Bila kau tahu karma sedang mengejar bila kau rasa seperti menyesal wujud bila di luar nampak kosong di dalam menjerit-jerit
mula bertanya bolehkan dimaafkan diri sendiri sedang yang lainnya tidak dapat menerima bingkas jatuh bangun jatuh usahkan berlari, berdiri sekalipun tidak mampu
sendiri mengenang sesal yang tidak mungkin dapat ditarik sudah terlalu lambat walau silap mungkin sedetik dua satu keputusan salah dalam hidup berderai segala-gala
dua penyelesaian anggap sebagai pengalaman, harungkan kembali segala benda lebih bersemangat lebih yakin atau simpan dalam hati, selalu sesal-kesalkan, sepikan diri dari jahat dunia supaya terhindar daripadanya
andai turun bala itu dari langit untuk tidak menambahkan bebanan maafkan segala keji halalkan segalanya
Pagi ini aku ber-SMS dengan seorang kawan lama. Jarang cerita hal peribadi dengan dia. seingat aku tidak pernah. kalau ada mungkin secara semborono dan berseloroh.mungkin jam biologi masing-masing sudah kedengaran detiknya
setiap penyataan di sini adalah pandangan cetek aku semata-mata. tolong rasa bebas untuk menidakkan mana-mana penyataan yang sumbing.
bermula tamat pengajian universiti bermakna bermulalah pesta kenduri kendara. tidak seperti dulu di mana kawan saudara sebagai penanggah, kita datang sebagai tetamu kehormat. tapi seperasan aku, yang selalunya kahwin lebih awal ini bukanlah diva-diva atau kasanova gah dengan rupa paras. mereka yang habis sahaja belajar universiti terus berkahwin ini cantik semulajadi tanpa make-up tebal dengan hiasan perangai laku yang senonoh. Lebih cantik lagi bila ada lelaki dan perempuan yang sanggup menghabiskan sisa hidup bersama. melengkapkan akal si perempuan dan men-stabilkan emosi sang lelaki.masa tidak disia-siakan dengan membuang masa menjaja jodoh yang sudah sepatutnya kita tahu sudah tertulis. sudah tertulis itu termasuklah cara anda berjumpa jodoh anda. mungkin perlu berusaha tetapi tidak perlulah sampai berfikir seharian tentang jodoh atau kejar semua calon yang ada di pasaran. kita hanya perlu berusaha berpada-pada dan paling penting, sabar menunggu.
masalah utama kaum lelaki. lebih spesifik masalah aku pada masa lampau. selalunya tidak tahu apa yang mereka mahu. kalau dapat perempuan yang dia hendak sekalipun akan ada 'continuos keep contradicting himself syndrome'. penyataan seperti "is she really the one?", atau pun "what if she is not the one?" ataupun "i think i deserve someone better' ataupun memandang kepada setiap kuman kelemahan tanpa meninjau lemah diri adalah bisikan jahat yang bermain di minda lelaki. lebih rumit lagi bila niat jahat awalnya untuk sekadar 'bermain' tetapi akhirnya sendiri tertewas hatinya. tidak sanggup tinggalkan. jatuh cinta dan sebagainya. karut. bermain dengan perasaan tenggelam sendiri.
Dan masalah utama bila berlaku sindrom yang aku panggil sindrom gila talak. bila mana dalam masa kau disetiakan, kau diberi peluang, kau diberi muka- kau lalai sibuk dengan menyerabutkan kepala sendiri dengan soalan pelik-pelik. kau ambil mudah. kau terlalu yakin. sehingga bila kau hilang dia kau meracau seorang diri. di saat itu kita lihat yang tidak pernah mencari tuhan tiba-tiba menjadi tawadhuk. harapnya bukan sebentar. yang sudah berhenti mengambil dadah ambil kembali. dan akan melalui beberapa peringkat ;
peringkat merayu mendayu-dayu peringkat kita kawan ok? peringkat i tidak mahu menjadi kawan, i pernah dapat lebih daripada itu peringkat jangan cari i lagi. u pegi mampus peringkat berfoya dengan semua orang lain yang ada peringkat aku tidak kenal manusia nama sodah wajhiatun samat peringkat datang kembali peringkat kalau u nak i lepaskan u i paham.pergilah.all the best peringkat datang kembali peringkat gila tengok bekas kekasihnya ada lelaki lain peringkat bila perempuan itu dibuang dia kembali ambil mudah peringkat sorry for everything and thanks for the memory peringkat berlalu macam dalam drama korea peringkat kembali
Nah.berpusinglah kita di situ. permainan yang tidak akan habis. melantun sana sini pada pasangan lain. bila bersendirian ingin berdua, bila berdua ingin berseorangan. aku faham sangat pada lelaki yang menghidap sindrom ini. manakan tidak, putus sebelah lengan. kalau dulu ada pertimbangan dia, kini perlu putuskan sendiri walau tidak berbakat. kalau dulu ada telinga untuk mendengar, kawan untuk ketawa sekarang sendiri. tidak dapat bayangkan kekasih dulunya akan tidak pernah kenal dirinya. tidak bayangkan kekasihnya akan teruskan hidup dengan lelaki lain. seolah-oleh yang di atas campakkan satu zina dalam hati supaya fikiran jadi tidak keruan. akal tidak mengingat yang lainnya.
