Pagi ini aku ber-SMS dengan seorang kawan lama. Jarang cerita hal peribadi dengan dia. seingat aku tidak pernah. kalau ada mungkin secara semborono dan berseloroh.mungkin jam biologi masing-masing sudah kedengaran detiknya
setiap penyataan di sini adalah pandangan cetek aku semata-mata. tolong rasa bebas untuk menidakkan mana-mana penyataan yang sumbing.
bermula tamat pengajian universiti bermakna bermulalah pesta kenduri kendara. tidak seperti dulu di mana kawan saudara sebagai penanggah, kita datang sebagai tetamu kehormat. tapi seperasan aku, yang selalunya kahwin lebih awal ini bukanlah diva-diva atau kasanova gah dengan rupa paras. mereka yang habis sahaja belajar universiti terus berkahwin ini cantik semulajadi tanpa make-up tebal dengan hiasan perangai laku yang senonoh. Lebih cantik lagi bila ada lelaki dan perempuan yang sanggup menghabiskan sisa hidup bersama. melengkapkan akal si perempuan dan men-stabilkan emosi sang lelaki.masa tidak disia-siakan dengan membuang masa menjaja jodoh yang sudah sepatutnya kita tahu sudah tertulis. sudah tertulis itu termasuklah cara anda berjumpa jodoh anda. mungkin perlu berusaha tetapi tidak perlulah sampai berfikir seharian tentang jodoh atau kejar semua calon yang ada di pasaran. kita hanya perlu berusaha berpada-pada dan paling penting, sabar menunggu.
masalah utama kaum lelaki. lebih spesifik masalah aku pada masa lampau. selalunya tidak tahu apa yang mereka mahu. kalau dapat perempuan yang dia hendak sekalipun akan ada 'continuos keep contradicting himself syndrome'. penyataan seperti "is she really the one?", atau pun "what if she is not the one?" ataupun "i think i deserve someone better' ataupun memandang kepada setiap kuman kelemahan tanpa meninjau lemah diri adalah bisikan jahat yang bermain di minda lelaki. lebih rumit lagi bila niat jahat awalnya untuk sekadar 'bermain' tetapi akhirnya sendiri tertewas hatinya. tidak sanggup tinggalkan. jatuh cinta dan sebagainya. karut. bermain dengan perasaan tenggelam sendiri.
Dan masalah utama bila berlaku sindrom yang aku panggil sindrom gila talak. bila mana dalam masa kau disetiakan, kau diberi peluang, kau diberi muka- kau lalai sibuk dengan menyerabutkan kepala sendiri dengan soalan pelik-pelik. kau ambil mudah. kau terlalu yakin. sehingga bila kau hilang dia kau meracau seorang diri. di saat itu kita lihat yang tidak pernah mencari tuhan tiba-tiba menjadi tawadhuk. harapnya bukan sebentar. yang sudah berhenti mengambil dadah ambil kembali. dan akan melalui beberapa peringkat ;
peringkat merayu mendayu-dayu
peringkat kita kawan ok?
peringkat i tidak mahu menjadi kawan, i pernah dapat lebih daripada itu
peringkat jangan cari i lagi. u pegi mampus
peringkat berfoya dengan semua orang lain yang ada
peringkat aku tidak kenal manusia nama sodah wajhiatun samat
peringkat datang kembali
peringkat kalau u nak i lepaskan u i paham.pergilah.all the best
peringkat datang kembali
peringkat gila tengok bekas kekasihnya ada lelaki lain
peringkat bila perempuan itu dibuang dia kembali ambil mudah
peringkat sorry for everything and thanks for the memory
peringkat berlalu macam dalam drama korea
peringkat kembali
Nah.berpusinglah kita di situ. permainan yang tidak akan habis. melantun sana sini pada pasangan lain. bila bersendirian ingin berdua, bila berdua ingin berseorangan. aku faham sangat pada lelaki yang menghidap sindrom ini. manakan tidak, putus sebelah lengan. kalau dulu ada pertimbangan dia, kini perlu putuskan sendiri walau tidak berbakat. kalau dulu ada telinga untuk mendengar, kawan untuk ketawa sekarang sendiri. tidak dapat bayangkan kekasih dulunya akan tidak pernah kenal dirinya. tidak bayangkan kekasihnya akan teruskan hidup dengan lelaki lain. seolah-oleh yang di atas campakkan satu zina dalam hati supaya fikiran jadi tidak keruan. akal tidak mengingat yang lainnya.
