Monday, June 10, 2013

Fakir

Sebenarnya semua tahu kita tak perlu duit banyak-banyak
cukup sekadar cukup

cuma
perasan tak ada duit membuatkan kita tak senang duduk

walaupun realitinya, kita tidak perlu duit lebih
cukup sekadar cukup

senang cakap dari buat
soalnya. macam mane nak hilangkan atau kurangkan rasa cinta pada duit?

Friday, May 31, 2013

Vakum Kosong Yang Sunyi

Semenjak dua ini ada sahaja event besar
tetiap minggu
orang tau taktau, upload facebook tak upload,
event jahat event tak jahat,
...

aku perasan sehari selepas event besar aku mesti tak tentu arah
sama ada ketagih gian nak buat lagi benda yang sama
atau aku rasa kosong, sunyi, tak bermakna.
...

jerit pekiklah. laung satu dunia, bestnya life kita.
hujungnya

....

kita

Thursday, May 16, 2013

Kata Penjajah Wayfarer

Pada pendapat aku,
mentaliti ini tanah kami, korang balik China
adalah sebab kenapa kita berada di mana kita berada sekarang.

bukankah banyak nas-nas yang menyuruh kita hidup
sebagai pengembara
sebagai musafir
menumpang teduh di bawah pohon
menyinggah di bumi.

tak usah tengok jauh-jauh bangsa lain yang ada sebelum merdeka
lihat sahaja pendatang yang baru tiba
mengaut untung di bumi bertuah ini.

dan aku yakin,
jika 'tongkat' kita dicabut
lingkup kebanyakan kita

Thursday, May 2, 2013

Suatu Petang di Bengkel (s1e1)

p: teruk ko accident hari tue? tanya pakcik pomen sambil memutar spanar dan skru di tangannya.
a: teruk. total loss.
p: laju ke?
a: tak,110, tapi hujan lebat
p: budak-budak suka drift time hujan
a: saya tak biasa bawak kereta continental kot. tayar tarik depan. kalau viva saya tarik belakang boleh drift ke?
p: mane bolehhhhh. 4wd nie pon susah nak drift ko tau. buang ke?
a: haah.skidded.belakang kanan langgar divider, break, terpusing tiga kali, lintas highway 3 lane kena longkang tepi, flip, terbalik2 abes dalam longkang.
p: turtle? 4-4 tayar ke atas?
a: gitulah
p: ko nie. jangan breakkkkk. jangaaaan break.. steer, steer, counter steer

a: *dlm hati* steer abah ko

Tuesday, April 16, 2013

Diam Tanda Selesa


Hari ini aku terima email dari mak. Cerita tentang bunga tulips yang berbagai-bagai warna, tentang kediaman bungalow 3 tingkat yang Mahkamah Keadilan Antarabangsa hanya dalam jarak berjalan kaki. Cerita tentang perjalanan dua minggu. Cerita tentang abah. cerita tentang Belanda dan perjalanan merentasi Eropah.

Sudah genap seminggu permohonan aku untuk keluar negara ditolak. email demi email. panggilan demi panggilan. sms demi sms. bos dari satu lapis ke lapisan yang lebih tinggi sehinggalah surat rayuan aku dengan 10 justifikasi kenapa aku kena pergi dibawa masuk ke dalam mesyuarat pengurusan tertinggi. Natijahnya bukan sahaja rayuan aku ditolak. Malah email yang lebih menyakitkan diterima. Mungkin masa untuk keluarga dan duit beribu yang telah dibelanjakan tidak membawa apa-apa makna buat mereka.

Hujung minggu lepas, aku dapat panggilan untuk naik bukit. Oleh kerana ketegangan emosi yang melampau di samping tiada bantuan kejutan bangun pagi aku lewat. Atas desakan Mk- kawan yang berpangkat pakcik aku gagahkan juga pergi. hanya 3 orang. aku, Mk dan seorang kawan baru perempuan. Kawan perempuan ini baru keluar wad, maka pendakian hanya secara santai. untung juga dapat aku duduk dan melihat 'gua' yang sebelum ini tak pernah aku jengah.

Di atas bukit ini. segala tekanan hilang. masalah hilang. semak kerja dan beban tanggungjawab hilang. kesedihan hilang. ketagihan hilang sehinggakan tiada nafsu untuk berbuat jahat. Mungkin di sini aku lebih dekat dengan ciptaanNya. bersaksi atas kebesaran dan keagunganNya. Yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, sungai-sungai yang mengalir, menjadikan hujan serta berKuasa atas terbit dan tenggelamnya matahari.

Dalam perjalanan turun ke kereta kami berhenti di suatu kawasan redup. angin bertiup. Kami duduk menghadap bukit di belah timur. di kiri empangan dan di kanan kawasan pembangunan. suka untuk aku katakan di sini Mk walaupun kami dah 2 tahun kenal, kebanyakan masa kami berjumpa di bukit dan gunung. Kawan perempuan tadi pula aku jumpa di Gunung Bunga Buah, yang ketika itu mendaki bersama-sama rakan-rakan syarikat.

Kami duduk. diam. sunyi. tiada sepatah pun perkataan berbutir. yang jelas bunyi kicauan burung. aku cuba fikir dan selami pemikiran susuk individu dan watak di sekeliling aku. kawan perempuan tadi aku agak masih memikirkan berkenaan panggilan telefon jemputan kahwin rakannya. umur, tekanan masyarakat, dan entah apa pesanan ringkas yang baru diterimanya. Mk pula aku yakin tengah menikmati damainya alam saat dan ketika itu. memang aku maklum tentang sayang cintanya pada alam semulajadi.

aku yang turut diam terfikir, apa aku nak fikir? aku perlu ada sesuatu untuk difikir juga. nak fikir soal duit di atas ini macam tak berapa sesuai. haa aku tau apa nak fikir. aku fikir 3 orang yang tidak berapa rapat duduk bersama dan diam adalah petanda kita selesa dengan mereka. lazimnya bila kita jumpa orang baru kita banyak bercakap. kalau boleh tiada ruang untuk 'awkward moment' kala tiada topik untuk dibincangkan. tapi ini lain. ini masing-masing dengan kepala masing-masing tanpa hiraukan orang lain.

'dengar juga bunyi MRR2 sana'. celah Mk pecah kesunyian. aku kurang pasti itu modal berbualnya atau sekadar mengekspresi kekesalan jiwa akibat ketenangan tenggelam dalam alam semulajadinya terganggu. apa yang pasti kata-katanya disambut ala kadar dan acuh tak acuh.

kami kembali diam. sunyi

Monday, March 25, 2013

Perspektif Ringkas

Kadang-kadang kita tak berterima kasih sesama manusia
kerana merasakan kita berhak lebih daripada apa diberi
kita lupa konsep syukur itu kadang-kadang diuji
dengan campurtangan tangan manusia

Tuesday, March 19, 2013