aku faham kita lihat perkara ini sebagai perlumbaan. kita fikir manusia itu akan habis diambil orang. kita tidak mahu jadi pilihan terakhir. kita mahu belajar selok belok sebelum kita benar-benar buat masjid. kita percaya kita perlu cium seberapa banyak katak yang ada dalam mencari teman hidup itu. seperti yang aku katakan. jodoh kita sebenarnya sudah dikisahkan dari awal hingga akhir. simpan duit, tenaga dan masa anda. jangan sibuk persoal ketentuan yang ditulis. simpan apa yang ada di dalam kain seluar supaya anda tidak menjadi lebih keliru. bak kata seorang kawan, "lagi ramai lagi confuse". jadi jangan nak cuba kaedah cuba-cuba, cuba jaya atau cuba gagal di sini.
Mungkin ada yang dakwa berkahwin sebelum bercinta itu seperti berjudi. risau bimbang satu keputusan membuatkan anda menyesal seumur hidup? pakai tudung tengok-tengok botak? macam mana pula yang kita dengar gah bercinta berbelas tahun kahwin dengan si lelaki yang baru setahun kenal? macam biasa di dengar?
jangan berfikir seperti ramainya manusia itu berfikir. jodoh rezeki ajal umur ketentuan ini bukan sesuatu yang kita boleh fikir-fikirkan. tidak mahu kahwin belum sampai seru.mahu beseronok membujang dahulu. sebelum kahwin kena ada kereta, kena ada rumah, kena ada perabot, kena ada thread mill. ya bagus perancangan seperti itu. tapi kalau sudah hari-hari merosakkan anak dara orang, kalau umur dah masuk 50, rancang apa lagi?takut bila ada anak tiada duit, orang kaya anak sakit pun tiada duit juga. risau jiran yang sakit terlantar. kita makan tercekik mati juga.kalau hendak kenal mengenali sebelum berkahwin, kenal mengenalilah. tiada siapa halang
yang selalu aku cakap pada kawan-kawan. yang sebenarnya aku pun selalu ingatkan tanam pada diri sendiri.penjajah kata, cherish the moment. bila bersendirian, cherish the moment, bila berdua cherish the moment. bila ada anak cherish the moment. bila bercerai? cerita lain. sementara itu cherish the moment....and be thankful. supaya rumput takkan nampak lebih hijau di sebelah sana. supaya tiada konflik ingin menyendiri atau berdua lebih baik.
mari berjumaat kadang-kadang benda kita dah tahu, cuma perlu diingat.kan?
Ke mana hilangnya drive b: di dalam komputer anda? pernah terfikir? a: untuk floppy (disket kecil), c: operating system (windows,linux dll) d: cdrom/dvdrom/h.disk extra
di mana letak drive b:???
ya b: itulahdrive bagi disket besar yang sudah lama dilupakan seperti mana cd vcd yang akan terus beralih kepada pen drive, removable hard disk dan blue ray (mungkin tidak).
guna komputer hari-hari tapi pernah kita tahu mcm mana cipta processor. penjajah tidak akan ajar. kenapa? kerana mereka kedekut. apa-apa hal senang jajah kita
cepatnya teknologi itu berkembang jangan dikejar. memang tidak dapat dikejar atau kalau dapat sekalipun duit anda habis di situ sahaja.
seperti pupusnya sistem barter. seperti hilangnya dinar emas perak.seperti wujudnya duit fiat itu kemudian menyusut dari hari ke hari.seperti jadinya pada negara yang duitnya hingga berjuta tetapi nilainya kurang hingga ada disamakan dengan pokok pisang.seperti tertubuhnya duit dalam bentuk elektronik itu. seperti kertas tidak lagi bersandar pada emas itu.bila cek sudah boleh ditunai tanpa bersandar. tidak perlu ceramah mengenai eloknya zakat ketika lumpuhnya ekonomi. seperti mana amanahnya wang di tangan yang perlu kita pindahkan bukan simpan. seperti sistem kapitalis yang galaknya orang berhutang biar ekonomi mengalir. seperti wang yang kita terima berpatutan dengan apa yang kita sumbangkan.
BAB 2
aku hanya memakai handphone berskrin warna hanya selepas bekerja. bukan tidak boleh usaha mencari empat lima ratus itu. hrmm, apa-apa sahajalah, aku tidak mahu berbincang mengenai duit lagi. cuma ada sedikit rasa sayang dalam hati ini untuk meninggalkan yang lama.
kalau aku boleh perlahankan proses perkembangan teknologi itu. tentu kanak-kanak sekarang masih bermain atari, micro genius dan sega juga nintendo. bukan-p-sp bukan-wi-i. tentu ada masa ke padang bersukan, belajar mainan tradisional dan berkawan.
tapi aku berazam (semangat nih) tidak akan sesekali salahkan kanak-kanak yang memiliki handphone canggih seawal umur 10 tahun kerana aku mengerti mungkin ia satu keperluan masa kini mana boleh disamakan 5 sen zaman penjajah dengan 5 sen sekarang apakan mampu kita disuruh makan ubi kayu seperti zaman dijajah? kitarannya seperti seorang senior mengatakan senior dulu lebih ganas.
