Saturday, March 29, 2014

Senyum Perlahan


Kata yang aku ucapkan perlahan
Untuk kau baca dengan perlahan

Hairan bukan
Macam mana perkataan terbina dari abjad
Singgah memberi kesan
Menghiburkan segala lara

Mencari ilham bukan perlukan pantai
Tidak perlu untuk mendaki ke puncak
Cukup dengan ketenangan
Biar di mamak yang penuh manusia
Walau sunyi berseorang di rumah

Yang kau bersedih hati 
Senyumlah walau dalam kepedihan
Tidurlah dengan nyaman
Bila kudrat telah bercurahan
Senyum
Serahkan pada tuhan

Friday, February 21, 2014

Ajaibnya Kerja

Apa itu kerja?

Kerja itu ibadah-->pahala

Kerja dengan berfikir
Kerja dengan belajar
Kerja dengan displin
Kerja dengan sabar
Kerja dengan amanah
Kerja sikit-sikit

Kerja itu peluang untuk fokus
Kerja itu peluang untuk rajin
Kerja itu peluang untuk positif
Kerja itu peluang berjimat
Kerja itu peluang berkawan
Kerja itu peluang kepuasan

Kerja untuk duit
Kerja untuk keturunan yang baik
Kerja untuk menjadi orang yang pandai
Kerja untuk cantik
Kerja untuk disuka

Kerja sampai habis

Kerja untuk Agama

Monday, February 17, 2014

Ketika detik itu

Dia orang yang open minded open. Tapi open minded dalam erti kata bukan semua boleh.Tapi definisi yang sama dengan think outside the box.think outside the box bukan dalam erti kata kreatif. Kreatif adalah sebahagian daripadanya. Tapi yang paling penting adalah fikir pasal orang lain.fikir apa orang perlu.concern.care.jujur.

Tapi tidak sampai menyusahkan diri.tidak sampai mengadakan apa yang tidak ada. Tidaklah sampai percaya apa sahaja yang keluar dari mulut yang meminta pertolongan.

Kalau cakap jgn sebarang cakap.post sesuatu jgn sebarang post

Ahh.kalau mula melabel orang begitu begini.kalau mula rase kita pandai bace orang.itulah kegagalan pertama kita dalam belajar menjadi open minded.itu gagal memahami yang tidak semua orang seperti kita dari segi kehendak, dari segi apa yang betul apa yang salah.itu gagal.

Nahhhh lagi kau nak hairan mengapa kawan kau hanya berkisar dalam satu aktiviti. Sedangkan mereka kabelnya mungkin sama lintang.tapi tak berkorban lebih tinggi.lagi ko pelik mengapa dia dikenali hampir setiap tempat yang dia pergi.

Aku pula perlu mula berfikir.kenapa aku buat itu.kenapa aku buat ini.apa point nya? Mengharap name? Mengharap pujian? Atau aku nak buat kebaikan.

Ini bukan zaman sekolah.kita fikir sesetangah orang kita kenal dari sekolah.kita boleh tahu tahap pemikiran dia.itu meleset.sangkaan yang melesit.kerana dia mungkin seorang uang pandai.tapi kalau ditanya kenapa zaman sekolahnya kenapa dia buat ketja bodoh.kenapa dia menyusahkan diri. Kenapa carik masalah, kenapa gadai masa depan. Dia sendiri tak boleh jawab.sebab orang berbeza.tapi tak bermakna dia tak pandai.

Dan bukan buta-buta kita percaya orang itu akan berjaya suatu hari nanti.dan merana bila tak jadi seperti apa kita harapkan.mungkin natijahnya sama.nasibnya berkekalan.

Sebab sistem kita yg menghukum kita.sistem yang tak meraikan late bloomers. Sistem kita mengangkat orang yang tunduk kepada sistem pendidikan kita sebagai bos.sebagai pegawai. Dan tidak memberi peluang pada mereka yang tidak dianugerahkan kesedaran aeal itu sebagai hamba sesama manusia.walhal kesedaran yang lambat itu mungkin lebih bermakna.lebih baik dan terjamin.

Jadi apa yang kita hormatkan satu bangsa yang melihat duit sebagai katu pengukur.kenapa perlu kita agungkan bangsa yang menghukum orang yang tidak sependirian daripadanya.yang tidak putih padanya semua hitam.