aku faham kita lihat perkara ini sebagai perlumbaan. kita fikir manusia itu akan habis diambil orang. kita tidak mahu jadi pilihan terakhir. kita mahu belajar selok belok sebelum kita benar-benar buat masjid. kita percaya kita perlu cium seberapa banyak katak yang ada dalam mencari teman hidup itu. seperti yang aku katakan. jodoh kita sebenarnya sudah dikisahkan dari awal hingga akhir. simpan duit, tenaga dan masa anda. jangan sibuk persoal ketentuan yang ditulis. simpan apa yang ada di dalam kain seluar supaya anda tidak menjadi lebih keliru. bak kata seorang kawan, "lagi ramai lagi confuse". jadi jangan nak cuba kaedah cuba-cuba, cuba jaya atau cuba gagal di sini.
Mungkin ada yang dakwa berkahwin sebelum bercinta itu seperti berjudi. risau bimbang satu keputusan membuatkan anda menyesal seumur hidup? pakai tudung tengok-tengok botak? macam mana pula yang kita dengar gah bercinta berbelas tahun kahwin dengan si lelaki yang baru setahun kenal? macam biasa di dengar?
jangan berfikir seperti ramainya manusia itu berfikir. jodoh rezeki ajal umur ketentuan ini bukan sesuatu yang kita boleh fikir-fikirkan. tidak mahu kahwin belum sampai seru.mahu beseronok membujang dahulu. sebelum kahwin kena ada kereta, kena ada rumah, kena ada perabot, kena ada thread mill. ya bagus perancangan seperti itu. tapi kalau sudah hari-hari merosakkan anak dara orang, kalau umur dah masuk 50, rancang apa lagi?takut bila ada anak tiada duit, orang kaya anak sakit pun tiada duit juga. risau jiran yang sakit terlantar. kita makan tercekik mati juga.kalau hendak kenal mengenali sebelum berkahwin, kenal mengenalilah. tiada siapa halang
yang selalu aku cakap pada kawan-kawan. yang sebenarnya aku pun selalu ingatkan tanam pada diri sendiri.penjajah kata, cherish the moment. bila bersendirian, cherish the moment, bila berdua cherish the moment. bila ada anak cherish the moment. bila bercerai? cerita lain. sementara itu cherish the moment....and be thankful. supaya rumput takkan nampak lebih hijau di sebelah sana. supaya tiada konflik ingin menyendiri atau berdua lebih baik.
mari berjumaat
kadang-kadang benda kita dah tahu, cuma perlu diingat.kan?
No shame
11 years ago
i like the article.supposedly the topic is debatable.we just need to see the world as the heart is.
ReplyDeletetapi sy x pernah mengalami peringkat mcm drama korea.
pakai tudung tengotengok botak?
ReplyDeletehaha. okay. itu jahat tau. haha.
mushy- what do you mean supposely debatable?err which topic eh.yup the problem starts when we try to rasionalize too much.peringkat berlalu mcm drama korea adalah perpisahan yang seakan2 drama korea hehe
ReplyDeleteizzati- itu jahat2 pemikiran sesetengah manusia yang stereotype terhadap perempuan bertudung. bukan u okey :). n maybe i exaggerate kut
nice!
ReplyDeleteaku bangga seminit sebab dimention! :P
kantoi
ReplyDelete