Pada pendapat aku,
mentaliti ini tanah kami, korang balik China
adalah sebab kenapa kita berada di mana kita berada sekarang.
bukankah banyak nas-nas yang menyuruh kita hidup
sebagai pengembara
sebagai musafir
menumpang teduh di bawah pohon
menyinggah di bumi.
tak usah tengok jauh-jauh bangsa lain yang ada sebelum merdeka
lihat sahaja pendatang yang baru tiba
mengaut untung di bumi bertuah ini.
dan aku yakin,
jika 'tongkat' kita dicabut
lingkup kebanyakan kita
No shame
11 years ago
Aku rasa, kesedaran akan timbul bila mana tongkat ini dicabut. Lihat bagaimana peritnya hidup tanpa tongkat.
ReplyDeleteTanpa tongkat tidak bermakna kita akan hilang beras yang disuap ke dalam mulut kerana itu hak Yang Hakiki.
Cuba hidup sebagai bangsa pengembara, bangsa musafir. Mungkin itu akan meluaskan pandangan bangsa ini. Untuk tidak bergantung pada tongkat apabila buta. tidak bergantung pada sedekah bila tempang. Bangsa ini bangsa yang bijak, pandai. Cuma disistemkan untuk menjadi pemalas.
Dan puak yang paling takut untuk hilang tongkat ini adalah puak bangsawan yang tidak pernah merasa hidup di jalanan. Yang hidupnya diescort tiap kali melalui jalan yang sesak. Yang dikerumuni orang berbadan sasa bila mana berjalan kaki. Yang mana dihidangkan makanan sedap-sedap tiap kali datang ke majlis. Yang mana hidupnya tidak pernah mengeluarkan sesen pun duit sendiri kerana hidup atas subsidi.
dengan tongkat sekalipun kita masih di bawah. kalau dicabut tongkat, rebah kita takkan bangun balik. apa masih tidak kita amik iktibat dari pulau mutiara dan kota singa? sanggup kita perjudikan nasib kita dengan cuba cabut tongkat?
ReplyDeletebab rezeki aku tak boleh nafikan. memang betul itu milikNya