Pernah diceritakan
hidup ini ibarat graf.
mendatar, menegak, meningkat, menurun, plot
apabila bertembung bersilang dua graf
titik temu itu menjadi pertemuan dua insan
mungkin itu menjelaskan
kenapa cikgu tuisyen aku yang kerap datang ke rumah sebelum SPM
hilang tanpa khabar berita
entah dah kahwin ke, dah dr ke.
mungkin padanya selepas satu titik pertemuan graf tadi
masing-masing membawa haluan
lumrah hidup
dipertemukan bersebab
dipisahkan juga bersebab
kerana ada sebab orang yang dipisahkan itu tak wujud dalam kehidupan kita sekarang
maka tiada apa perlu dirisaukan, dirindukan
kerana kalau tiada sebab yang kukuh, orang itu mesti masih berada di sekeliling kita
baru-baru ini aku bertemu dengan seorang perempuan muda
baru di awal dua puluhan
seperti kisah-kisah yang lain,
hatinya remuk dikecewakan lelaki
entahlah, sebelum ini aku tak pernah bercaya pada istilah adik angkat la, kakak angkat la, abang angkat la
pada aku semuanya sibuk nak angkat adik angkat kakak angkat sampai terangkat
tapi bila jumpa budak ini, aku rasa macam aku kena tolong dia
padahal aku rasa takda apa pon nak tolong
tgk dia pon aku rasa dia lagi kuat dari aku
sebelum itu
dulu aku ingin pergi ke tempat yang ramai orang
supaya aku boleh kenal seramai mana manusia
maka aku gagahkan langkah bersosial
di mahkamah
di pergunungan
di kenduri kendarat
dalam run events
kalau dulu aku makan di luar seorang diri,
pergi kenduri kawen seorang,
membeli belah seorang,
aku tambah lagi aktiviti perseorang aku
tapi aku buat apa yang aku minat
aku cari orang dalam fb entahkan siapa
aku mendaki gunung mana
aku berlari dalam lautan puluhan ribu manusia
dalam macam-macam acara larian
kategori 7km,10,12,21
semua aku redah
aku carik entah siapa di fb,
panjat dinding
dan sepanjang-panjang aku mencari pengalaman buat benda baru
aku jumpa ramai kawan, yang sampai hari ini aku panjat gunung dengan
yang sampai hari ini bukan hanya kawan berlari tapi menjadi kawan betul
yang dulu aku tak rapat dengan bekas bos kini sama-sama berlari
dan aku perasan, muncul watak-watak baru yang hilang jiwanya macam aku
tiba-tiba mereka muncul nyatakan hasrat nak ikut buat ini buat itu
termasuklah keluarga kembangan dan rakan-rakan lama
yang buat aku tersengih
tersengih atas 2 sebab
satu kerana ada di antara mereka yang mengingatkan pada diri aku
yang dulunya hilang
dulunya kacau
mencari ketenangan
dulunya sunyi
dua kerana ada di antara mereka pernah aku berkecil hati
penah kutuk hina aku
pernah merendah-rendahkan aku.
cukup takat itu, aku nak lupakan cerita-cerita lama
walaupun ada yang baru, ada yang sakit masih berbekas
lama kelamaan aku penat aku bosan
bosan ramai kenalan, tapi kawan yang boleh aku harap tak ramai
ramai di fb, di kehidupan luar sunyi
jadi aku mengambil keputusan untuk kekalkan kawan yang mana ade
kawan 5 orang di tempat belajar aku
yang masa aku jatuh
tolong signkan attendance
tolong ceriakan aku
tolong aku buat assignment
tolong jadi roomate aku
tolong faham perasaan aku
kat sini mungkin dengar macam bodoh
tapi aku sangat-sangat berterima kasih
kawan mana yang sanggup buatkan assignment orang?
assignment sendiri pun belum tentu kita tak copy paste
dan walaupun benda yang salah
aku berterima kasih
tetap kene berterima kasih
tanpa ada paksaan. terima kasih
dan kawan-kawan aku semenjak kecil
yang sekarang nak jumpa sebulan sekali pun belum tentu
tapi diorang ada.
aku dapat rasa diorang ada di sekeliling walaupun jarang berjumpa
terima kasih kerana mendengar. terima kasih kerana selalu teman aku
bila sunyi, bila tertekan, bila ada masalah
mungkin satu hari akan ada peluang untuk aku balas budi
dan kawan pejabat
yang mengajar aku banyak perkara yang aku taktahu
mungkin betul falsafah
yang kita tidak mungkin boleh ada lebih dari lima kawan baik
sebab lebih dari itu kita tidak akan fokus.
kita hanya mampu dedicate life kita untuk tidak lebih dari lima orang
ini termasuk keluarga
lima orang inilah kita kene tolong sehabis mungkin
bukan nak kata yang lain tak payah tolong
tapi dalam satu masa,
lima orang
berbalik pada cerita pertemuan tadi
aku cuma nak simpulkan
pertemuan tidak terhad dan semestinya berakhir dengan percintaan
pertemuan bukan sekadar meluaskan kabel broadband dan kenalan perniagaan
pertemuan tidak hanya untuk bersosial bersukaria berpolitik mencari pengaruh
lebih dari itu
kita mungkin dipertemukan untuk membimbing dibimbing
untuk menolong atau ditolong
untuk berkongsi masalah
untuk berkongsi pengalaman
untuk berkongsi minat
untuk berkongsi tangis
untuk berkongsi gelak tawa
untuk berkongsi pengetahuan
berkongsi cerita
mungkin hari ini kita tolong orang yang kita jumpa
tuhan sendiri yang tolong kita balik
mungkin hari ini kita tolong orang yang datang kat kita
orang lain tolong kita balik
mungkin hari ini kita tolong orang tengah susah
urusan kita dipermudah
dan seperti juga kerja terbaik
antara pertemuan yang paling baik pada pendapat aku
adalah suatu pertemuan yang ikhlas
ikhlas dari hati tanpa kepentingan
tanpa niat jahat
tanpa penting diri
tanpa rasa menunjuk
bertemu dan berpisah
dengan ikhlas...
*tampalan khas untuk adik vb atas janji nak update dan untuk akim yang setiap kali jumpa cite pasal blog sawang ni