Wednesday, May 12, 2010

Belum Masanya



Ya jana tenaga memantapkan
boleh jadi kekuatan
dihormatkan dipandangkan digerunkan
dalam pelbagai bidang boleh digunakan
ekonomi dikukuhkan

cuma betul ke meningkatkan kualiti hidup kita?
dengan keadaan kita sekarang, dengan kondisi kita sekarang dan dengan reputasi kita sekarang
fikirkan
runtuhan.sekolah?jambatan?hospital?rumah?mahkamah?universiti?kuarters?lebuhraya?
fikirkan
tanah mana yang ingin dikorbankan?
fikirkan
siapa yang dapat merasa hasilnya?menuai upahnya?
tidak cukup apa yang dilabur pada projek menjana kuasa sebelum ini?
ini bukan benda boleh silap
atau kita sanggup ambil risiko atas bayi
udara yang terdedah
air yang beracun
tanah tercemar
sila lihat sejarah

atau seronok melihat di sungai gombak ikan bertangan
melihat rupa manusia yang boleh kamu imiginasikan
melihat cuaca yang suram sentiasa tanpa sinaran
melihat generasi yang tidak sihat ratusan tahun
melihat tanah sekangkang kera tidak sesuai digunakan untuk bertahun-tahun

belum masanya
nanti dulu
belum tiba waktunya
nanti dulu
cermin diri kita
nanti dulu
belum lagi
nanti dulu

pandang terlalu jauh kehadapan sehingga tidak mampu menilai diri sendiri
dalam hal ini, terlalu berisiko bukan
atau memang kita akan hancur dengan tangan sendiri?
after all, aku grinpis

2 comments:

  1. heh. nuklear konon. apa cerita sama earth day? harapkan sambutan aja tiap tahun. tamat aja duapuluhsatu haribulan itu, tamat terus awareness sama ecology sama environment.

    yes. belum tiba waktunya lagi. true. :)

    ReplyDelete
  2. kalau hari-hari earth day takpe gak kan

    ReplyDelete