Monday, March 1, 2010

Serkap Jarang

Tuduhan ke atas penjawat awam yang biasa kita dengar serta ulasan yang teringin aku luahkan

' ala kerja kerajaan, orang tolong punch card, pukul 10 pegi minum, balik lunch lambat, pukul 5 dah terpacak depan pintu'
- anda yakin pekerja swasta tidak ada yang sebegitu? atau anda memang selalu ke pejabat kerajaan di malam hari?

' perut buncit keje gomen konpem makan suap '
- ha ha ha lawak! kalau ibu mengandung?

' itu mesti ada kabel tu, goverment, kau bayar dapatlah'
- yang terima sahajakah yang bangsat? yang hulur kau tak cerita pula

' kalau aku menteri pun aku buat '
-
harapnya memang kau takkan jadi menteri

ye ye aku tahu kaulah paling mulia kaulah paling suci murni. buka balik perlembagaan, tengok siapa itu penjawat awam. dan buka google menerusi mainan penjajah anda seperti aiphone (trademark rupenye) dan komputer riba masing-masing, taip 'politik'.aku ulang 'poooo-liiii-tik'. haa. lepas itu anda bezakan antara penjawat awam dan ahli politik. apa boleh seorang tentera menjadi menteri? atau apa boleh pengarah jabatan jadi perdana menteri? kalau penjawat awam dan kerajaan negeri itu sama tiada beza, pening kepala JPA kalau jadi seperti di Perak. tukar kepimpinan tukar keseluruhan.

dan aku tidak kata politik itu kotor. cuma orang yang di dalamnya itu tidak berapa bersih. tapi BUKAN semua. begitu juga penjawat awam, swasta, doktor, sabakul buah epal dan manusia pandai dari binatang. lain padang lainlah belalangnya.aduhai

pinjam kata penjajah.generalization.itulah yang sebanarnya berlaku. seperti mana penyataan-penyataan

' bapak imam anak bitch'

atau

' aku taknak pakai tudung sebab 3gp melayu semua perempuan bertudung'

atau

'pakai tudung labuh dalam simpan bom'

atau

' cina kalau sesama cina mesti diorang baik, tapi kalau dengan bangsa lain'

atau

' dah alang-alang kau hisap dadah, baik kau teguk sekali beer nih'

atau

' budak-budak sekolah pondok ini bukan betul, tah apa dibuatnya nanti '

atau

' engineer dah ramai sekarang ni. macam IT gak '

atau

'bodoh macam lembu'

atau

'budak sekarang semua manja'

cis. malas aku nak ulas satu-satu penyataan yang tidak berfikir habis di atas.kalau kena kat telinga anda sendiri baru melompat agaknya. bayangkan sekiranya anda masuk satu kelas ke, ceramah ke, majlis ke tiba-tiba pengerusi cakap, 'mak korang semua besar sampai ada poskod sendiri'. hahah gelak jangan tak gelak. atau aku buat satu penyataan- sepanjang yang aku tahu bangsa lain tidak melatah. mungkin impliedly melatah tetapi tidak literally melatah seperti, 'opocot my donut'. jadi aku simpulkan melayu mudah melatah. melatah dari segi perkataan ataupun reaksi. boleh?

berbalik-balik kepada cerita tadi, aku memang pernah ditegur ketika menulis tentang perkara-perkara 'sensitif' sebelum blog ini dibuka. kata-kata seperti 'tulis pasal agama perangai sendiri macam longkang', atau 'perlu impartially independant' itu seperti pernah didengar. apa pendapat kamu? berada di tengah-tengah lebih baik atau memilih itu lebih baik? pada aku mungkin tak perlu berjuang atas plaform yang sama, dilihat seperti bebas tetapi sebenarnya ada pendirian, tidak perlu terpekik terlolong cerita pendirian kita yang belum tentu tepat tetapi at least kita pilih side. bukan seperti lalang duduk di tengah-tengah menuding semahunya. dalam hal ini rujuk kata-kata storm kepada wolverine dalam x-men. cuma yang paling penting, biar kamu dalam belah mana sekalipun, yang betul kita benarkan, yang salah kita salahkan. seperti mana maklumat bersepah-sepah sekarang ini. yang ada unsur keilmuan kita ambil, yang sampah kita sampahkan.

aku mengakui dalam sistem yang wujud sekarang terlalu banyak cacat celanya. tetapi sebelum kamu umpat kamu fikir dahulu adakah kamu boleh membuat sesuatu yang lebih baik atau hanya menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk? aku juga mengaku bahawa ada di antara manusia itu buruk lakunya tamak nafsunya haloba hartanya. simpan sahaja komen-komen tentang korupsi itu kerana aku sudah naik jelak mendengar tanpa melihat sebarang tindakan. seperti mengatakan bangsa itu jahat tetapi masih makan makanan keluarnya. seperti mengatakan seseorang itu tidak bermoral tetapi masih menyokongnya. mereka penjawat awam itu aku rasa lebih banyak mengetahui tentang hal-hal itu. cuma fikirkanlah, fikirkanlah. mana lagi bahaya, orang yang sudah sah menjadi musuh atau orang di dalam bertopengkan munafik? pernah kamu terfikir kenapa pengkhianat itu hukumnya bunuh? apa itu akujanji, sumpah setia, baiah dan sebagainya?apa yang ingin ditegakkan dan disampaikan? fikirlah

tapi untuk tulis-tulis kali ini, sekalung terima kasih dan penghargaan untuk salah seorang penegur yang berjaya membuatkan aku diam beberapa minit. katanya 'bekerja gomen. perlu difahami yang di situ ada undang2 yang gagah menjaga haknya. betul juga. kalau bekerja untuk singa, takkan boleh dipuja2 harimau di kampung sana? bukan?'

jadi sekadar kesimpulan awal. kalau kamu nak kata semua pegawai kerajaan itu korup (entah perkataan pinjam atau bahasa pasar), katalah semahumu, kau pun sama korup :P

1 comment:

  1. satu kebiasaan bagi bangsa melayui yang tidak suka untuk memerhati dan lebih suka menjatuhkan hukum, itulah jadinya mentaliti tipikal meleis walhal bila terkena dekat batang hidung sendiri baru tahu langit itu tinggi atau rendah

    ReplyDelete