dan dikatakan kembali
bukan paparan mengangkat diri atau kononnya hebat
jangan cakap sesuatu yang cliche

Sunday, April 18, 2010

Lensa Amatur (lain) 3: Eropah Siri 3



















pisa-luzern-zurich
piazza-lucern-zürich
italy-switzerland-switzerland

Monday, April 12, 2010

Kenyataan

Tiba-tiba ada banyak kenyataan dan berita pelik di akhbar harian. kelakar. sangat kelakar. tahniah kepada anda yang mencetus kegemparan sekaligus menunjukkan betapa bodohnya orang bila perkara berkait duit, pangkat, keturunan dan perempuan.

Aku tidak pelik tentang si penipu duit.aku tidak pelik penyamar. aku tidak hairan ketua ajaran sesat.aku tidak pelik boneka-boneka yang bersuara. tidak aku hairan bomoh yang dakwa boleh beri seribu satu macam keajaiban

aku cukup pelik siapa yang mengikut.aku cukup hairan siapa yang mendengar.aku hairan siapa yang percaya.aku cukup pelik kenapa perlu buka ruang untuk ketidakendahan. pinjam kata penjajah ignorance is a bliss. kadang-kadang kita rasa kita cukup pandai untuk ditipu. kerap kali kita fikir hal tersebut terlalu remeh. kadangkala disebabkan itu tugas kita, itu peluang untuk mengampu, itu hal boleh buat duit, boleh lebarkan sayap kita redah. boleh mantap atau montok kan badan, boleh tunduk suami, boleh buat nama, boleh belajar ilmu yang orang lain tidak boleh belajar kita ikut.

selain daripada insan yang memang suka benda pelik-pelik.yang acuh tidak acuh inilah selalu kena tipu. yang jenis baca dengar berita tak persoalkan. usah dihairan kenapa orang mengaku macam-macam. mengaku tuhan, mengaku nabi, mengaku pemimpin, mengaku jutawan. pelikkan diri kita yang minat tentang ilmu yang kononnya tidak pernah dihebahkan. hairankan kita yang percaya dia sesuatu. dan mari gelakkan cerita-cerita bohong yang disediakan untuk perbodohkan kita. kah kah kah

post scriptum 1 : yang berpangkat pandai pun kena tipu

post scriptum 2 : touch wood

post scriptum 3 (tiada kene mengena) : aku selalu terfikir macam mana hendak tarik balik percakapan atau kenyataan yang dibuat di dalam mesyuarat, di tepi-tepi longkang atau terhadap manusia-manusia sensitif. iya betul fikiran kita punya, bila sudah dikata orang punya. aku lepas silap berkata akan termenung sentiasa mengenang kata-kata bodoh atau jahat yang keluar dari mulut ini

tertekan sehingga menulis ketika masa sepatutnya aku makan

Monday, April 5, 2010

Aku dan Arowana

Lewat pulang dari pejabat tadi aku terus ke kedai akuarium. aku duduk depan kedai itu hampir 20 minit. tengok ikan kelisa memang mengasyikkan.aku betul-betul kagum dengan ikan kelisa. persekitarannya perlu kosong. tidak perlu batu-batan mahupun tumbuhan. ikan tersebut juga jenis yang menanda wilayahnya. jadi satu ikan kelisa memerlukan satu tangki yang paling kurang dalam 4-5 kaki. itu dari pemerhatian naif aku lah. cara ikan tersebut berenang paling aku kagum. terlampau cantik. berpusing sekeliling tangki dengan perlahan-lahan dengan badan yang tegap. dengan warna yang tidak menonjol tapi cukup menawan. bentuk sisik, warna, insang, mata, baris-baris sisik berbeza mengikut baka sekaligus menentukan harganya.

aku tidak pernah ingin membela apa-apa haiwan ternakan selain daripada ikan kelisa. pada aku kucing sepatutnya bebas. burung sepatutnya bebas. kelisa? nanti aku cerita. mungkin sebab sejarahnya ketika aku kecil orang tua aku sudah pun memiliki arowananya sendiri. serius aku cemburu. bila mana orang nak membeli ikan tersebut dengan harga ribu-ribu (belas atau puluh aku tidak pasti) mentah-mentah ditolak. ketika itu ikan kelisa tidak dijual secara komersial seperti sekarang. akhirnya kerana ikan tersebut terkena penyakit mulut bapa aku lepaskan sahaja ke tasik yang sekarang ini dipenuhi kelab-kelab malam. kerana masih kecil, aku tidak berapa ingat hal tersebut. apa yang aku ingat, semua tenang walaupun sedih ketika ikan yang bertahun-tahun menghuni rumah aku tersebut dilepaskan pulang ke habitat semulajadi. bukan ada forum untuk dicari penyelesaiannya ketika itu. kawasan rumah aku ketika itu pula jangan kata doktor ikan, hendak cari doktor binatang pun masalah.

