Ke mana hilangnya drive b: di dalam komputer anda? pernah terfikir? a: untuk floppy (disket kecil), c: operating system (windows,linux dll) d: cdrom/dvdrom/h.disk extra
di mana letak drive b:???
ya b: itulah drive bagi disket besar yang sudah lama dilupakan seperti mana cd vcd yang akan terus beralih kepada pen drive, removable hard disk dan blue ray (mungkin tidak).
guna komputer hari-hari tapi pernah kita tahu mcm mana cipta processor. penjajah tidak akan ajar. kenapa? kerana mereka kedekut. apa-apa hal senang jajah kita
cepatnya teknologi itu berkembang jangan dikejar. memang tidak dapat dikejar atau kalau dapat sekalipun duit anda habis di situ sahaja.
seperti pupusnya sistem barter. seperti hilangnya dinar emas perak.seperti wujudnya duit fiat itu kemudian menyusut dari hari ke hari.seperti jadinya pada negara yang duitnya hingga berjuta tetapi nilainya kurang hingga ada disamakan dengan pokok pisang.seperti tertubuhnya duit dalam bentuk elektronik itu. seperti kertas tidak lagi bersandar pada emas itu.bila cek sudah boleh ditunai tanpa bersandar. tidak perlu ceramah mengenai eloknya zakat ketika lumpuhnya ekonomi. seperti mana amanahnya wang di tangan yang perlu kita pindahkan bukan simpan. seperti sistem kapitalis yang galaknya orang berhutang biar ekonomi mengalir. seperti wang yang kita terima berpatutan dengan apa yang kita sumbangkan.
BAB 2
aku hanya memakai handphone berskrin warna hanya selepas bekerja. bukan tidak boleh usaha mencari empat lima ratus itu. hrmm, apa-apa sahajalah, aku tidak mahu berbincang mengenai duit lagi. cuma ada sedikit rasa sayang dalam hati ini untuk meninggalkan yang lama.
kalau aku boleh perlahankan proses perkembangan teknologi itu. tentu kanak-kanak sekarang masih bermain atari, micro genius dan sega juga nintendo. bukan-p-sp
tapi aku berazam (semangat nih)
tidak akan sesekali salahkan kanak-kanak
yang memiliki handphone canggih seawal umur 10 tahun
kerana aku mengerti
mungkin ia satu keperluan masa kini
mana boleh disamakan 5 sen zaman penjajah dengan 5 sen sekarang
apakan mampu kita disuruh makan ubi kayu seperti zaman dijajah?
kitarannya seperti seorang senior mengatakan senior dulu lebih ganas.
Kita takkan dapat bayangkan
zaman kala JPA terkejar-kejar pelajar untuk tawarkan biasiswa,
syarikat berkongsi satu mesin taip
budaya hisap rokok di dalam mana-mana pejabat.
kerana suasana kini telah berubah dimentekedarah zaman.
aku pun kalau disuruh beratur seawal pagi sebelum bank dibuka
akan secara automatiknya berterima kasih
wujudnya cash deposit dan cheque deposit itu
juga sistem bernombor yang dipraktikkan di mana-mana
Bab 3
ya aku paham
terlampau paham
kita perlu bergerak
faham konsep ruang masa
pandang ke depan tanpa menoleh ke belakang
lupakan yang lama. padam segala memori umpama format komputer
bakar segala bukti seperti bertukarnya kepimpinan
cari yang baru supaya hilang ingatannya
....
*diam*
....
pernah kamu mendengar orang berkata
memandang tidak melihat
pernah kamu dengar penjajah berkata
you hear but you don't listen
pernah kamu dengar penjajah bangkitkan
you feel but you never taste
aku terlalu takut. dengan adanya yang baru (kita bercerita tentang teknologi bukan)
jasad pertuturan sahaja yang hadir
hati terus bandingkan ingatan masih terpaut
atau apakah akan ada waktunya nanti bila yang lama itu saling memerlukan
sudah ada yang mengganti memenuhi sudut.
dua jisim bercantum di dalamnya kosong....
jangan sampai satu masa kita tak pernah kenal sejarah
jangan sampai satu hari nanti,
kita mati akal di mana hendak mencuci negatif filem hasil kamera sebelum digital
jangan nanti suatu masa hilang soft copy tergadai tanah
jangan suatu masa nanti semua makanan dimakan diminum bergelombang
jangan bila GPS anda tidak dikemaskini anda sesat mencari peta
....
