Pergh ini cubaan pertama untuk tidak menghapdate status fb. bila tulis di sini, panjangnya dah tak macam status. Perkataan Isle di atas bukan bahasa poetic yang membawa maksud pulau. bukan aisle. Isle ini merujuk kepada loghat negeri. contoh slogan, membangun bersama Isle. ha gitu.
Tidak tahan melihat gambar cina kencing banner gambar Nik Aziz, Hadi Awang dan Sivarasa. Tidak sanggup melihat melayu kencing gambar Lim Kit Siang. melayu pijak gambar Najib dan TPM. Bekas tentera senam bontot depan rumah Ambiga. Gambar babi, pemerintah dan mufti. apa korang tak sekolah ke?
Aku taktahu agama lain macam mana ajarannya. tapi kalau itu ajarannya, penjajah kata something is wrong somewhere.
Bagi yang Islam. adakah itu beragama? meh aku kongsi dengan korang rahsia. aku pernah tulis tampalan mengenai bagaimana manusia dijadikan dari pelbagai bangsa, darjat dan status. tapi kalaulah korang benci sangat dengan agama lain, bukan ke kamu dengan agama kamu dan mereka dengan agama mereka?
dan kalaulah korang benci sangat dengan sesama bangsa sekalipun. meh aku bagitau satu rahsia. satu janji Pencipta kamu. dan terjadi kepada manusia terhebat yang pernah hidup.
Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih
baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa
permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah
seorang sahabat karib.
41:34
amacam? pernah jumpa janji ini? bukan nak kata kita malaikat. bukan nak kata berbaik tak payah berpada-pada. bukan nak kata buat gitu tak sakit hati langsung atau tiada perasaan. tapi cuba try test (3 perkataan yang sama menunjukkan aku bersungguh).
manusia terhebat pernah hidup pernah dihunus pedang di lehernya dan ditanya siapa yang boleh menyelamatkannya? tersentak dengan jawapan yang diberikan manusia hebat itu, pedang tersebut jatuh dan diambil manusia hebat, dihunus kembali tetapi membuat keputusan untuk maafkan orang tersebut. rasanya-rasa apa kesudahannya? aku cerita ini pun ringkas sahaja. nak cerita penuh, suap semua, korang boring pulak kan.
No shame
11 years ago
oppa gangnam style
ReplyDeleteSatu, ape kejadahnya kencing di banner yang mempunyai muka manusia sedangkan toilet di jalanan telah disediakan? Mereka ini sama seperti orang-orang yang meniru oppa gangnam style (seriusly, ape kaitan?)
ReplyDeleteTerakhir (chewah, list-list macamlah ade banyak komen), aku juga tidak bersetuju terhadap double standard yang berlaku. kalau orang kencing najib diambil tindakan, ambil la jugak tindakan kepada yang kencing nik aziz dsbg. malah, kalau kencing dekat pakcik jual kerepek kentang pun aku rasa perlu ditangkap (jika itu boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan dalam mana-mana akta)
P/S : dulu suruh orang komen letak nama anonymous pun takpe. sekarang, suro orang letak nama pulak. next year tahun baru cina kang suro orang bagi link account number plak. Haha! ye. ye. aku letakla nama aku
ranking terbaru blog kilau saladin 17,744,031..keep it up
ReplyDeletehahahha kan cantik aku bace, baru la tau idup lagi rupenye kau botak. diorang dah mula carik dua orang kencing tue. double standard tak aku taktau. pada aku tak patut doh buat camtue. tapi apakan daya. bebunuh pun sanggup.
ReplyDeleteminda korang mula terjajah dengan gangnam style dan gangbang
dah dkt nak ke tangga 18 juta tue..hahhahah...time nie la elok nyanyi lagu ramli sarip. aku menulis, bukan kerna namaaa
ko takyah teruja sangat, ranking terkini ko dah sampai 8,334,210.......keep it up- kolad
ReplyDeleteuish. dah lebih separuh naik..heheh time kasih weih..nie semangat nak tulis nie
ReplyDelete