Belajar mempercayai orang

Dalam adab budaya itu ada kekuatan.orang dulu bukan sebodoh yang disangka.bukan orang dulu tak terfikir apa yang kita fikir.tapi ada makna bagi setiap tradisi.dan kita boleh harmonikan dengan agama kalau mampu tanpa bersusah payah.tanpa kita  perlu gadaikan prinsip.kenapa perlu kita burukkan apa yang tidak bercanggah semata-mata culturenya berbeza

Alangkah baiknya perasaan saat menulis ini sama seperti saat membacanya

Mungkin kita takkan boleh faham semua orang walaupun lagi cepat lagi baik.tapi kita boleh hormat


Sunday, December 29, 2013

2-0-1-4

Bila tahun baru menjelang, tidak kira tahun masihi atau tahun hijrah, kita berasa seronok.
walau jauh dalam benak kita, kita tahu sebenarnya tidak ada apa yang berbeza. siang dan malam tetap berganti, umur semakin tua dan harga barang makin mahal.

Pada diri aku, biarlah apa bicara tahun baru sekalipun. yang penting ia sebagai penanda. sebagai ingatan. sebagai harapan dan kekesalan. sebagai semangat dan sebagai pengajaran.

2013 menyaksikan aku jatuh. betul-betul jatuh. tahun balasan sifat tak tahu bersyukur aku.
2014 aku jadikan rangka masa untuk aku kembali. menebus kesalahan, memperbaiki kelamahan
2015 adalah tahun untuk menilai sekuat mana aku telah berusaha pada tahun 2014 ini.

kita sering mendengar motivasi 'bagaimana' 'rahsia' 'tips' dan sebagainya. jarang kita dengar macam mana nak buang kekangan minda. bagaimana nak buang rasa tak boleh dalam diri. rasa kecil dalam diri. rasa kesal yang sangat apa yang dah terjadi. jarang kita dengar motivasi yang menjenguk sejarah. kita lebih fokus ke hadapan. tidak salah. tapi kalau sesetengah dari kita masih enggan bergerak dari sejarah, apa penyelesaiannya?

di sinilah munculnya harapan. walaupun segala logik adalah mustahil dan kemungkinan tidak sedikit pun kelihatan manakala kebarangkaliannya rendah, jika ada harapan datang menjenguk walau sebesar atom, kita aku bergerak. tidak banyak sedikit. kehadiran harapan yang tipis itu sebenarnya sudah cukup untuk menjadi motivasi untuk survival seorang manusia.

di situlah rasionalnya tahun baru. salam 2014

Wednesday, December 4, 2013

Pengalaman Hampir Mati

Malas nak cerita semula. tapi boleh baca di sini.

https://www.facebook.com/groups/100468723488399/permalink/116713808530557/

Tak sangka dah setahun.

Monday, October 14, 2013

Cinta dan Kebodohan

Love makes u do stupid things.not all the time.not sometimes.but most of the times.
That should explains why am i writting this in english.

The thing is, i always fall for a 'wrong girl'.widow, a girl who smokes, problematic daughter, fashion weirdo
maybe God wants me to change myself if i want a better girl.without improving myself i will keep on falling for the wrong girl.

I don't know much about this girl.in fact i think she herself is confuse about her true identity.more reasons to love her.yes i have inferiority complex especially when it comes to liking someone.but in this case,i think ppl will have to agree.saving the details, let just say that we do not have the same values.let alone we have different sets of character and mentality.

Though it will not justify the means, i still want to explain. i do not know her that well to even say we are different. But i have to say, i know shes has more to offer rather than being a bimbo.i judge i assume, i say that, might be because of my instinct, hunch or observation.but obviously because i like her. Yes suddenly i become optimistic as well as positive.

This is wrong.
I have made a big mistake.
One person saw me did it.
I tried to be funny.
Now,
I have to be brave
To deal with the music 
That might be coming anytime now
As love,make us do stupid things

I hate this feeling


Thursday, September 26, 2013

Kata Penjajah Jaded

Seorang kakak atau makcik aku tak pasti
yang anak dua dan umur 43 tahun
selepas dengar rapuan aku berkata

"akmal you are jaded,
you gini gitu
you tengok ini itu
pastu u rasa macam takda benda lain makes you happier than that
u taknak face problem orang lain hadap,
pessimistic, give up, heart broken
it's not apple to apple
find a new exhilaration
it's all on you, attitude"

terlampau banyak kata-kata penjajah
yang asing bagi aku dalam bebelan di atas

dalam hati aku. nak berkata penjajah gak

"i am guilty as charge"