*masih diam dan masih kosong*
....
BAB 4
Satu hari aku menolong along memasang komputer. aku tengok dia lipat cable floppy a: (disket kecil) kemas-kemas dan slotkan ke tempatnya
aku: aik tak pasang ke
along: bukan pakai pon
aku: kalau nak pakai?
along: pasang balik
aku: *memang hampir tak pernah pakai pun*
aku: senang je orang lupakan barang lama kan. mcm RAM ddr1. kalau ape-apa jadi kat RAM aku tak masak aku nak cari. sekarang banyak ddr2 *tak cite motherboard processor bagai*
along: diorang ni pandai, pakat, so that kau sentiasa kena ganti semua setiap lima enam tahun
aku: abis yang lama? biar?
along: *bosan agaknya dgn aku*- ala kau ni, orang pun dilupakan inikan pula barang. lagilah orang lupa
THAT'S IT.itulah dia.itulah dia jawapannya. bila ada teknologi yang lebih canggih yang lama hilang sekejap shj
BAB 5
tapi percayalah kalian
ramai di antara kita
ramai yang takut sedih dan berdoa
agar seseorang yang dekat dengan kita takkan dilupakan
bilamana seorang kekasih berusaha melupakan kasihnya
ada anak yatim piatu yang gigih memerah ingatan,
mengingat kembali apa yang tinggal untuk dimemorikan,
untuk dipastikan ada sesuatu untuk diingati
dari atau bersama
kedua orang tuanya
jangan mendongak kelangit seolah tiada apa di bumi. tidak semudah itu, tidak semudah itu
***
di hari-hari kejadian. betul kata saleem. kesunyian ini terlalu indah walaupun pahit untuk menelan/ditelan.bagai manusia buat bila sunyi. sampai orang kata dadah itu berpunca dari kesunyian. bahaya dadah entah tidak seberapa jika bandingkan dengan sunyi. cuma di kala budak dulu. kata penjajah simple things can make you happy.but today, thats not the case nemore my fren.thats not the case. i need ppl to make myself happy. how pathetic is that??????
tapi kalau kau betul-betul merasa. ada seronoknya.seperti tidur di dalam gelap. diam ketika bising dan minum ketika dahaga.mengharap, melangkah, belajar menghargai masa-masa sendiri. diri sendiri itu penghalangnya
***
BAB 6
satu hari aku masuk kaunter tambah nilai Touch & Go. dah dalam barisan kereta rapat-rapat baru aku sedar, orang tua aku dah keluarkan kad yang tidak berbaki itu. niatnya baik, supaya aku tidak termasuk lorong Touch & Go memandangkan kad aku itu tidak pernah aku tambah nilai. sampai di depan jurutol aku katakan kepada kakak itu kad tidak ada untuk ditambah nilai. selepas diminta aku beri kad pengenalan, entah kena saman entah kena rekod, padahal baru balik mesyuarat llm
dan aku amat terkejut campur gembira tidak tentu pasal.MyKad anda boleh ditambah nilai Touch n Go. siap ada tulis di belakang tetapi tidak pernah dilihat
MyKad boleh guna sebagai Touch n Go!!!
*Sengih*
1. ek eleh. baru nak tau mykad leh jd touch n go? (tepuk dahi)..terlalu memikirkan yang kompleks sampai yang simple dah lupe atau tak perasan. mcm kau cakap, org pun lupa..apa lg barang? betul? hee.
ReplyDelete2. penjajah akan tetap jadi penjajah mal..dia mesti on top..nk jage periuk nasik konon..
1. taknak perasan kot.susah terima perubahan
ReplyDelete2. tak kesah la penjajah malaysia ke.penjajah tempat lain ke.memang gitu la nature dia
owh..bercakap pasal periuk nasi dan penjajah malaysia.sesuatu untuk difikirkan
ReplyDeletecommon-wealth
common ka?
rasanya komen sebelum ini dibuang entah siapa.
ReplyDelete1.ye baru tahu.atau mungkin tidak pernah mahu tahu
2.bercakap tentang penjajah mal-aysia.diistilah kan kita sebagai sebuah negara komon wealth. (ejaan sengaja disilap-silapkan). komon ke?