beberapa kali aku cuba mencari alternatif kepada kelisa. tetapi tidak satu pun bertahan sungguhpun spesis ikan juga. seperti aku katakan tadi, aku kurang selesa melihat binatang dikurung. lemah. cuma semalam dalam kawan-kawan sibuk mencari kucing baka bengal (mungkin memelihara kucing hutan adalah satu trend sekarang) aku terpandang arowana golden tail, pearl dan silver. terus berkobar kembali. teringat sewaktu belajar dulu memang tidak mampu. hanya mampu mencuri lihat setiap kali ke pusat beli-belah yang ada kedai haiwan peliharaan.

hari ini. satu hari aku termenung. ada beberapa masalah lagi untuk aku pertimbangkan sebelum arowana itu dapat aku pelihara. Pertamanya, tidak satu perkara pun aku ketahuan berkenaan haiwan tersebut. bila forum dibuka, orang bercakap mengenai penyakit, ph air, saiz akuarium, jenis ikan kelisa, garam, penapisan air, uv, alga, pemakanan, pembiakan, lokasi, pencahayaan dan pelbagai lagi. jadi dari mana aku patut mula? mana atau dengan siapa perlu aku belajar?

keduanya adalah masalah logistik. memandangkan saiz akuarium tersebut minimum 4-5 kaki (mengikut pandangan majoriti) mana mahu aku campak peti tangki tersebut? bilik aku sudah cukup sarat rasanya. tambahan pula pendawaian elektrik rumah aku sensitif. mahu tidak bernafas kelisa tersebut. ketiga faktor kewangan. abang aku pernah cakap ikan mainan orang kaya. sebenarnya aku tidak peduli ikan yang aku pelihara tersebut ada harga atau tidak. mahal atau murah. tetapi mestilah kalau dapat hendak yang cantik. yang cantik itu pula walaupun anak 5-6 inci harga sudah beribu. ini tidak masuk tangki kelengkapan maintenance makan apa segala. mampu ke aku?

masalah keempat adalah faktor dalaman. aku tidak paham kenapa orang bela kucing dalam sangkar (maaf saya tahu anda ramai). Bukankah kucing itu sepatutnya bebas bergerak, melompat dan bermain walau di halaman rumah? bukankah kucing itu punya kuku dan taring. bukankah makanan kucing itu sepatutnya tidak membebankan tuannya? sama seperti burung. bukan ke hak burung tersebut untuk terbang bebas di langit biru. bergerak dalam kumpulan dan mendapat udara secukupnya? dalam kes ikan kelisa, pada aku dia memang bergerak sendiri, jika dipelihara kita dapat pastikan kualiti airnya berbanding air teh tarik dan sampah sarap yang terdapat di dalam air di permukaan bumi.

Cuma satu konflik yang sukar aku selesaikan jika ikan tersebut aku pelihara adalah masalah pembiakan. hei, ikan juga perlu mengawan. tetapi ikan jenis kelisa ini suka tuntut wilayah, jadi sukar letak dua ekor dalam satu akuarium. sekurang-kurangnya 5-6 ekor. itu pun masih ada kemungkinan untuk bergaduh melompat keluar cedera dan sebagainya. dan yang paling penting mana nak letak tangki gedabak kalau sudah 5-6 ekor. dan menurut pembiak-pembiak ikan kelisa, agak sukar membiak ikan tersebut di dalam tangki. perlu ada kolam separa semulajadi. itu pun cerewet. perlu diasing bila sudah mengawan dan sebagainya. jadi satu cara yang aku nampak hanya ternak seekor. walaubagaimanapun bukankah itu seperti aku tahan hak dia mendapatkan kegembiraan? menyekat nafsu binatang? hak memilih pasangan hidup? hak bersosial? hak mendapat anak? hak menyambung keturunan? hahahaha ya itu yang aku kusutkan.

