Hari terakhir bulan ini. Ada 2 post hari ini. satu bergambar. ada gambar ada pembaca. itu hukum kapitalis ekonomi dalam dunia blog masakini. memang mimpi lapang untuk menulis. kebetulan 3 bulan kebelakang ada 7 kemasukan (entry!!!). Jadi berazam tiap-tiap bulan 7 kemasukan. hehe. dah la baru ini tidak dapat berebut jersi nombor 7. nombor 10 pun jadi. baru Roberto Bagg10 dan Mokhtar Dahari.
Untuk tulisan masa depan, berazam juga untuk menulis dengan menyelitkan unsur santai sesantai sikit . lebih bob mesra pembaca. ini juga mungkin kerana pengaruh blog yang satu itu bercakap mengenai kesenian dan golden rulenya. kira kalau boleh memberi kesinambungan dengan cara sendiri tanpa menyokong sepenuhnya.
kaveat di sini bahawa yang menulis ini langsung tidak berseni. mengambil gambar sekadar rakam detik waktu. petik gitar terselit jari. lukis pokok jadi ayam. pendek cerita, pengetahuan tentang seni- hampir kosong. tulisan ini hanya sekadar 2 sen saya
tulisan itu ada unsur seni, puisi itu berseni, mengambil gambar satu seni dan ilmu rekaseni laman web satu seni. digabungkan seni-seni tersebut menjadi satu blog menjadikannya bahan bacaan yang ditagihkan. lain yang menulis kerana muntahkan isi hati. lain yang ingin manfaatkan kamera beribu. lain yang cintakan satu seni tanpa pedulikan seni-seni yang lain.
untuk mereka yang ingin berseni. tarian, lukisan, bermain gitar, seni tampak, seni pertahankan diri, apa-apa jualah. fikirkan beberapa perkara. pertama-tamanya anda bertanggungjawab dengan seni anda. katakanlah anda suka berpuisi. mungkin puisi itu lontaran suara idea-idea yang memenuhi otak. cumanya terkadang pembaca itu tidak mempunyai minda yang mengembang. maka wujud komen-komen yang menyokong membuta tuli, sedih tidak tentu pasal atau bermenung durja tidak bertempat di laman-laman tulisan bahkan status fb sekalipun. sangat tidak rock dan mencabar minda. ataupun anda lolong-lolongkan sajak syair anda guna nada atau perkataan yang meratap. contohnya; "hancurrrrr hati ini, bila meLIHAT,gagak-gagaaak ditembak. ptush ptush".
anda mungkin menjiwai, mungkin terkesan dengan apa yang sendiri ucapkan. tetapi bagaimana yang lainnya? apakah kalau aku tidak tersentuh dengan apa yang disampaikan hati ini terlalu keras? mungkinkah mesej itu boleh disampaikan dengan bersahaja tetapi maksudnya sampai? atau dengan intonasi yang berperasaan tetapi tidak keterlaluan? bukan itu lebih menarik? yang lebih kelakar bilamana yang melihat mendengar histeria tidak tentu fasal. cuba buka minda. kawal perasaan. apakah itu ajarannya? atau di situ uniknya bangsa kita? jadi bagi seniman di luar sana, cuba untuk tidak membodohkan umat yang sedia bodoh ditipu dek politiknya, dek ekonominya dan dek pemimpinnya.
keduanya, untuk berseni anda perlu tahu potensi diri dahulu. bukan sekadar lalang menjadi hiphup atau gotik contohnya tanpa tahu ideologi di sebaliknya. jika kita percaya bahawa ada belah lain dalam diri kita, aku rasa elok letak seni itu sambil-sambilan dulu. kerana tidak ada gunanya anda tinggalkan pelajaran di bangku sekolah semata-mata ingin berdansa. sampai masa anda sedar, kita mungkin terlewat. macam mana nak berseni kalau tidak kenal diri sendiri? macam mana mengikut aliran sesuatu kelompok tanpa tahu sejarahnya?tanpa tahu ideologinya sampai bila mana ada yang bertentangan dengan budaya agama pun kita lantakkan. kagum aku melihat jati diri korang berseni.
berdiri di depan lukisan di pameran. anguk-anguk sambil puji kecantikan lukisan yang tidak difahami. warnanya cantik. bingkainya lawa. pelukisnya mesti puitis. kawan main gitar kita beli gitar. kawan pegi kelas gitar kita main tepi parit. sudahnya apa jadi? orang menyanyi kita pun nak menyanyi. orang dapat anugerah juara lagu kita album tidak keluar-keluar lagi. apa sudahnya? semua bangsa suka menyanyi dan berhibur. bezanya tahap keterukan. bila membaca karya sasterawan yang sebenar, malas kerana tidak faham. tapi bila disebut dialah pengikut setia. cuba bersastera tetapi sendiri sahaja yang faham. sudahnya salah orang lain tidak bersastera.
aku tidak nafikan, dengan seni itu, muzik contohnya koordinasi akan menjadi lebih baik. dengan berseni, kita menjadi lebih kreatif dengan menggunakan otak di sebelah logik. malah orang berseni itu jika pandai imbangkan, jaga batasan dan buka mindanya lebih hebat dari yang jumud dalam satu bidang sahaja. jangan salahkan sistem pendidikan kita. di sini semuanya dipolitikkan. disekularkan. kenapa tidak boleh ilmu angkasa dan cabang sastera duduk dalam satu kursus? kita belajar semua benda tetapi satu pun tak terer. kata penjajah jack dagang semua mahir tiada. sepatutnya kita belajar satu pengkhususan, kemudian makin berkembang ke cabang ilmu lain. bukan belajar semua kemudian sempitkan kepada satu bidang pengkhususan. lari tajuk sudah.
dan yang keempat merangkap paling peberet. di mana letaknya seni tanah air? apakah dengannya seni itu semua yang berseni boleh mencari makan? apakah dengan wujudnya institusi bertaraf pendidikan tinggi cukup menjamin pengiktirafan karya lukisan, fotografi kraf anda? atau perlu jadi betul-betul berbakat sebelum boleh diiktiraf seniman? aku ada satu soalan. kalau aku buka satu kolej menjahit manik sambil berteater, berapa ramai pelajarnya yang akan kerja dalam bidang yang dipelajari dan berjaya dalam bidangnya? bandingkan di barat menulis buku kanak-kanak dan di sini menulis untuk dewan pusaka.puppet show dan wayang kulit. kaji macam mana pramli hidupnya dan matinya. mudahnya kanak-kanak home alone menjadi jutawan. atau di barat sana juga seperti kita? hidup glemer dalam kesempitan
sudahnya. jika tidak bersetuju.anda perlu kebal. seperti soul men. tidak bila gagal jadi kumpulan kugiran pop, anda jual dadah. tidak bila bakat tidak diiktiraf, anda jual diri bagai mengemis. kerana itu ibubapa ramai tidak sokong anaknya bergiat dalam bidang seni. kerana risikonya terlalu lalu tinggi. seniman juga perlu kental berhadapan beberapa golongan yang pasti menentang mereka. anda cuba fikir golongan mana? heheh. contohnya para ahli akademik. di sini berlapang dada itu penting. yang berseni, cabar diri anda untuk belajar akademik. dan ini terpakai vice versa. termasuk golongan lain. cuba faham antara golongan-golongan tanpa menggadai prinsip.
akhir sekali, mesti ada yang berkata, paku dulang paku serpih. hey kawan, penjajah kata 'he who lives by the sword, shall die by the sword'. ingat. kebal. hidupnya dengan tulisan.......
No shame
11 years ago