Thursday, April 22, 2010

Undang-Undang dan Moraliti (18sx)

berita biasa hari ini.....doktor menjumpai sebatang pensil dalam kemaluan seorang budak perempuan berumur 14 tahun yang dirogol oleh rakan sekelasnya. dipercayai beberapa rakan telah membentuk dinding manusia bagi menghalang pandangan
*
segolongan positivist bersepakat bahawa undang-undang tetap undang-undang dan tiada kaitan dengan moraliti. undang-undang tetap perlu dipatuhi walaupun undang-undang tersebut adalah undang-undang yang tidak baik atau tidak adil. contoh paling klasik adalah lampu trafik merah di malam buta di kawasan pendalaman yang tiada kereta langsung. tetap perlu tunggu hijau. dan untuk makluman kawan-kawan yang masih belum sedar. seks oral adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan walaupun suami isteri ye.
*
berita tidak mengejutkan belum lama pun.....seorang budak perempuan disepak seperti bola sehingga mati oleh teman lelaki ibunya dipercayai warga asing. ibu tersebut menyatakan bahawa sebelum kematian anaknya teman lelakinya tidak pernah bersikap sedemikian sebaliknya seorang yang baik dengan anaknya.
*
segolongan naturalist pula percaya bahawa undang-undang yang tidak baik atau tidak adil bukanlah undang-undang. walaupun golongan ini tidak bersepakat tentang pematuhannya, jelas ia cenderung mengaitkan undang-undang itu dengan moraliti. bersetubuh tanpa perkahwinan walaupun dengan keizinan kedua pihak tetap salah (di bawah kanun keseksaan seks luar nikah antara dewasa yang bersetuju dan tidak di luar tabie bukan merupakan kesalahan). bercium dan bercumbu di klcc kalaupun non-muslim tetap salah walaupun atas dasar love and affection kata penjajah. penyataan tuhan memberi saya tubuh yang cantik maka saya ingin tunjukkan pada umum juga tidak diterima sebagai alasan berbogel ke majlis terbuka.
*
berita yang hangat sekarang suam-suam kuku..... seorang perogol anak sendiri ketika ditanya telah menyatakan dalam bentuk lebih kurang satu analogi di mana bila anda tanam pokok mempelam, mesti anda mahu rasa dulu sebelum orang lain rasa
*
terdapat juga golongan moden, liberal, sosialis, feminis dan beberapa puak golongan dengan pandangan masing masing. fokus seterusnya.salah satu definisi undang-undang yang ditulis balik secara cincai di sini ialah, undang-undang bermaksud peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah untuk mengawal masyakarat dan dilaksanakan hukuman. ada definisi dengan pengataan undang-undang itu perlu untuk mengelakkan undang-undang hutan. antara salah satu ciri undang-undang yang wujud,adalah undang-undang yang terbentuk untuk melindungi individu itu sendiri seperti memakai topi keledar dan menghisap dadah. kadang-kadang terfikir apa hak orang yang menggubal undang-undang itu menetapkan pilihan hidup kita? kenapa kita tidak bebas berpolitik semasa belajar? kenapa kita tidak dibenarkan mengambil dadah? kenapa perlunya internet itu dipantau?kenapa saya tidak boleh tidak tunggang motosika tanpa topi keledar tanpa baju?mungkin yang menggubal tahu bahawa kita tidak cukup pandai untuk membuat keputusan. namun penggubal juga patut tahu sistem yang ada sekarang inilah yang menyebabkan kita bodoh.
*
berita yang tidak berapa penting untuk diingat.....sepasang kekasih yang bergaduh kerana bayi milik perempuan bukan dari benih lelaki telah meninggalkan bayi tersebut di dalam sebuah tong stesen keretapi di ibukota
*
hukuman itu asasnya ada beberapa. untuk menghukum pesalah supaya insaf. untuk memberi keadilan kepada keluarga mangsa atau mangsa sendiri. untuk mencegah dan menakutkan yang lain. dan beberapa sebab lain. hukuman boleh dalam bentuk denda. khidmat masyarakat. amaran keras. penjara. sebat. mati. atau gabungan. sepengetahuan aku belum pernah ada yang kena semua sekaligus
*
berita keliru..... seorang kanak-kenak perempuan mati setelah dirogol bergilir-gilir oleh bapa, datuk, pakcik dan kawan-kawan pakcik. hanya tuhan yang lebih tahu bahawa anak ini mungkin keliru siapa sebanarnya bapa kandung anak ini sekiranya dipanjangkan hidup. di tempat lain seorang murid perempuan pulang dari sekolah mengaji dicabul kehormatannya di dalam pondok pengawal keselamatan. agak menghairankan mengapa pengawai keselamatan bertindak secara tidak selamat. ibubapa pula seringkali berpesan kepada anak-anak jangan bertegur sapa dengan orang yang tidak dikenali. yang pelik orang dikenali juga tidak boleh dipercayai. istillah orang tidak dikenali itu juga tidak dihurai dengan panjang lebar. abg pian bin somad contohnya merupakan pemain gitar sepenuh masa di hentian bas di depan rumah. suatu hari terjumpa di pasar malam lalu mangajak adik mencari kucing. adakah abang somad itu tidak dikenali?
*
berita palsu....bersetubuh dengan budak bawah umur adalah merupakan satu kesalahan walaupun dengan kerelaan kedua-dua pihak. Namun begitu kajian menunjukkan kerapkali perempuan dengan gembira dan rela hati memberi. cuma bila bergaduh agak seronok mengenakan lelaki. malah seringkali terjadi wanita dewasa melakukan seks dengan budak lelaki di bawah umur
*
kepentingan masyarakat itu sebenarnya lebih diutamakan dari hak individu. kebebasan bersuara diberi tetapi bukan sesuka hati. tubuh itu diberi kepada anda bukan bermakna boleh dirosakkan. mendengar muzik itu pilihan anda tetapi kalau sudah satu kejiranan dengar bukan lagi satu kebebasan. anda cukup dewasa untuk berfikir dan meminum arak tetapi bukan mabuk berbau serta muntah di khalayak awam
*
oleh kerana dalam persoalan undang-undang sukar mendapat persepakatan, maka perbincangan mengenai undang-undang jenayah seksual ditangguhkan sementara di persidangan, secara akademik mahupun di kalangan pemikir dan ahli falsafah. hukuman kasi itu tidak wajar dilaksanakan kerana menafikan hak seseorang memperolehi zuriat. hukuman hudud itu dikatakan tidak relevan di mana penduduknya berbilang bangsa dan agama. ditambah pula dengan fakta tangan yang dipotong tidak tahu hendak dibuat apa. sula pula adalah hukuman zaman batu yang tidak bertamadun. jadi, status quo. cukup setakat apa yang ada sekarang ini
*
manusia itu bila dipanjangkan umurnya diterbalikkan kejadiannnya. kecilnya bodoh tuanya lupa. kecilnya emosi tuanya merajuk.kecilnya mencuba tuanya mencuba lagi. pandang betul-betul, kanak-kanak dan warga tua itu sebenarnya tidak banyak berbeza.sejarah itu sebenarnya berulang ulang walaupun dalam bentuk berbeza. dulu bayi ditanam sekarang dibuang. dulu pelacuran dan seks luar nikah berleluasa sekarang tidak berbeza. tamadun itu jatuh naik dan naik jatuh.
*
situasi yang genting memerlukan langkah drastik. memerlukan persidangan tergempar. masalah dadah bila meruncing, mengedar dihukum bunuh. rasuah di negara komunis dihukum bunuh. raja dikhianati hukumnya bunuh. hukum mati itu ada yang bertujuan menyiksa ada yang 'bersih'. baling batu sampai mati untuk yang lain teladankan. tembak mati 'bunuh bersih'. gantung boleh mati disebabkan hentakan, disebabkan oksigen tidak sampai dek terjerut. boleh putus kepala lepas pergi. gas masih belum diamalkan lagi di sini.

