Thursday, July 25, 2013

Derasnya Ombak Kerasnya Tebing

Di tepi setinggan
hashim mengira-ngira kepingan seringgit yang berbaki
apakah cukup nak beli beras yang kehabisan
sudahnya memandang kepada kayu-kayu ukirannya
sudah hampir penuh bengkelnya dengan ukiran tersebut
kalau layak pondok itu dipanggil bengkel
penuhnya bengkel itu bererti tiada pembeli
tiada permintaan. bermakna makan sekali sehari
bermakna anak-anak tak berduit belanja ke sekolah

di Bukit Jalil
pasukan Spain terus menerus mengasak
pantang bola di pihak Spain, Italy pasti diserang
bertubi-tubi
Italy hanya mampu bertahan. memang kepakarannya bertahan
sekali sekala nampak ala-ala serangan balas
walaupun bola tidak pernah sampai ke garisan penalti lawan

Di sebuah rumah teres dua tingkat
Gopal termenung
hidupnya lengkap dengan isteri dan anak-anaknya
cukup makan pakainya
kalau dulu menungnya berkisar tentang duit tak cukup
sebab terlebih belanja di Eropah tempoh hari
kalau dulu menungnya memikir apa nak dibuat dengan bonus 3 bulan
kini menungnya tentang pelaburan forex yang ditawarkan sahabat paling dipercayai
janji untung 300 peratus itu memang manis
syaratnya hampir semua simpanannya perlu dilaburkan
mungkin inilah detik perubahan.
kalau dulu dapat duit bayar hutang dapat duit bayar hutang
seperti semua orang, yang orang anggap normal
tidak baginya. dia sekeras-kerasnya menafikan kita perlu berhutang
maka mungkin
ini peluangnya

di dalam gelanggang tinju
kei meng menahan sakit. rusuknya yang cedera terus ditumbuk
sekali sekali tumbukan padu melekat di mukanya
dalam perkiraannya, 2-3 kali ditumbuk begitu
hidungnya mungkin patah
penonton resah. ada yang dengan bangganya berkata
itu taktik, itu strategi meletihkan lawan, menunggu peluang.
apakah mungkin ada kejutan? bolehkan lawannya pemuda bernama onam itu letih
apakah mungkin tiba-tiba kei meng melawan dengan asakan yang membuatkan onam rebah?
adakah strategi sebegitu?

meja buffet itu penuh dengan rakan-rakan lama maria
semuanya berjaya belaka
dirinya tidak ketinggalan. tidak keterlaluan jika dipanggil usahawan berjaya
namun dalam hatinya, resah tidak menentu
panggilan ah long makin lama makin kerap. masih tidak dijawab
otaknya ligat memikir ah long lain yang boleh dipinjamnya,
menuntup hutang yang boleh merisikokan nyawanya
tiram udang karang sirip ikan semua tidak disentuhnya
memang itu makanan mingguannya
di hotel-hotel, di kelab-kelab

nasib pasukan sorak sekolah mary an sungguh malang pada pagi itu
hari pertandingan nurin demam. dialah tulang belakang bagi setiap piramid yang dibina
maka josephine masuk menagganti
lain pula kisah ketua pasukan, loges
puteri harapan dengan aksi lonjakan gulung itu
tanpa perlu disangkal, pasti membawa kemenangan total pasukannya
sekiranya dibuat sekali lagi dalam pusingan akhir.
loges mengetap bibirnya rapat rapat
dia pasti tumitnya berdarah. melecet ketika peringkat pusingan pertama
namun sebagai tonggak utama perkara itu perlu dirahsiakan
kalau ayam tambatan hilang paruhnya. takkan bersorak orang dalam sabungnya
kedudukan mata menunjukan sekolah mary an itu mendahului pasukan sekolah lain
namun bukan bermakna tidak boleh dipotong
dari segi mata sekolah itu hanya perlu seri
dari segi semangat, mereka hanya perlu membuat satu lagi persembahan
menyudahkan menamatkan satu lagi persembahan
tidak perlu terlampau cemerlang. lawannya tidak sekuat mana
asal buat, asal tamat, asal sampai penghujungnya
namun latihan intensif jurulatih baru ini mula menunjukkan kesan negatif
akibat terlalu kerap berlatih semua ahli kepenatan
belum cerita nasha yang diserang asma
dan lilian yang penat dikerjakan teman lelaki malam sebelumnya

aktuaris merunung graf kewangan semua syarikat yang disenarai pendek
pilihan perlu dibuat
syarikat pertama kewangannya turun turun naik turun mencanak turun naik mencanak turun
syarikat keduanya mulanya turun menjunam kini meningkat naik
syarikat ketiga dari bermula tinggi keuntungannya kemudian mendatar dengan kemerosotan tidak ketara dan kini menjunam turun
syarikat keempat mendatar turun mendatar turun berulangan tetapi setiap kali turun kembali naik
ah pening kepalanya memilih syarikat untuk pelaburan majikannya

pada usian 60an ini
john termanggu. nak diceraikan isteri seusianya, anak dah 3 cucu seorang
minggu sudah genap usia perkahwinan 40 tahun
belenggu derita terasa bagai selamanya
apakah mungkin  ada peluang kedua untuknya?
menulis cerita baru dengan watak tambahan
atau perlu dia terseksa dengan isterinya yang pukul 4 petang masih tidak mandi bermalas-malasan
untuk makan belas ehsan pencen isterinya itu sebagai pendapatan keluarga
untuk dimaki dicerca dileter setiap hari
setin carlsberglah yang buat dia bertenang
dua biji ubat membolehkan dia tidur
dan sedutan serbuk itulah membuatkan dia masih mampu tersenyum
apakah ada jalan keluar untuk cerita ini?
untuk perkahwinan ini?
untuk anak-anaknya berdepan dengan masyarakat.
untuk pekung yang tidak pernah diketahui jiran tetangga

joe sudah berhenti kerja. keluar dari rumah keluarganya
dengan niat berdikari
walaupun perancangannya baik
sebaliknya yang terjadi
makin hari makin teruk
penangan ditinggal kekasih hati
kini tanpa pendapatan, dengan rokok yang tidak penah lekang dari jari
joe berusaha
mencari titik paling rendah dalam hidupnya
agar hidupnya kosong tahap infiniti
sengaja mahu dibiarkan hidupnya terus hancur sampai tidak tinggal apa-apa
jauh di sudut hatinya berkata
kalau di atas, tiada tempat lain untuk dituju melainkan ke bawah
dan kalau aku berada di tempat paling bawah. harapan aku untuk menuju ke atas lebih tinggi
tanpa harapan dan jangkaan sesiapa
maka sengaja dibiarkan hidupnya terumbang ambing

di medan perang tentera soviet terus mara
belum pun pangkalan tentera di marikh yang baru ditawannya mantap
soviet bergerak menyerang jupiter .
sebaik jupiter ditawan hanya pertahanan dan logistik minimum ditempatkan
armada bergerak menyerang zuhal
ketika di zuhal, jeneralnya putus tangan kiri. namun tetap gagah ke depan
menghunus pedang melibas-libas. satu demi satu kepala musuh dipancung
mejar subasa yang berada di barisan tengah berjuang dengan cermat
di dalam bayangan ingatannya anak-anak di rumah bungalow kem tentera jagaannya
maka mulutnya lebih banyak mengarah kapten dan prebet-prebetnya mara
sementara dirinya mengelak dari maut di medan tragis itu. medan berdarah.

untuk kita simpulkan sendiri

No comments:

Post a Comment