Tuesday, September 10, 2013

Mencari Aku

Mencari cermin
Untuk aku melihat cacatnya 
Perangai aku
Untuk aku lihat bodoh dan tak matang
Keletah aku

Mencari gua
Biar bergema kedangkalanku
Biar pantulan cermin hadir dengan bunyi
suara pemikiranku yang cetek
tanda malas berfikir dan berusaha

Mencari takungan air
Biar aku dibayangi sentiasa
Sejarah silam asal usulku
Agar dapat aku yakini 
Darah yang mengalir 
dalam sosok tubuh ini...
Bukan darah marhaen

Mencari tali
Agar dapat aku paut dan pegang
Dari songsangan dan kesesatan

Tuhan, jangan biar diri ini
Mengemis ehsan
Sedang diri penuh hina
Angkatlah hamba ini
Dari lembah dusta dan pura-pura

Monday, August 26, 2013

Sunyi Seorang Wanita

Pergh tajuk...
tak perlu fikir bukan-bukan
tiada kena mengena dengan belaian manja

sebelum itu
selamat berhari raya
1 syawal di hospital menyambut anak saudara keempat

dan di musim perayaan ini
ramailah kawan yang tenggelam sepanjang tahun
timbul.
maka akan timbul di benak kita siapa orang ini? apa sejarah aku dengan dia?
mesti ada satu peristiwa atau insiden untuk kita mengaitkan seseorang itu
untuk kita mengingatinya

watak-watak yang muncul raya ini adalah watak-watak yang sama
dengan cerita kehidupan yang berbeza
yang dah kahwin yang belum kahwin-kahwin
yang dah beranak yang belum beranak-anak
ahhh populasi kaum bujang sebaya makin lama makin terancam
ahh takkan aku nak kahwin sebab semua orang kahwin
walaupun baru ni aku terpengaruh
akhirnya pakai smart phone 
setelah 4 thn bekerja dan bertahan

Bila lihat kawan-kawan perempuan lama
yg dah kahwin dah beranak
(perempuan biasanya kahwin awal kan)
3 perkara utama yang akan berlegar di benak aku

perkara pertama dan kedua
korang takyah sibuk nak tau
yang aku nak cite yg no.3
bila perempuan yang pandai
atau berjaya
tiba-tiba menjadi suri rumah 
sepenuh masa
boleh jadi kehendak sendiri
boleh jadi atas arahan suami yang tidak mahu isterinya bekerja

cakap-cakap mengenai
pekerjaan terbaik adalah mengasuh anak di rumah
cakap-cakap bahawa
tempat wanita itu di rumah untuk mengelak fitnah
cakap-cakap
beri keutamaan wanita tunggal bekerja manakala wanita cantik duduk di rumah
semuanya relevan
tetap relevan dan bernas

namun, apa yang cuba aku sampaikan di sini
situasi di perenggan atas hanya terpakai pada mereka yang ikhlas
kalau tidak, masalah mungkin timbul.

bayangkan...
seorang wanita yang tamat pengajian dengan kelulusan amat cemerlang
di sanjung sana sini dan suka kepada kecermelangan
dipaksa suami untuk duduk di rumah.

bayangkan...
wanita yang dulunya digilai ramai kerana kecantikannya
bertepek tahi mata di rumah dengan pakaian yang serba selekeh
fesyen wanita berpantang lepas bersalin

bayangkan
selepas penat seharian memandikan, menghantar anak ke sekolah, memasak, membasuh tanpa rehat
suami balik minta buat segelas kopi minta nafkah batin minta itu minta ini
tak salah
jadi salah bila suami tadi buat remarks
"i penat cari duit di luar bagi makan korang semua, u duduk rumah tak buat apa komplen"

dan di situlah, segala masalah timbul.
mungkin bukan satu punca utama, tapi salah satu punca
retak.

dan malam tadi. topik ini dibincang semula
dengan tambahan faktor anak

pada aku
ini bukan zaman dulu di mana perasaan ikhlas itu datang pakej dengan anak
wanita hari ini mungkin lebihkan media sosial dari botol susu
lebihkan nak maintain badan dari menetek anak
lebihkan kenaikan pangkat daripada mengajar anak membaca

pahit atau tidak. itu realiti. kita kena bersetuju.
bayi terbang dari flat, dipam dalam tandas, dihanyut sungai
kalau kita terus nafikan yang naluri ibu generasi ini boleh dipertikai
kita hanya menipu diri kita