bila sejarah itu berulang, bila keadaan meruncing, bila kita lali membaca perkara-perkara yang sebenarnya luar biasa, bila yang mati itu tidak pelik tetapi yang hidup dihairankan. bila kempunan itu disogok-sogokkan 24 jam. apa lagi yang relevan? perlukan kajian. perlu persetujuan. perlu jaga tamadun.atau cuma perlu kita laksana undang-undang yang kita anggap 'purba'. semudah ikat di tengah bukit bintang lontar kasut sampai mati. semudah tembuskan peluru ke kepala guna sniper milik tentera. perlukah bentangkan hukum kanun melaka di persidangan dan bandingkan dengan enakmen? apa perlu belajar ekonomi untuk memahami nilai denda 20 puluh sen di zaman parameswara dan 3000 pada masa kini?

kalau 5 orang buat perkara yang jelik salah seorang tidak tercuit hatinya itu sudah ada yang tidak kena. maka perlu ada langkah yang drastik.hukuman mungkin lebih berat tetapi beban pembuktian tahap pembuktian itukan kan bincang lain. cuma selain itu, dua premis yang perlu dibincangkan

1-korbankan seorang yang bersalah untuk selamatkan beribu
2- lepaskan beribu pesalah adalah lebih baik daripada mengukum seorang yang tidak bersalah
*
undang-undang hutan, purba, batu, kejam, kuku besi itu semua manusia yang namakan untuk dipersepsikan tidak sesuai dengan masa sekarang. cuma kalau kita tahu nilai denda zaman penjajah tidak sampai 50 puluh sen sebenarnya boleh beli tanah, kita tidak hairan mengapa denda tiga ribu hanya dibayar dengan duit dari poket depan sahaja. kalau kita faham mesej di sebalik sesetengah hukuman yang diperkatakan negatif itu,kita laksanakan, kita akan berasa selamat berjalan atau meninggalkan harta terang-terangan. bukan bermaksud lebih berat hukuman lebih baik. tidak sama sekali. perkara terakhir kita mahukan adalah pekan koboi di mana masing-masing mencari keadilan dengan tangan sendiri. cuma perlu faham mesej di sebalik hukuman, kesannya kepada individu, masyarakat dan negara. kalau kasi itu lebih memburukkan keadaan jangan. kalau direjam itu perlu, rejam.atau lebih baik kekal begini. bilangan anak-anak yang dibuang masih terkawal. berkahwin dengan faezierah adalah atas dasar cinta.mangsa-mangsa rogol masih sedikit. kita masih waras. ekonomi negara kita makin melonjak.

jangan risau, apa sistem perundangan yang dilaksanakan pun, pemerintah masih ada peranan. cuma dalam hal sekarang bagaimana hak selainnya?

Life for life, eye for eye, nose for nose, ear for ear, tooth for tooth and wounds equal for equal

5 comments:

  1. Tangan yang dihudud tak tahu nak dibuat apa.

    Cuba tanya maknyah.

    ReplyDelete
  2. mak aih panjangnya tuan lawyer

    ReplyDelete
  3. lepas gian..takut2 tak sempat nulis 2 minggu akan datang

    ReplyDelete
  4. Maknyah pergi Siam potong kemaluan. Mesti dia tahu apa nak dibuat dengan kemaluan yang sudah dipotong.

    Maka tangan yang dihudud takdirnya mungkin sama.

    ReplyDelete