Sunday, January 6, 2013

Game Over

aku tau perkahwinan tue sunnah
tak kahwin nabi tak mengaku ummat
tapi kadang-kadang pemikiran aku tak sampai ke tahap itu
aku keliru dengan masyarakat keliling
yang bercerai tak kesah pasal anak
yang hantar anak-anak ke rumah makbapak
yang nak kahwin banyak sampai empat tapi tanggungjawab abaikan
yang dah kahwin perangai berjudi clubbing party lagi

melayu adalah satu bangsa bersaiz kecil tapi subur
tidak seperti bangsa pak hitam

ruang adalah penting untuk manusia
bila ruang sempit manusia jadi rimas
masalah sosial mula timbul
lebih-lebih lagi zaman moden dengan pembangunan pesat
setinggan tiada peluang, generasi baru tak mampu beli rumah
maka apabila dihalau dari kampung sendiri
anak enam orang duduk dalam rumah flat
maka secara otomatik banyak masa childhood dihabiskan di luar
kalau setakat merempit kacau anak dara orang pon dah satu hal
ni sampai cucuk jadi doktor sendiri
bergaduh kongsi gelap dan macam-macam

waktu bekerja panjang, trafik jam, rindu zaman bujang, zaman kapel
tak mampu bayar babysitter, susah dapat pembantu
sebabkan ramai memilih hantar rumah makbapak
kalau atok nenek budak tue suka takpe
tapi kalau diorang dah tua dah tak larat nak jaga 3-4 cucu yang metabolismanya tinggi
haduh

anak-anak itu kan amanah
bukan macam bela kucing
bukan macam ikan dalam akuarium
anak itu komitmen sepanjang hayat
kain putih yang perlu dicorakkan sesempurna mungkin

kalau anak itu dimarah
anak itu terbantut pembesaran psikologinya
anak itu rasa tak dikehendaki
kan kesian

buat anak semua suka. masa main suka. macam-macam style
time jadi mak, kawan-kawan berlibur kawan-kawan dating mula rasa jeles
time body tak hot, time menggelebeh menyesal.

aku taktahu. aku tak alami lagi
mana mungkin aku faham
mana mungkin ada orang yang boleh betul-betul bersedia
tapi tgk dunia sekarang aku takut
dalam dunia sekarang, baik anak lelaki mahupun perempuan
cabarannya besar. melepaskan anak ke luar, seperti membiarkan anak di hutan

aku jugak risau, takut-takut aku pun sama menyusahkan orang lain
aku bimbang aku rindu zaman-zaman sendiri seperti sekarang
bebas
memang sunyi, tapi bila dah terbiasa begini,
mampukah aku biasakan dengan tanggungjawab,
dengan komitmen sepanjang hayat?

kadang-kadang perkahwinan ini banyak cerita sedih dari bahagia
banyak kecewa dari tenang
walau terkadang aku kesian tgk mereka yang tak berkahwin
sampai putus haid keseorangan
pegawai besar. ahli perniagaan. seorang tanpa zuriat.
waima dalam rumah aku sendiri
pembantu rumah aku yang umurnya hampir 70.
yang hampir separuh hidupnya berkhimat untuk keluarga aku
aku betul-betul simpati.

tuhan betulkan persepsi pemikiran aku

6 comments:

  1. Untuk kesemua situasi yang ko bentangkan, aku ada satu jawapan je. Its a matter of choice.

    (1) yang bercerai tak kesah pasal anak. Its a matter of choice. Adakah dengan bercerai bermakna hubungan anda dan anak pun patut bercerai. Ko ada pilihan ko.

    (2)Kahwin sampai empat tapi abaikan tanggungjawab. Its a matter of choice. Tak salah untuk kahwin empat. Tapi mampu ke ko kawin empat? Ko ada pilihan ko.

    (3) Dah kawin tapi still g clubbing. Seriusly, itu sahaja ke tempat untuk berhibur? Its matter of choice. ko ada pilihan ko.

    (4) Hantar anak ke mak bapak. Ko boleh je antar anak kau dekat babysitter. Tapi setakat mana kepercayaan ko terhadap babysitter berbanding mak bapak ko? Mostly, mak bapak yg ko tanya diorg insist nk jaga cucu diorg. Its matter of choice. ko ada pilihan ko.

    Maka, atas kesimpulan di atas, tak perlu takut untuk kahwin. Kahwin itu pilihan ko. Dan macam mana jalan cerita perkahwinan ko, itu jugak pilihan kau. selebihnya, biarkan lah Allah yang tentukan. Semoga ini boleh memperbetulkan persepsi kau.

    ReplyDelete
  2. tanggunjawab tu bukan bebanan

    bila terjadinya perkara2 yang ko RUNSINGKAN sgt2 tu, itu adalah disebabkan tanggungjawab yang telah bertukar menjadi bebanan

    fahamkan betul2...

    bila dah jadi tanggungjawab maknanya dah TAKDA PILIHAN,ada bende yang nak diTANGGUNG dan diJAWAB nanti...

    x payah nak risau2 sgt..nanti sasau...pemikiran ko ni dah ke arah keSASAUan dah ni



    ReplyDelete
  3. yup it's a matter of choice.tapi ramai yang memilih jalan yg aku rasa membawa kepada kerosakan. walhal semua itu boleh dikawal. tapi aku tak boleh cakap lebih-lebih sebab mungkin orang yang dah kahwin atau lama dalam perkahwinan semuanya kan rasa begitu. mungkin keperluan terlampau mendesak untuk dia kahwin empat. mungkin dia tak percaya babysitter lalu menyusahkan makbapak. maybe dia larat jaga anak dia sorang lepas cerai. maybe tabiat berjudi party2 nie dah sebati dengan dia. 20 tahun buat benda tue tibe2 stop.

    kalau berkahwin menyusahkan lagi ramai pihak. kenapa berkahwin? berkahwin tu pun pilihan

    ReplyDelete
  4. cuba kau fahamkan betul-betul. takda pilihan + kena tanggung + kena jawab= kenapa pulak semua tu bukan bebanan?

    ReplyDelete
  5. perkataan ko ni seolah-olah punca segala perkara negatif yang berlaku ni adalah kerana orang memilih untuk berkahwin. Kalau itulah maksud kau, tak lahir ko kat dunia ni.

    Masalah 'menyusahkan orang' ini berlaku atas pilihan orang yang berkahwin tu dalam membentuk jalan cerita perkahwinan dia, bukan berlaku disebabkan orang itu memilih untuk berkahwin.

    alah, aku tau ko tau benda ni. Saja poyo nak tanya soalan mcm tu.

    ReplyDelete
  6. pergh ganas gile point ko pasal tak lahir aku kat dunia.
    bukan poyo cap. aku ada teori. takda pengalaman. tapi pemerhatian aku tgk sebabkan aku keliru. yang bermasalah tu semua tak berfikir atau keadaan memaksa atau mendesak?

    ReplyDelete