Thursday, July 25, 2013

Derasnya Ombak Kerasnya Tebing

Di tepi setinggan
hashim mengira-ngira kepingan seringgit yang berbaki
apakah cukup nak beli beras yang kehabisan
sudahnya memandang kepada kayu-kayu ukirannya
sudah hampir penuh bengkelnya dengan ukiran tersebut
kalau layak pondok itu dipanggil bengkel
penuhnya bengkel itu bererti tiada pembeli
tiada permintaan. bermakna makan sekali sehari
bermakna anak-anak tak berduit belanja ke sekolah

di Bukit Jalil
pasukan Spain terus menerus mengasak
pantang bola di pihak Spain, Italy pasti diserang
bertubi-tubi
Italy hanya mampu bertahan. memang kepakarannya bertahan
sekali sekala nampak ala-ala serangan balas
walaupun bola tidak pernah sampai ke garisan penalti lawan

Di sebuah rumah teres dua tingkat
Gopal termenung
hidupnya lengkap dengan isteri dan anak-anaknya
cukup makan pakainya
kalau dulu menungnya berkisar tentang duit tak cukup
sebab terlebih belanja di Eropah tempoh hari
kalau dulu menungnya memikir apa nak dibuat dengan bonus 3 bulan
kini menungnya tentang pelaburan forex yang ditawarkan sahabat paling dipercayai
janji untung 300 peratus itu memang manis
syaratnya hampir semua simpanannya perlu dilaburkan
mungkin inilah detik perubahan.
kalau dulu dapat duit bayar hutang dapat duit bayar hutang
seperti semua orang, yang orang anggap normal
tidak baginya. dia sekeras-kerasnya menafikan kita perlu berhutang
maka mungkin
ini peluangnya

di dalam gelanggang tinju
kei meng menahan sakit. rusuknya yang cedera terus ditumbuk
sekali sekali tumbukan padu melekat di mukanya
dalam perkiraannya, 2-3 kali ditumbuk begitu
hidungnya mungkin patah
penonton resah. ada yang dengan bangganya berkata
itu taktik, itu strategi meletihkan lawan, menunggu peluang.
apakah mungkin ada kejutan? bolehkan lawannya pemuda bernama onam itu letih
apakah mungkin tiba-tiba kei meng melawan dengan asakan yang membuatkan onam rebah?
adakah strategi sebegitu?

meja buffet itu penuh dengan rakan-rakan lama maria
semuanya berjaya belaka
dirinya tidak ketinggalan. tidak keterlaluan jika dipanggil usahawan berjaya
namun dalam hatinya, resah tidak menentu
panggilan ah long makin lama makin kerap. masih tidak dijawab
otaknya ligat memikir ah long lain yang boleh dipinjamnya,
menuntup hutang yang boleh merisikokan nyawanya
tiram udang karang sirip ikan semua tidak disentuhnya
memang itu makanan mingguannya
di hotel-hotel, di kelab-kelab

nasib pasukan sorak sekolah mary an sungguh malang pada pagi itu
hari pertandingan nurin demam. dialah tulang belakang bagi setiap piramid yang dibina
maka josephine masuk menagganti
lain pula kisah ketua pasukan, loges
puteri harapan dengan aksi lonjakan gulung itu
tanpa perlu disangkal, pasti membawa kemenangan total pasukannya
sekiranya dibuat sekali lagi dalam pusingan akhir.
loges mengetap bibirnya rapat rapat
dia pasti tumitnya berdarah. melecet ketika peringkat pusingan pertama
namun sebagai tonggak utama perkara itu perlu dirahsiakan
kalau ayam tambatan hilang paruhnya. takkan bersorak orang dalam sabungnya
kedudukan mata menunjukan sekolah mary an itu mendahului pasukan sekolah lain
namun bukan bermakna tidak boleh dipotong
dari segi mata sekolah itu hanya perlu seri
dari segi semangat, mereka hanya perlu membuat satu lagi persembahan
menyudahkan menamatkan satu lagi persembahan
tidak perlu terlampau cemerlang. lawannya tidak sekuat mana
asal buat, asal tamat, asal sampai penghujungnya
namun latihan intensif jurulatih baru ini mula menunjukkan kesan negatif
akibat terlalu kerap berlatih semua ahli kepenatan
belum cerita nasha yang diserang asma
dan lilian yang penat dikerjakan teman lelaki malam sebelumnya