Ini belum masuk masalah mencari masa. membersihkan tangki, memberi makan dan sebagainya. kalau arowah arowana tersebut, bukan ke aku akan rasa sungguh bersalah? di samping rasa rugi.

kadangkala aku terfikir cantiknya dunia ini, tidak pernah boleh aku miliki. cuma sekadar menumpang teduh melihat apa yang ada. berangan melihat ikan peliharaan ketika tertekan belajar. menghilangkan letih sekembali dari pejabat dengan melihat ikan di dalam bilik. hakikatnya aku masih di depan kedai melihat ikan kelisa berenang. dan tauke mula memandang pelik

Thursday, April 1, 2010

Motivasi

Orang kata motivasi perlu. hari-hari. bukan sebulan sekali. aku kata motivasi itu bosan. lagi-lagi kalau hari-hari. walau sebulan sekali. pada aku pergi ceramah motivasi, kem motivasi, seminar motivasi, kursus motivasi atau apa sekali gelarannya itu semua boleh dipertikaikan keberkesanannya. at least, itu dari pengalaman sendiri. dari pengamatan ke atas orang lain. ceramah pasal kecermelangan diri, balik tinggal sampah atas meja. tidak pernah pula aku tengok orang balik dengar motivasi berubah. kalau ada pun 2-3 hari.

kadang kala motivasi itu diambil dari kata-kata orang. penjajah selalunya. tampal di dekstop, jerit di kotak status. yang aku tahu untuk kes aku, hanya pengalaman sahaja yang mampu ubah aku. itu pun belum tentu. bukan kata pujangga, bukan lagu seniman. kadang-kadang aku fikir, peduli apa dengan kata-kata orang, dia bukan di situasi aku. yang kita sibuk-sibuk kehadapankan email berantai itu buat apa. kalau gambar, atau rasa sesuatu yang ditulis itu lain dari yang lain tidak mengapa, ini benda yang kau punya akal boleh fikir sendiri.

maka dengan ini aku ada cadangan. pinjam kata penjajah, reverse psychology. tidak tahu betul atau tidak aplikasinya. tidak kisahlah. mana tahu jadi. aku tulis sendiri supaya aku baca dalam bentuk kata orang. seolah-olah tulisan yang aku baca bukan tulisan aku.ehhehehe. jadi, di sini mulanya

network: jangan tidak balas sms atau telefon. jangan sekali. buat kawan baru seramai mungkin

rokok: kalau boleh berhenti, tidak boleh kurangkan, cara lain yang baru hendak cuba jangan leka.hisap perlahan-lahan. sedar tengah hisap. bukan tangan itu automatik seperti selalu terjadi ketika berbual di kedai mamak atau memancing di kolam udang.

agama: istiqamah. jangan ikut mood. buat permulaan jangan tinggal yang wajib

khianat: bawa ke satu peringkat berbeza selepas mengkhianati. kalau dikhianati senyum

masa: perlu dipancung. perlu produktif. jangan bazir satu saat!

janji: kau sudah keluarkan kata-kata.pegang. hormat diri sendiri

belajar: tidak akan habis. kalau habis maknanya kita padam

keluarga: tidak boleh diganti. tidak pernah sia-sia. perlu sabar dan tenang. perlu diutamakan

makan: kurangkan makanan berkarbohidrat. mengantuk, membuncit dan membuatkan anda menjadi malas

kahwin: lelaki lambat pun tidak mengapa

duit: jangan sibuk yang tidak ada. lihat apa yang dipegang

tidur: tidur awal supaya lebih produktif. tidak perlu merambu kecuali betul-betul berbaloi

sunyi: cari keluarga, kawan atau movie

kerja: jangan makan gaji buta. anda diberi amanah dan tanggungjawab

komunikasi: pandang ke bola mata. cakap dengan jelas. telan air liur

displin: kunci kejayaan. segala-galanya. kerja bertangguh tidak akan menjadi


dalam keadaan sekarang motivasi tidur sangat sesuai untuk diaplikasikan. kalau andainya semua ini tidak dapat dijadikan prinsip hari-harian. potongkan saya sedikit seluar slack!

Monday, March 29, 2010

Sesal Sesal Kesal

Bila kau tahu karma sedang mengejar
bila kau rasa seperti menyesal wujud
bila di luar nampak kosong di dalam menjerit-jerit

mula bertanya bolehkan dimaafkan diri sendiri
sedang yang lainnya tidak dapat menerima
bingkas jatuh bangun jatuh
usahkan berlari, berdiri sekalipun tidak mampu

sendiri mengenang sesal yang tidak mungkin dapat ditarik
sudah terlalu lambat walau silap mungkin sedetik dua
satu keputusan salah dalam hidup
berderai segala-gala

dua penyelesaian
anggap sebagai pengalaman, harungkan kembali segala benda
lebih bersemangat lebih yakin
atau simpan dalam hati, selalu sesal-kesalkan, sepikan diri dari jahat dunia
supaya terhindar daripadanya

andai turun bala itu dari langit
untuk tidak menambahkan bebanan
maafkan segala keji
halalkan segalanya


Tuesday, March 23, 2010

Lensa Amatur (lain) 2: Eropah Siri 2










Itali...cantik...rindu?
i'll be back!