minggu sudah, birthday aku ke 27
seperti tahun-tahun sebelumnya,
sambutan kecil-kecilan kaum keluarga,
dan wishes dari 5-6 kawan rapat.
itu sahaja aku perlu. kalau lagi senyap lagi aku suka
apa istimewanya birthday. kenapa nak bangga?
bukan kau yang tentukan kau lahir hari tu
dan masalah aku selama berpuluh tahun
tetap di situ. tidak bertambah baik
makin teruk ada
aku tak berminat nak cari jalan penyelesaian
kalau setakat pergi MPH selak rak self help
lagi aku tak percaya
industri motivasi itu ini semuanya membuatkan kita rasa bergantung
walhal semuanya atas diri kita
aku dah sampai di tahap putus asa
malas nak fikir. apa jadi-jadilah
aku rasa aku berhak untuk putus asa
aku rasa semua orang berhak putus asa
sampai bila nak bertarung?
sekali sekala rehatkan diri dengan berhenti mencuba
give up
bila kawan aku sebut give up putus asa tadi aku diamkan
malas nak ulas. sebab aku rasa benda yang sama
walaupun masalah aku kalau compare dengan dia cam langit dan bumi
tapi itu bukan soalnya.
dalam game pakau
masing-masing ada kad terup berbeza
tinggal taktik dan strategi menentukan kau boleh bergelar raja judi atau tidak
tadi boleh kata kemuncak give up aku hari ini
aku buat 5 kejahatan yang memang biasa aku buat
cuma aku buat dalam masa sehari
biar puas
tengok macam mana esok lusa nak buat lagi tak
dan dalam rebah aku dan ulangtahun ke 27 ini
aku tersedar. yang hidup tak macam dulu
aku terperasan life tak sesimple dulu
kalau kecik-kecik dulu berjemur tengah panas main bola dah happy
kini happy membawa merit yang lebih besar
kalau dulu makan nasik lemak pinggan kat kedai mamak dah mewah
sekarang makan mewah dah tahap membazir
kalau dulu lepak mamak dengan kawan-kawan dah cukup happening
sekarang shopping complex pun dah boring
aku terlupa untuk hari-hari berusaha simplify life
buang orang yang aku tak perlu dalam hidup
buang segala kenangan memori yang bersepah dan berabuk dalam bilik ini
buang aktiviti yang menyusahkan
mungkin panjat gunung is simple enough
berlari berenang tengok wayang simple enough
tapi bukan sampai tak duduk rumah
memang sekarang aku jarang duduk rumah
balik rumah sekadar tidur
sekali sekala makan
apa nak jadi?
dan aku lupa, kepercayaan orang itu senang hilang
aku cuba mendapat kepercayaan orang sekeliling dengan cara paling cepat paling mudah
tanpa aku sedari aku sebenarnya menipu diri
rasa cukup hebat bila hebat menipu orang
bila sedar tipu diri sendiri. hadaplah
aku teringat pesan aku pada kawan-kawan
time ramadhan
buka puasa tak perlu fancy2 hotel bagai"
cukup nasi bungkus dan sedikit kuih
yang pasti biar berteman
kalau makan restoran mahal tapi berbuka sorang apa guna
kali ini aku malas kecoh
kalau aku kecoh pun kat blog ni jela
dah ini je tempat yang ada
aku nak jadi orang yang putus asa. biarlah apa orang nak cakap
biar aku bawak diri aku sendiri
biar selalu aku ingat
yang peperangan itu panjang
menang pertarungan mudah, tetapi bukan peperangan
terlalu banyak kesabaran yang diperlukan untuk menang peperangan
sabar dan bersabar
mencipta kepercayaan dengan jalan yang panjang
serta tidak mudah menuntut kemenangan
biar diingat
jangan cepat sangat nak menuntut kemenangan
menagih penghargaan
meraih pujian
semuanya perlu dibayar dengan masa yang panjang
yang perlukan pengorbanan
pengorbanan dalam erti kata mengalah bila perlu
sesekali perlu biarkan diri kalah, biarkan diri di bawah
kita selalu minta hidup yang berbeza
minta kehidupan yang begitu begini
dah makan gaji nak berniaga
dah lahir di bandar nak pindah kampung
sampai kita lupa
orang yang hebat guna apa yang dia ada
apa kehidupan diberi
gunakan manfaatkan sepenuhnya
aku memang terkenal dengan perangai
hangat-hangat tahi ayam