aktuaris merunung graf kewangan semua syarikat yang disenarai pendek
pilihan perlu dibuat
syarikat pertama kewangannya turun turun naik turun mencanak turun naik mencanak turun
syarikat keduanya mulanya turun menjunam kini meningkat naik
syarikat ketiga dari bermula tinggi keuntungannya kemudian mendatar dengan kemerosotan tidak ketara dan kini menjunam turun
syarikat keempat mendatar turun mendatar turun berulangan tetapi setiap kali turun kembali naik
ah pening kepalanya memilih syarikat untuk pelaburan majikannya

pada usian 60an ini
john termanggu. nak diceraikan isteri seusianya, anak dah 3 cucu seorang
minggu sudah genap usia perkahwinan 40 tahun
belenggu derita terasa bagai selamanya
apakah mungkin  ada peluang kedua untuknya?
menulis cerita baru dengan watak tambahan
atau perlu dia terseksa dengan isterinya yang pukul 4 petang masih tidak mandi bermalas-malasan
untuk makan belas ehsan pencen isterinya itu sebagai pendapatan keluarga
untuk dimaki dicerca dileter setiap hari
setin carlsberglah yang buat dia bertenang
dua biji ubat membolehkan dia tidur
dan sedutan serbuk itulah membuatkan dia masih mampu tersenyum
apakah ada jalan keluar untuk cerita ini?
untuk perkahwinan ini?
untuk anak-anaknya berdepan dengan masyarakat.
untuk pekung yang tidak pernah diketahui jiran tetangga

joe sudah berhenti kerja. keluar dari rumah keluarganya
dengan niat berdikari
walaupun perancangannya baik
sebaliknya yang terjadi
makin hari makin teruk
penangan ditinggal kekasih hati
kini tanpa pendapatan, dengan rokok yang tidak penah lekang dari jari
joe berusaha
mencari titik paling rendah dalam hidupnya
agar hidupnya kosong tahap infiniti
sengaja mahu dibiarkan hidupnya terus hancur sampai tidak tinggal apa-apa
jauh di sudut hatinya berkata
kalau di atas, tiada tempat lain untuk dituju melainkan ke bawah
dan kalau aku berada di tempat paling bawah. harapan aku untuk menuju ke atas lebih tinggi
tanpa harapan dan jangkaan sesiapa
maka sengaja dibiarkan hidupnya terumbang ambing

di medan perang tentera soviet terus mara
belum pun pangkalan tentera di marikh yang baru ditawannya mantap
soviet bergerak menyerang jupiter .
sebaik jupiter ditawan hanya pertahanan dan logistik minimum ditempatkan
armada bergerak menyerang zuhal
ketika di zuhal, jeneralnya putus tangan kiri. namun tetap gagah ke depan
menghunus pedang melibas-libas. satu demi satu kepala musuh dipancung
mejar subasa yang berada di barisan tengah berjuang dengan cermat
di dalam bayangan ingatannya anak-anak di rumah bungalow kem tentera jagaannya
maka mulutnya lebih banyak mengarah kapten dan prebet-prebetnya mara
sementara dirinya mengelak dari maut di medan tragis itu. medan berdarah.

untuk kita simpulkan sendiri

Monday, July 15, 2013

Kita ada kawan

Kita mungkin ada satu kawan
kuat mabuk. hampir
setiap kali jumpa
minum

Kita mungkin ada satu kawan
bakat mengayat perempuan.
setiap kali jumpa
lain-lain perempuan

Kita mungkin ada satu kawan
tahi judi
setiap kali jumpa
bercerita menang kalahnya

Kita mungkin ada satu kawan
penagih dadah
setiap kali jumpa
tak lekang dari senyum

Kita mungkin ada kawan-kawan
seronok bercerita pasal kawan yang lain
setiap kali jumpa
macam diri tak pernah berkudis

Kita mungkin ada kawan
yang tiba-tiba hilang
adanya seperti tiada

Tuesday, July 9, 2013

Janji Ramadhan

tercipta asal bukan masalah
kini menjadi satu kekesalan masa lampau
satu kerungsingan masa hadapan

alang-alang bermain dengan api
biar aku juangkan sendiri
bagi aku tempoh menyepi menyendiri

untuk hari-hari mendatang
titipkan doa
selepas hak Allah aku tunaikan
segala keringat dan kudrat termampu
aku tunaikan hak manusia.

