Monday, August 26, 2013

Sunyi Seorang Wanita

Pergh tajuk...
tak perlu fikir bukan-bukan
tiada kena mengena dengan belaian manja

sebelum itu
selamat berhari raya
1 syawal di hospital menyambut anak saudara keempat

dan di musim perayaan ini
ramailah kawan yang tenggelam sepanjang tahun
timbul.
maka akan timbul di benak kita siapa orang ini? apa sejarah aku dengan dia?
mesti ada satu peristiwa atau insiden untuk kita mengaitkan seseorang itu
untuk kita mengingatinya

watak-watak yang muncul raya ini adalah watak-watak yang sama
dengan cerita kehidupan yang berbeza
yang dah kahwin yang belum kahwin-kahwin
yang dah beranak yang belum beranak-anak
ahhh populasi kaum bujang sebaya makin lama makin terancam
ahh takkan aku nak kahwin sebab semua orang kahwin
walaupun baru ni aku terpengaruh
akhirnya pakai smart phone 
setelah 4 thn bekerja dan bertahan

Bila lihat kawan-kawan perempuan lama
yg dah kahwin dah beranak
(perempuan biasanya kahwin awal kan)
3 perkara utama yang akan berlegar di benak aku

perkara pertama dan kedua
korang takyah sibuk nak tau
yang aku nak cite yg no.3
bila perempuan yang pandai
atau berjaya
tiba-tiba menjadi suri rumah 
sepenuh masa
boleh jadi kehendak sendiri
boleh jadi atas arahan suami yang tidak mahu isterinya bekerja

cakap-cakap mengenai
pekerjaan terbaik adalah mengasuh anak di rumah
cakap-cakap bahawa
tempat wanita itu di rumah untuk mengelak fitnah
cakap-cakap
beri keutamaan wanita tunggal bekerja manakala wanita cantik duduk di rumah
semuanya relevan
tetap relevan dan bernas

namun, apa yang cuba aku sampaikan di sini
situasi di perenggan atas hanya terpakai pada mereka yang ikhlas
kalau tidak, masalah mungkin timbul.

bayangkan...
seorang wanita yang tamat pengajian dengan kelulusan amat cemerlang
di sanjung sana sini dan suka kepada kecermelangan
dipaksa suami untuk duduk di rumah.

bayangkan...
wanita yang dulunya digilai ramai kerana kecantikannya
bertepek tahi mata di rumah dengan pakaian yang serba selekeh
fesyen wanita berpantang lepas bersalin

bayangkan
selepas penat seharian memandikan, menghantar anak ke sekolah, memasak, membasuh tanpa rehat
suami balik minta buat segelas kopi minta nafkah batin minta itu minta ini
tak salah
jadi salah bila suami tadi buat remarks
"i penat cari duit di luar bagi makan korang semua, u duduk rumah tak buat apa komplen"

dan di situlah, segala masalah timbul.
mungkin bukan satu punca utama, tapi salah satu punca
retak.

dan malam tadi. topik ini dibincang semula
dengan tambahan faktor anak

pada aku
ini bukan zaman dulu di mana perasaan ikhlas itu datang pakej dengan anak
wanita hari ini mungkin lebihkan media sosial dari botol susu
lebihkan nak maintain badan dari menetek anak
lebihkan kenaikan pangkat daripada mengajar anak membaca

pahit atau tidak. itu realiti. kita kena bersetuju.
bayi terbang dari flat, dipam dalam tandas, dihanyut sungai
kalau kita terus nafikan yang naluri ibu generasi ini boleh dipertikai
kita hanya menipu diri kita