Kita takkan dapat bayangkan zaman kala JPA terkejar-kejar pelajar untuk tawarkan biasiswa, syarikat berkongsi satu mesin taip budaya hisap rokok di dalam mana-mana pejabat. kerana suasana kini telah berubah dimentekedarah zaman.
aku pun kalau disuruh beratur seawal pagi sebelum bank dibuka akan secara automatiknya berterima kasih wujudnya cash deposit dan cheque deposit itu juga sistem bernombor yang dipraktikkan di mana-mana
Bab 3
ya aku paham terlampau paham kita perlu bergerak faham konsep ruang masa pandang ke depan tanpa menoleh ke belakang lupakan yang lama. padam segala memori umpama format komputer bakar segala bukti seperti bertukarnya kepimpinan cari yang baru supaya hilang ingatannya
....
*diam*
....
pernah kamu mendengar orang berkata memandang tidak melihat pernah kamu dengar penjajah berkata you hear but you don't listen pernah kamu dengar penjajah bangkitkan you feel but you never taste
aku terlalu takut. dengan adanya yang baru (kita bercerita tentang teknologi bukan) jasad pertuturan sahaja yang hadir hati terus bandingkan ingatan masih terpaut atau apakah akan ada waktunya nanti bila yang lama itu saling memerlukan sudah ada yang mengganti memenuhi sudut. dua jisim bercantum di dalamnya kosong....
jangan sampai satu masa kita tak pernah kenal sejarah jangan sampai satu hari nanti, kita mati akal di mana hendak mencuci negatif filem hasil kamera sebelum digital jangan nanti suatu masa hilang soft copy tergadai tanah jangan suatu masa nanti semua makanan dimakan diminum bergelombang jangan bila GPS anda tidak dikemaskini anda sesat mencari peta
....
*masih diam dan masih kosong*
....
BAB 4
Satu hari aku menolong along memasang komputer. aku tengok dia lipat cable floppy a: (disket kecil) kemas-kemas dan slotkan ke tempatnya
aku: aik tak pasang ke along: bukan pakai pon aku: kalau nak pakai? along: pasang balik aku: *memang hampir tak pernah pakai pun* aku: senang je orang lupakan barang lama kan. mcm RAM ddr1. kalau ape-apa jadi kat RAM aku tak masak aku nak cari. sekarang banyak ddr2 *tak cite motherboard processor bagai* along: diorang ni pandai, pakat, so that kau sentiasa kena ganti semua setiap lima enam tahun aku: abis yang lama? biar? along: *bosan agaknya dgn aku*- ala kau ni, orang pun dilupakan inikan pula barang. lagilah orang lupa
THAT'S IT.itulah dia.itulah dia jawapannya. bila ada teknologi yang lebih canggih yang lama hilang sekejap shj
BAB 5
tapi percayalah kalian ramai di antara kita ramai yang takut sedih dan berdoa agar seseorang yang dekat dengan kita takkan dilupakan bilamana seorang kekasih berusaha melupakan kasihnya ada anak yatim piatu yang gigih memerah ingatan, mengingat kembali apa yang tinggal untuk dimemorikan, untuk dipastikan ada sesuatu untuk diingati dari atau bersama kedua orang tuanya
jangan mendongak kelangit seolah tiada apa di bumi. tidak semudah itu, tidak semudah itu
***
di hari-hari kejadian. betul kata saleem. kesunyian ini terlalu indah walaupun pahit untuk menelan/ditelan.bagai manusia buat bila sunyi. sampai orang kata dadah itu berpunca dari kesunyian. bahaya dadah entah tidak seberapa jika bandingkan dengan sunyi. cuma di kala budak dulu. kata penjajah simple things can make you happy.but today, thats not the case nemore my fren.thats not the case. i need ppl to make myself happy. how pathetic is that??????
tapi kalau kau betul-betul merasa. ada seronoknya.seperti tidur di dalam gelap. diam ketika bising dan minum ketika dahaga.mengharap, melangkah, belajar menghargai masa-masa sendiri. diri sendiri itu penghalangnya
***
BAB 6
satu hari aku masuk kaunter tambah nilai Touch & Go. dah dalam barisan kereta rapat-rapat baru aku sedar, orang tua aku dah keluarkan kad yang tidak berbaki itu. niatnya baik, supaya aku tidak termasuk lorong Touch & Go memandangkan kad aku itu tidak pernah aku tambah nilai. sampai di depan jurutol aku katakan kepada kakak itu kad tidak ada untuk ditambah nilai. selepas diminta aku beri kad pengenalan, entah kena saman entah kena rekod, padahal baru balik mesyuarat llm
dan aku amat terkejut campur gembira tidak tentu pasal.MyKad anda boleh ditambah nilai Touch n Go. siap ada tulis di belakang tetapi tidak pernah dilihat