itu janji aku pada diri sendiri. pada yang berhak.
itu janji ramadhan

semoga ramadhan mendatang kita boleh tersenyum semula

Wednesday, July 3, 2013

Kata penjajah paradigm

"kau ni naik turun gunung, panjat dinding, marathon, gym lagi, tapi perut gitu gak"
soalan ulang siaran berkumandang di udara. satu lagi soalan bosan selain soalan bila nak kahwin dan bila nak pakai telefon pintar.

balik rumah aku termenung. bukan sebab sedih.
sebab aku terfikir. bile orang kata hiking itu adventurous, mencabar dan extreme
hebat sangat ke?
ye memang susah dan perlukan keazaman serta pengetahuan.

tetapi setahu aku,
air yang melekukkan batu bukan sebesar ombak
tidak banjir
malah berupa beberapa titisan di tempat yang sama berterusan selama bertahun2
batu gergasi bergerak bukan kerana ada tenaga yang hebat dan kuat
tetapi kerana terhakisnya batuan kecil tanah atau apa-apa yang mendukungnya untuk berdiri gagah

semua aspek dalam kehidupan kunci pada persistence, pada konsisten, pada istiqamah

dalam soal ibadah diperintahkan menyembahNya 5 kali bukan 17 rakaat sekaligus
kekayaan yang bertahan lama adalah kekayaan yang dibina peringkat demi peringkat.
takkan bertahan lama kekayaan sekelip mata.

walaupun aku menyampah dengan kata-kata penjajah
tapi di Pejabat desktop wallpaper aku ade gambar pemandangan
dengan kata-kata Paul Coelho
siapa dia jangan tanya aku. aku cuma tahu dia penulis.
katanya:-

if you think adventure is dangerous, try routine. It is lethal.

nah! nak aku setuju macam mana lagi.

Monday, June 10, 2013

Fakir

Sebenarnya semua tahu kita tak perlu duit banyak-banyak
cukup sekadar cukup

cuma
perasan tak ada duit membuatkan kita tak senang duduk

walaupun realitinya, kita tidak perlu duit lebih
cukup sekadar cukup

senang cakap dari buat
soalnya. macam mane nak hilangkan atau kurangkan rasa cinta pada duit?

Friday, May 31, 2013

Vakum Kosong Yang Sunyi

Semenjak dua ini ada sahaja event besar
tetiap minggu
orang tau taktau, upload facebook tak upload,
event jahat event tak jahat,
...

aku perasan sehari selepas event besar aku mesti tak tentu arah
sama ada ketagih gian nak buat lagi benda yang sama
atau aku rasa kosong, sunyi, tak bermakna.
...

jerit pekiklah. laung satu dunia, bestnya life kita.
hujungnya

....

kita

Thursday, May 16, 2013

Kata Penjajah Wayfarer

Pada pendapat aku,
mentaliti ini tanah kami, korang balik China
adalah sebab kenapa kita berada di mana kita berada sekarang.

bukankah banyak nas-nas yang menyuruh kita hidup
sebagai pengembara
sebagai musafir
menumpang teduh di bawah pohon
menyinggah di bumi.

tak usah tengok jauh-jauh bangsa lain yang ada sebelum merdeka
lihat sahaja pendatang yang baru tiba
mengaut untung di bumi bertuah ini.

dan aku yakin,
jika 'tongkat' kita dicabut
lingkup kebanyakan kita

Thursday, May 2, 2013

Suatu Petang di Bengkel (s1e1)

p: teruk ko accident hari tue? tanya pakcik pomen sambil memutar spanar dan skru di tangannya.
a: teruk. total loss.
p: laju ke?
a: tak,110, tapi hujan lebat
p: budak-budak suka drift time hujan
a: saya tak biasa bawak kereta continental kot. tayar tarik depan. kalau viva saya tarik belakang boleh drift ke?
p: mane bolehhhhh. 4wd nie pon susah nak drift ko tau. buang ke?
a: haah.skidded.belakang kanan langgar divider, break, terpusing tiga kali, lintas highway 3 lane kena longkang tepi, flip, terbalik2 abes dalam longkang.
p: turtle? 4-4 tayar ke atas?
a: gitulah
p: ko nie. jangan breakkkkk. jangaaaan break.. steer, steer, counter steer

a: *dlm hati* steer abah ko

Tuesday, April 16, 2013

Diam Tanda Selesa


Hari ini aku terima email dari mak. Cerita tentang bunga tulips yang berbagai-bagai warna, tentang kediaman bungalow 3 tingkat yang Mahkamah Keadilan Antarabangsa hanya dalam jarak berjalan kaki. Cerita tentang perjalanan dua minggu. Cerita tentang abah. cerita tentang Belanda dan perjalanan merentasi Eropah.

Sudah genap seminggu permohonan aku untuk keluar negara ditolak. email demi email. panggilan demi panggilan. sms demi sms. bos dari satu lapis ke lapisan yang lebih tinggi sehinggalah surat rayuan aku dengan 10 justifikasi kenapa aku kena pergi dibawa masuk ke dalam mesyuarat pengurusan tertinggi. Natijahnya bukan sahaja rayuan aku ditolak. Malah email yang lebih menyakitkan diterima. Mungkin masa untuk keluarga dan duit beribu yang telah dibelanjakan tidak membawa apa-apa makna buat mereka.

Hujung minggu lepas, aku dapat panggilan untuk naik bukit. Oleh kerana ketegangan emosi yang melampau di samping tiada bantuan kejutan bangun pagi aku lewat. Atas desakan Mk- kawan yang berpangkat pakcik aku gagahkan juga pergi. hanya 3 orang. aku, Mk dan seorang kawan baru perempuan. Kawan perempuan ini baru keluar wad, maka pendakian hanya secara santai. untung juga dapat aku duduk dan melihat 'gua' yang sebelum ini tak pernah aku jengah.

Di atas bukit ini. segala tekanan hilang. masalah hilang. semak kerja dan beban tanggungjawab hilang. kesedihan hilang. ketagihan hilang sehinggakan tiada nafsu untuk berbuat jahat. Mungkin di sini aku lebih dekat dengan ciptaanNya. bersaksi atas kebesaran dan keagunganNya. Yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, sungai-sungai yang mengalir, menjadikan hujan serta berKuasa atas terbit dan tenggelamnya matahari.

Dalam perjalanan turun ke kereta kami berhenti di suatu kawasan redup. angin bertiup. Kami duduk menghadap bukit di belah timur. di kiri empangan dan di kanan kawasan pembangunan. suka untuk aku katakan di sini Mk walaupun kami dah 2 tahun kenal, kebanyakan masa kami berjumpa di bukit dan gunung. Kawan perempuan tadi pula aku jumpa di Gunung Bunga Buah, yang ketika itu mendaki bersama-sama rakan-rakan syarikat.

Kami duduk. diam. sunyi. tiada sepatah pun perkataan berbutir. yang jelas bunyi kicauan burung. aku cuba fikir dan selami pemikiran susuk individu dan watak di sekeliling aku. kawan perempuan tadi aku agak masih memikirkan berkenaan panggilan telefon jemputan kahwin rakannya. umur, tekanan masyarakat, dan entah apa pesanan ringkas yang baru diterimanya. Mk pula aku yakin tengah menikmati damainya alam saat dan ketika itu. memang aku maklum tentang sayang cintanya pada alam semulajadi.

aku yang turut diam terfikir, apa aku nak fikir? aku perlu ada sesuatu untuk difikir juga. nak fikir soal duit di atas ini macam tak berapa sesuai. haa aku tau apa nak fikir. aku fikir 3 orang yang tidak berapa rapat duduk bersama dan diam adalah petanda kita selesa dengan mereka. lazimnya bila kita jumpa orang baru kita banyak bercakap. kalau boleh tiada ruang untuk 'awkward moment' kala tiada topik untuk dibincangkan. tapi ini lain. ini masing-masing dengan kepala masing-masing tanpa hiraukan orang lain.

'dengar juga bunyi MRR2 sana'. celah Mk pecah kesunyian. aku kurang pasti itu modal berbualnya atau sekadar mengekspresi kekesalan jiwa akibat ketenangan tenggelam dalam alam semulajadinya terganggu. apa yang pasti kata-katanya disambut ala kadar dan acuh tak acuh.

kami kembali diam. sunyi

Monday, March 25, 2013

Perspektif Ringkas

Kadang-kadang kita tak berterima kasih sesama manusia
kerana merasakan kita berhak lebih daripada apa diberi
kita lupa konsep syukur itu kadang-kadang diuji
dengan campurtangan tangan manusia

Tuesday, March 19, 2013